Friday, May 19, 2017

3722) PPIM Tubuh Biro Undang-Undang Demi Bantu Pengguna - Malaysia Aktif - 19/5/2017


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 25 peguam akan membantu orang ramai dalam mengatasi masalah membabitkan kes-kes perbicaraan, saman, kontrak, hartanah, cukai, visa dan perbankan melalui Biro Undang-undang & Kad Kaunseling dan Guaman PPIM (KAGUM).
Menurut Pengerusi Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Hishamuddin Hashim, dia akan mengetuai 25 peguam bertanggungjawab untuk membantu pengguna dalam mengatasi masalah yang seakan sudah menjadi rutin di negara ini.
“Undang-undang telah menjadi perkakas untuk si penipu di negara kita dengan teknik penipuan yang licik, berjaya memperdaya mangsa terutamanya yang melibatkan soal pelaburan dan perjanjian,” katanya.
Hisyamuddin berkata demikian pada sidang media pelancaran KAGUM, anjuran PPIM dan Malaysia Humanitarian Organization (MHO), di sini hari ini.
Dari kiri Hishamuddin Hashim, Datuk Nadzim Johan dan dua wakil MHO pada sidang media pelancaran KAGUM.
Dari kiri Hishamuddin Hashim, Datuk Nadzim Johan dan dua wakil MHO pada sidang media pelancaran KAGUM.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu bahawa hanya sedikit bayaran akan dikenakan ke atas pengguna yang berjumpa mereka bagi menampung kos-kos tertentu.
“Antara aduan yang terbanyak kami terima adalah melalui perjanjian sambung bayar kereta dan yang melibatkan komunikasi tanpa wayar berjumlah 8,000 aduan yang rata-rata terikat dengan kontrak dan tidak boleh menamatkan perkhidmatan walaupun perkhidmatan mereka tidak boleh digunakan,” jelasnya.
Tambahnya, dengan adanya pusat seperti ini, hak pengguna akan lebih terjamin dan terbela, selain mendapat hak kesamarataan di sisi undang-undang.
Visi utama KAGUM adalah bagi menyediakan pusat rujukan atau platform kepada pengguna di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Permasalahan yang akan dibawa rujuk dan runding terbahagi kepada dua iaitu mewakili sesuatu perniagaan atau secara individu.
Servis kaunseling KAGUM dibuka kepada umum pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, mulai 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL