Showing posts with label EKONOMI. Show all posts
Showing posts with label EKONOMI. Show all posts

Friday, September 17, 2021

5938) EKONOMI KITA MUSNAH, KETAHUI APA PELAN UNTUK BANGUN SEMULA - MALAKAT TRIBUNE - 16/09/2021

 

CYBERJAYA – Pemulihan semula ekonomi negara yang musnah akibat penularan Covid-19 memerlukan semangat perjuangan dan penyatuan kuasa ekonomi masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, tanpa penglibatan dan kerjasama seluruh rakyat sebagai anggota dalam ‘Keluarga Malaysia’, permasalahan asas dalam ekonomi tidak mungkin dapat diselesaikan.

“Covid-19 telah menghancurkan asas ekonomi, keluarga dan usahawan kita. Ada syarikat yang sudah dibina berpuluh tahun akhirnya mati begitu sahaja.

“Jadi kita perlukan kerjasama taikun-taikun dan usahawan dari pelbagai bangsa untuk sama-sama kumpulkan semula kuasa ekonomi sama ada sebagai pembeli atau sebagai usahawan.

“Kita harap ini dapat membahagikan kekayaan ekonomi negara secara sama rata. Kita bersatu sebab Covid-19 dah hancurkan ekonomi kita,” katanya sempena sambutan Hari Malaysia di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.

Majlis turut dihadiri Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), Syaraff al-Sadat.

Penularan wabak Covid-19 yang memberi impak teruk kepada ekonomi negara.

Mohd. Fadzil berkata, saranan beliau yang merupakan sebahagian daripada intipadi ‘Pelan Tindakan Transformasi Keluarga Malaysia’ itu adalah pendekatan pemulihan semula ekonomi secara lebih meluas tanpa meninggalkan perjuangan ekonomi umat Islam.

Ia juga diharap dapat melibatkan dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negara ini yang terkesan akibat kemerosotan ekonomi.

“Dahulu kita buat gerakan dengan NGO-NGO Islam. Alhamdulillah kempen itu berjalan dan akan diteruskan. Ramai yang tidak faham, ingat ia adalah perjuangan melawan orang bukan Islam walhal ia hanyalah sub-seksyen yang kecil daripada perjuangan ekonomi negara,” katanya.

Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, penglibatan semua kaum dalam sektor ekonomi negara perlu kerana berkait dengan rantaian ekonomi dari peringkat pengguna, peruncit dan pembekalan.

“Jadi sempena Hari Malaysia, saya menyeru rakan perniagaan kita berbangsa Cina, India dan bangsa-bangsa bumiputera yang lain. Ayuh kita satukan matlamat untuk ambil tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah asas ekonomi negara yang sudah musnah,” katanya.

Mohd. Fadzil berkata, selain membangunkan semula ekonomi, penyatuan kuasa ekonomi negara juga perlu mengambil kira penguasaan syarikat asing di negara ini yang secara berterusan ‘merampas’ dan menjarah hak serta kuasa ekonomi rakyat negara ini.

Katanya, dianggarkan 60 peratus daripada RM110 bilion pendapatan dikaut oleh syarikat asing di negara ini setiap tahun tanpa memberi banyak ‘manfaat’ ekonomi baik dari segi tawaran pekerjaan, gaji atau manfaat.

“Jadi kenapa kita nak bagi kepada mereka, kecuali dalam sektor yang kita tiada kepakaran. Dalam sektor peruncitan, kita mampu untuk melibatkan diri, jadi peluang perlu diagihkan kepada usahawan tempatan tapi ini tidak berlaku,” ujarnya.

Penglibatan pemain sektor peruncitan dari semua peringkat dan kaum akan memberi limpahan keuntungan kepada semua. 

Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama ‘memindahkan’ perbelanjaan daripada syarikat asing kepada syarikat milik tempatan dengan matlamat dapat mengurangkan monopoli syarikat asing di negara ini.

“Sasaran kita adalah untuk mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada penguasaan 65 peratus pendapatan yang dikaut syarikat asing dalam tempoh 10 tahun.

“Melalui cara ini limpahan ekonomi akan memberi manfaat kepada syarikat tempatan sekaligus memberi kelebihan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Di dalam Pelan Tindakan Transformasi Keluarga Malaysia yang dibentangkan, Coach Fadzil memberi penekanan kepada beberapa perkara yang dapat memulihkan ekonomi negara.

Antaranya sasaran gaji minimum RM5,000 dan pendapatan minimum RM50,000 kepada usahawan yang dalam jangka masa panjang akan dapat membantu rakyat menambah kuasa membeli dan membolehkan kerajaan meraih pungutan cukai lebih tinggi seperti di negara-negara maju.


