Tuesday, May 16, 2017

3712) DUA PERSATUAN BERGABUNG FOKUS AKTIVITI ANAK MUDA - HARIAN METRO - 16/5/2017

                   harian metro 16.5.2017
Kuala Lumpur: Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur (PKKMKL) menjadi rakan sekutu terbaru Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang akan memfokuskan aktiviti untuk anak muda khususnya di ibu negara.
Ia akan memberi tumpuan untuk membantu anak muda terbabit gangsterisme, vandalisme dan tidak mempunyai hala tuju ke arah lebih positif.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, dengan tertubuhnya PKKMKL, ia dapat mengajar mereka untuk menghormati semua pihak demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan selama ini.
Katanya, sebelum ini PPIM bekerjasama dengan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Briged Pengguna serta Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) untuk mendekati serta memahami kehendak generasi baharu.
“Saya yakin PKKMKL bersama lebih 1,000 ahli mampu memainkan peranan tersendiri untuk membantu sesama ahli dari segi kebajikan, perniagaan dan sebagainya,” katanya kepada Harian Metro.
Nadzim berkata, buat permulaan, PKKMKL akan bekerjasama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia untuk mengadakan aktiviti bagi membantu warga asing berdepan masalah.
Katanya, setiap aktiviti dijalankan mempunyai simboliknya tersendiri dan ia memfokuskan kepada pengisian melatih anak muda dengan program berfaedah.
“Kami akan tengok platform sesuai kerana yang penting ialah pembabitan generasi baru dalam aktiviti kemasyarakatan dengan lebih menyeluruh. Insya-Allah, kita akan lihat hasilnya nanti. Kami harapkan ia memberi manfaat kepada pembinaan negara,” katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL