Monday, May 22, 2017

3738) Kaedah Teknologi Fizik Melalui Medium Air Bagi Tujuan Menjernih Dan Membersihkan Air Terusan, Sungai, Tasik Atau Sebarang (Sludge) - PPIM - 22/05/2017


22 Mei 2017- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan membincangkan berkenaan Kaedah Teknologi Fizik Melalui Medium Air Bagi Tujuan Menjernih Dan Membersihkan Air Terusan, Sungai, Tasik Atau Sebarang (Sludge) bersama Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar.
Sungai adalah salah satu sumber air bersih kepada manusia. Jika sungai-sunagi dicemari dengan sampah sarap dan bahan kimia yang dibuang oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab ini berterusan. Kita akan mengalami pemasalahan untuk mendapat bekalan air yang bersih.
Antara sungai dan tasik yang bakal dibersihkan adalah Tasik prutajaya, sungai di Pulau Pinang dan kedah.
Ini adalah salah satu inisiatif dalam menjaga alam sekita yang kian hari kian tercemar dengan pelbagai sampah dah bahan kimia. Oleh itu, PPIM berharap NRE melihat perkara ini dengan serius agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan sumber yang bersih dari sungai-sungai yang terdapat Malaysia.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL