Monday, May 15, 2017
3707) MUSLIHAT SINDIKET "ROMPAK" WANG MANGSA - KOSMO - 15/5/2017
Sejak beberapa bulan lalu, tidur seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Lan terganggu. Pertanyaan yang bertali arus daripada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat tentang keuntungan yang bakal mereka terima hasil pelaburan sebelum ini benar-benar mengganggu perasaannya.
“Saya tertekan kerana sering diajukan soalan itu kerana saya pun tidak pasti bilakah pihak terbabit akan memberi pulangannya,” jelas Lan.
Lan sendiri tidak menyangka bahawa niatnya mahu membantu ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memperoleh sedikit keuntungan daripada skim pelaburan telah menjerat dirinya.
Kini selepas hampir setahun melabur, dia masih belum mendapat sebarang khabar berita.
“Saya menyertai skim pelaburan ini sejak Oktober 2015 selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.
“Peringkat awal saya membeli beberapa pelan yang ditawarkan sebagai percubaan dan berjaya mendapat pulangan selepas beberapa minggu,” jelasnya.
Keuntungan
SINDIKET pelaburan mengaburi mangsa dengan membayar keuntungan pada peringkat awal pelaburan sebelum menghilangkan diri. – Gambar hiasan
Dek terlalu yakin selepas mendapat sedikit pulangan daripada beberapa pelan yang dibelinya itu, tanpa berfikir panjang Lan membuat pinjaman peribadi. Tujuannya, mahu melabur dalam jumlah yang banyak. Malah, dia juga mengajak ahli keluarga dan rakan terdekat untuk turut serta dalam pelaburan tersebut.
Menurut Lan, duit yang mereka laburkan itu akan digunakan oleh pihak pelabur untuk mengambil alih beberapa perniagaan dan keuntungan daripada perniagaan tersebut. Keuntungannya pula akan diagih-agihkan kepada mereka yang menyertai skim tersebut.
Pihak pelabur juga akan menggunakan wang tersebut untuk pelaburan hartanah dan tukaran wang asing.
“Saya yakin dengan skim pelaburan tersebut dan telah melabur lebih RM100,000 yang dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan untuk membeli beberapa pelan pelaburan yang ditawarkan. Mengikut perjanjian, kos dan keuntungan pelaburan akan dibayar selepas 60 hari pembayaran dibuat.
“Namun selepas 60 hari, saya dan pelabur yang lain tidak mendapat apa-apa keuntungan. Pihak terbabit pula mula memberi beberapa alasan dan meminta tempoh untuk membayar kembali modal pusingan dan juga keuntungan kepada pelabur.
“Kini hampir setahun kami menunggu dan masih tiada respons daripada pihak yang bertanggungjawab,” jelasnya.
Pada masa sama, dia juga terpaksa membayar pinjaman pihak bank yang telah dibuatnya bagi menyertai pelaburan tersebut.
Selain Lan, Kosmo! juga pernah melaporkan, empat ahli perniagaan termasuk seorang individu bergelar Datuk berputih mata apabila mengalami kerugian kira-kira RM3 juta selepas dipercayai ditipu oleh seorang broker saham yang bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pelaburan saham sejak Disember 2015.
Seorang mangsa mendakwa dia mengalami kerugian berjumlah RM1.23 juta dan hanya menyedari ditipu selepas pemeriksaan mendapati tiada pelaburan saham direkodkan melalui syarikat yang dilaburkan.
Kini berita-berita mengenai penipuan skim pelaburan semakin banyak terpampang di dada-dada akhbar.
Jika dihitung nilai keseluruhan penipuan skim pelaburan itu, ia bukan sedikit malahan ada yang mencecah jutaan ringgit.
Pelbagai modus operandi digunakan oleh sindiket itu. Antaranya pelaburan emas, saham, mata wang dan lain-lain lagi dengan menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam tempoh yang singkat.
Semakan
Kereta mewah digunakan oleh sindiket pelaburan bagi memancing mangsa untuk melabur.
Dalam pada itu, menggunakan penglibatan orang yang berpengaruh selain mendakwa mempunyai gelaran orang kenamaan sebagai modus operandi memperdayakan orang ramai agar menyertai skim pelaburan haram yang menjadi trend utama jenayah komersial.
