Pelbagai langkah untuk membenteras sindiket ini telah dilakukan, namun ia seperti tidak menemui penyelesaian kerana jumlah mangsa yang diperdaya sindiket ini tidak pernah berkurang dari semasa ke semasa, malah makin meningkat!
Mereka sentiasa mencari helah untuk memperdaya mangsa sehinggakan sanggup menggunakan 'ilmu pukau' seperti yang dijelaskan oleh Ketua Unit Tindakan Khas (UTK PPIM), Sdr Yusuf Azmi pada artikel sebelum ini. (Klik untuk baca).
Temubual bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Paduka Nadzim Johan juga turut dibuat bagi mendapatkan penjelasan dan tentang sindiket gores dan menang ini.
GUBAL AKTA BARU, BANTERAS GORES & MENANG
Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan menggesa agar pihak berkuasa menggubal satu akta baru untuk membanteras sindiket penipuan Gores & Menang yang terus berleluasa.
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Monday, July 6, 2015
Oleh itu, pihak berkuasa digesa supaya menggubal akta baru bagi membenteras sindiket penipuan haram ini, serta sindiket-sindiket lain yang turut beroperasi.
Selain itu,beliau turut menyatakan bahawa antara faktor utama sindiket ini tidak dapat ditangani selama ini adalah kerana mereka tidak berdepan hukuman yang berat dan tidak diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Fikirkan, adakah mereka akan serik jika berdepan dengan hukuman denda sebanyak 'secubit' dari keuntungan hasil penipuan mereka?
No comments:
Post a Comment