PPIM-11 Mei 2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
yang diwakili oleh Aktivis PPIM, Tuan Syed Kamarulzaman menyerahkan Surat Jemputan
Pelancaran Sekretariat Bebas Muflis 2017 dan Klinik Aduan Bankrapsi kepada
Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato'
Haji Taha di Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI)
bertempat di Dewan Jubli Intan, Johor Bharu.
Program ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Dato' Sri Azalina binti Othman Said bertujuan untuk memperkukuhkan
perhubungan di antara MDI dan STAKEHOLDER serta memberi penerangan berkenaan
undang-undang kebankrapan kepada peserta yang hadir.
Antara undang-undang yang dipinda adalah had kebankrapan dinaikkan
dari RM30,000 ke RM50,000. Penghutang boleh memohon untuk memasuki Program
Penyusunan Sukarela (Voluntary Arrangement) atau Pelan Pembayaran Semula (Debt
Repayment Plan) melalui penama berdaftar seperti peguam, juruaudit dan akauntan
berdaftar atau syarikat yang dilantik oleh Jabatan Insolvensi.
Selain itu, pertimbangan untuk pelepasan individu muflis
juga dipendekkan kepada 3 tahun dari 5 tahun atas budi bicara Pengarah Jabatan
Insolvensi. Pelepasan juga akan diberikan kepada individu muflis yang sudah
meninggal, yang disenaraikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), individu muflis
yang menghidap penyakit yang kritikal dan juga penjamin sosial dan penjamin
sosial boleh dibenarkan pelepasan daripada kebankrapan atas budi bicara
Pengarah Jabatan Insolvensi.
Selain itu, didalam program ini juga Mdi melancarkan
penggunaan Pertukaran Proses kewangan (Financial Process Exchang - FPX) dalam
urasan terimaan. FPX adalah sebuah perkhidmatan pembayaran dalam talian
menggunakan akaun perbankan internet anda.
Pindaan Rang Undang-Undang ini jelas mampu membantu mereka
yang mempunyai masalah kebankrapan terutamanya kepada penjamin sosial. Dengan
adanya program seperti Klinik Aduan Bankrapsi, ia mampu membantu Mdi dalam
memberi nasihat dan jalan keluar dari bankrapsi.
No comments:
Post a Comment