Perkara itu terbukti selepas penipuan membabitkan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM205.9 juta bagi tahun 2016 berbanding 2015 iaitu sebanyak RM70.1 juta.
Pada tahun 2017, sebanyak RM91.8 juta kerugian dicatatkan sejak Januari.
Antara skim pelaburan yang diperdayakan ialah pelaburan mata wang asing (forex), emas, projek, hartanah, saham, pertanian, ternakan dan perniagaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan, statistik pada tahun 2015 berkaitan penipuan pelaburan sebanyak 409 kes berbanding tahun 2016 iaitu sebanyak 1,111 kes sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 702 kes.
“Ini merupakan jumlah mereka (mangsa) yang membuat laporan kepada pihak polis dan kita percaya masih ramai mangsa yang malu untuk tampil membuat laporan. Pihak polis berharap mangsa-mangsa itu tampil agar siasatan dan tindakan boleh diambil terhadap sindiket yang terlibat,” katanya selepas melawat Pameran Jenayah Komersial yang diadakan pihak JSJK Bukit Aman Sempena Hari Polis ke-210 di Menara 238, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Acryl Sani turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan memastikan kesahihan pelaburan sebelum bersetuju untuk melabur.
“Sekiranya ditawarkan sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan tanpa mengetahui kesahihan pelaburan itu, orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan,” ujarnya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat, sindiket pelaburan ini semakin merebak dalam kalangan masyarakat.
Menurut beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna yang terpedaya dengan sindiket tersebut.
“Sindiket ini menggunakan beberapa modus operandi bagi menarik lebih ramai pelabur dalam skim mereka sebelum menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Kebanyakan dalang sindiket ini akan menabur janji-janji manis tentang pulangan pelaburan yang berlipat kali ganda.
“Tukaran mata wang antara bentuk pelaburan yang banyak berlaku penipuan. Ada mangsa mendakwa dengan pelaburan sebanyak RM10,000, mereka akan memperoleh keuntungan bulanan lebih RM1,000 sebulan.
“Sindiket ini akan membayar keuntungan pada tiga bulan pertama bagi meyakinkan pelabur. Kemudian, mereka akan meminta pelabur melabur lebih banyak dan mengajak kawan atau saudara-mara dalam skim tersebut sebelum menghilangkan diri,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pendakwah Bebas, Ustaz Md. Ghazali Ibrahim berkata, masyarakat di luar sana perlu meluaskan konsep dan makna rezeki.
Menurutnya, rezeki Allah sangat luas dan ia bukan sahaja kekayaan dalam bentuk wang ringgit semata-mata sebaliknya ia boleh datang dalam pelbagai bentuk.
“Bila faham akan makna dan erti rezeki ini, dada serta pemikiran kita akan sentiasa lapang. Dalam masa yang sama kita akan berasa rezeki yang diberi Allah sentiasa mencukupi untuk meneruskan hidup.
“Bagi mereka yang menganggap duit semata-mata punca rezeki maka tidak hairanlah ada segelintir masyarakat kita sanggup mengambil risiko melabur dalam skim-skim tertentu yang tidak pasti akan kesahihannya dan akhirnya mereka ditipu,” jelasnya.
Sementara itu, Ghazali berkata, dalam al-Quran ada menyebut keutamaan umat Islam adalah akhirat namun dalam masa yang sama tidak salah untuk mengambil bahagian di dunia mencari kekayaan.
“Namun dalam mencari kekayaan itu biarlah ia berlandaskan agama dan selari dengan tuntutan syariah,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2017
(968)
-
▼
May
(108)
- 3770) Perjumpaan diantara Ketua Aktivis Persatuan ...
- 3769) Kunjungan hormat Ketua Aktivis Persatuan Pen...
- 3768) Jenama Islam belum tentu produk muslim, kata...
- 3767) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo ha...
- 3766) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo ha...
- 3765) WASPADA PRODUK KELIRUKAN UMAT ISLAM-PPIM - W...
- 3764) Kekeliruan Status Pemilikan Produk Muslim Me...
- 3763) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo ha...
- 3762) JAKIM dan KPDNKK perlu baiki mekanisme penje...
- 3761) Logo halal JAKIM perlu ada dua warna - PPIM ...
- 3760) JELAS SIAPA PEMILIK SYARIKAT PENGELUAR HAPUS...
- 3759) Salah guna nama Islam untuk lariskan produk ...
- 3758) Kaji, selidik jenama mengelirukan - Metro On...
- 3757) PENGGUNA KELIRU STATUS PRODUK - SINAR HARIAN...
- 3756) EKSPLOITASI NAMA, ISTILAH ISLAM - UTUSAN MAL...
- 3755) PERLU UJI DAHULU ARAH KIBLAT SEBELUM GUNA AP...
- 3754) PENGGUNA KELIRU, STATUS JENAMA PRODUK DIRAGU...
- 3753) HUKUM PEMBAZIR MAKANAN - SINAR HARIAN - 30/5...
- 3752) LAPOR JIKA ADA 'KARTEL' BAZAR RAMADAN - UTUS...
- 3751) FIND WAYS TO REDUCE FOOD WASTAGE, SAYS WAN J...
- 3750) TIBA MASA GUNA KUASA PENGGUNA KAWAL HARGA - ...
- 3749) PENGGUNA DIMINTA LAPOR KEPADA KPDNKK, PENGUA...
- 3748) KERJA MUDAH GAJI MAHAL - HARIAN METRO - 27/5...
- 3747) LEBIH 20 GRO DICEKUP - OPS BAH 36 - 25/5/2017
- 3746) MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CABUTAN BERTUAH RES...
- 3745) ACTIVIST: FIND ALTERNATIVES TO GIVING OUT FI...
- 3744) DITIPU RAKAN RM130,000 - HARIAN METRO - 26/5...
- 3743) HATI-HATI DENGAN PENIPUAN PAJAK HOTEL - SINA...
- 3739) Ramadan bukan untuk balas dendam – Mufti - U...
- 3742) PPIM PERKENAL KLINIK BASMI MUFLIS - UTUSAN M...
- 3741) PELANCARAN KLINIK BEBAS MUFLIS : SINAR PERBE...
- 3740)SIDANG MEDIA : PAJAK HOTEL MEKAH HILANG RM 13...
- 3738) GESA UBAH SYARAT LELONGAN RUMAH - HARIAN MET...
- 3737) KERAJAAN PERLU SIASAT PELELONG KEDIAMAN - SI...
- 3736) [VIDEO] BNM perlu pantau isu lelongan bermas...
- 3735) Proses lelongan rumah didakwa mencurigakan -...
- 3734) PPIM -Sidang Media Syarat Lelongan Menzalim...
- 3743) Sidang Media Siri Jelajah Klinik Bebas Mufli...
- 3742) BERNAMA hargai petugas, pelanggan setia - B...
- 3741)Bernama Appreciates Loyal Staff And Clients A...
- 3740) Bernama Hargai Petugas, Pelanggan Setia - PP...
- 3739) Perjumpaan Susulan PPIM dengan Courts Mammo...
- 3738) Kaedah Teknologi Fizik Melalui Medium Air Ba...
- 3737) Majlis Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia & Pers...
- 3736) PROGRAM KEMPEN CEGAH JENAYAH SEMPENA ZON BER...
- 3735) Pendaki solo tiba di tanah air - Utusan Onli...
- ISU KADAR PREMIUM INSURANS – SPM 2017 – 22/5/2017
- 3738) ISU KADAR PREMIUM INSURANS - SPM 2017 - 22/5...
- 3737) SYOR DENDA RM2 JUTA, GANTUNG LESEN FIRMA ING...
- 3736) SUKAR BERNAFAS CABARAN SUKAR – PENDAKI SOLO ...
- 3735) Ramadan bakal tiba dalam tempoh kurang semin...
- 3734) [VIDEO] PPIM tubuh Kagum bantu pengguna dari...
- 3733) [VIDEO] PPIM sedia khidmat kaunseling guaman...
- 3732) PPIM tubuh biro guaman bela nasib pengguna -...
- 3731) PPIM Tubuh Biro Guaman Bela Nasib Pengguna -...
- 3730) BANTU PENGGUNA DAPAT KEADILAN - SINAR HARIAN...
- 3729) PPIM wujudkan biro undang-undang - kosmo Onl...
- 3728) PPIM WUJUDKAN BIRO UNDANG-UNDANG - KOSMO - 2...
- 3727) PPIM LANCAR BIRO UNDANG-UNDANG - HARIAN METR...
- 3726) PPIM tubuh Kagum bantu pengguna daripada dit...
- 3725) PPIM SEDIA KHIDMAT KAUNSELING GUAMAN SECARA ...
- 3724) SESI BERSAMA AHLI BUSINESS VIP AMIM “BUSINES...
- 3723) Tubuh Biro Undang – Undang Persatuan Penggun...
- 3722) PPIM Tubuh Biro Undang-Undang Demi Bantu Pen...
- 3721) PPIM, MHO tubuh KAGUM bantu pengguna - Berit...
- 3720) PPIM tubuh KAGUM elak pengguna ditipu jual b...
- 3719) PERASMIAN PELANCARAN PROJEK NASI MUAFAKAT NA...
- 3718) TAKLIMAT KESEDARAN ”BAHAYA AHLONG" DI Jabata...
- 3717) Aktivis Muay Thai Ikon Belia Kelantan - Utus...
- 3716) Pemilik kenderaan tanggung beban - Berita H...
- 3715) Price of sugar should be based on global mar...
- 3714) PREMIUM DITENTUKAN PENANGGUNG INSURANS DIPER...
- 3713) MODAL PERCUMA RM 200,000 - HARIAN METRO - 18...
- 3712) DUA PERSATUAN BERGABUNG FOKUS AKTIVITI ANAK ...
- 3711) Ah long pasang bom di kereta mangsa - Sinar ...
- 3710) Majlis Perasmian Persatuan Kebajikan Kucing ...
- 3709) Muslihat sindiket ‘rompak’ wang mangsa - Kos...
- MUSLIHAT SINDIKET “ROMPAK” WANG MANGSA – KOSMO – 1...
- 3707) MUSLIHAT SINDIKET "ROMPAK" WANG MANGSA - KOS...
- 3706) DURIAN MUSANG KING AKAN DIEKSPORT KE CHINA -...
- 3704) KPDNKK ARAH PERIKSA GAJET - BERITA HARIAN - ...
- 3705) PROGRAM HARI BERSAMA JABATAN INSOLVENSI MAL...
- 3703) HARGA DURIAN MUSANG KING CEKIK DARAH - KOSMO...
- 3702) FIDGET SPINNER BOLEH JADI SENJATA BERBAHAYA ...
- 3701) TAKE ACTION TO RESTORE PUBLIC CONFIDENCE, S...
- 3700) PENYERAHAN SENARAI NAMA SYARIKAT DISENARAI H...
- 3699) Anugerah sebagai platform lonjakkan industri...
- 3698) PRINT EXPERT MAHU TERAJUI PASARAN PERCETAKAN...
- 3697) LAWATAN PPIM KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM DER...
- 3696) Kepuasan pelanggan kunci kejayaan Batuta Tra...
- 3695) Print Expert mahu terajui pasaran percetakan...
- 3694) Malam Gala Anugerah PKS Patuh Syariah Bank I...
- 3693) PPIM cadang jawatankuasa khas 'hapus' ah lon...
- 3694) Anugerah Bank Islam-Utusan jadi penanda aras...
- 3695) Anugerah PKS Patuh Syariah Bank Islam-Utusan...
- 3692) Tetap perjuang isu pengguna - Harian Metro O...
- 3691) Lawatan Ketua Aktivis PPIM ke IX Telecom Sdn...
- 3690) Perjumpaan dan perbincangan bersama Pengarah...
- 3689 ) Lawatan Ke Butik Siti Khadijah - PPIM - 4/5...
- 3688) Majils Pelancaran E-Insolvensi Mobile Apps d...
-
▼
May
(108)
No comments:
Post a Comment