Artikel oleh: Malakat Tribune

EKONOMI KITA MUSNAH, KETAHUI APA PELAN UNTUK BANGUN SEMULA

https://www.malakattribunenews.com/2021/09/ekonomi-kita-musnah-ketahui-apa-pelan-untuk-bangun-semula/

Thursday, July 9, 2015

2743) ASTRO AWANI - 8/7/2015 - TAMBAT RINGGIT KEMBALI KEYAKINAN EKONOMI

NADZIM: Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara.

KUALA LUMPUR: Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara.

Menurut ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, ini penting bagi memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan sebaik mungkin.

"Mungkin hari ini, saya rasa kalau nak tambat pun dah boleh tambat. Tambat ikut nilai tertentu supaya perniagaan boleh dilaksanakan, supaya eksport boleh dilakukan.

"Perniagaan boleh dilaksanakan sebaik mungkin untuk mengembalikan keyakinan ekonomi kita dapat diteruskan dengan baik," kata Nadzim.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai dan kerajaan agar memainkan peranan supaya negara dapat keluar daripada situasi ini.

"Semua kena main peranan yang terbaik untuk sama-sama keluar daripada keadaan ini. Kita tidak mahu satu hari nanti mata wang kita jadi tidak laku.

"Kalau kita terus berbelanja dengan besarnya, kita takut bila orang lain pun buat sama, lama kelamaan semua kita mengamalkan amalan yang negatif sehingga impak dia melibatkan seluruh negara, seluruh rakyat," ujarnya.

Menurut beliau pengguna perlu lebih berjimat cermat serta mengurangkan pembelian barangan import.

Sementara itu Nadzim turut berpesan supaya pengguna dapat mengawal diri dan tidak panik apabila harga barang mulai naik.

Katanya pengguna seharusnya bijak mengatur perbelanjaan supaya tidak terkesan dengan situasi tersebut.

"Kita bila kita panik, kita panic buying pun ada. Dalam panik tu kita beli lagi sebab kita takut barang tu tak ada. Takut orang kedai tu tak ada, kalau tak beli esok barang itu naik. Atau minggu depan naik. Jangan terkesan sangat la.. Kita harus buat judgement pada diri kita supaya kita tidak melibatkan diri kita dengan kenaikan ini, makna kita kurangkan sebaik mungkin."

Tambah Nadzim, pengguna juga perlu menentukan barangan yang dibeli adalah dari barangan tempatan serta menggunakannya dengan sejimat mungkin.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tambat-ringgit-kembali-keyakinan-ekonomi-ppim-65095

Saturday, July 19, 2014

2057) PPIM - Bersama Perangi Ekonomi Israel

Keganasan terhadap palestin semakin hari semakin menjadi-jadi. Pembunuhan secara  terang  terangan dengan tanpa rasa perikemanusiaan dipertayangkan dimata dunia. Namun apa yang kita mampu buat untuk menghalang gejala seperti ini berlaku?

Terdapat pelbagai cara yang mampu kita buat sebenarnya. Bukan hanya dengan mengangkat senapang sahaja. Perang utama adalah perang ekonomi. Dengan memboikot produk-produk Israel, kita mampu menjatuhkan negara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini.

Setiap keuntungan yang diperolehi, mereka akan menyalurkannya ke bahagian ketenteraan. Duit itu kemudiannya akan digunakan untuk membeli peluru, bom dan sebagainya yang akan digunakan untuk menzahirkan kezaliman mereka. Peluru itu jugalah digunakan untuk membunuh rakyat palestin yang beragama islam. Jika dikira, berapa banyakah keuntungan mereka perolehi sehinggakan mampu untuk membeli senjata?

Ramai manusia berpendapat bahawa kita tidak boleh lari daripada membeli barangan keluaran Israel. Pada sesiapa yang berfikiran kuno seperti ini hendaklah mengubah cara pemikiran mereka. Terdapat banyak produk yang boleh menggantikan produk keluaran Israel ini. Produk keluaran negara kita sendiri pun sudah mampu menandingi produk mereka. Cuma kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah menyokong produk kita sendiri dan memberi ruang untuk mereka menonjolkan potensi produk mereka sendiri.


Cara untuk melihat produk ini keluaran Israel atau tidak adalah melalui barcode yang tertera di produk tersebut. Setiap barcode yang bermula dengan 729 adalah produk keluaran Israel. Dengan itu, marilah kita membeli barang yang barcodenya bukan bermula dengan 729.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL