Showing posts with label INSOLVENSI. Show all posts
Showing posts with label INSOLVENSI. Show all posts

Tuesday, August 8, 2023

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TKP PENGURUSAN INSOLVENSI - PPIM - 28/07/2023

Satu perjumpaan telah diadakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Insolvensi Dato Che Sukri Bin Che Mat.

Dalam perjumpaan ini, PPIM bersama TKP Pengurusan Insolvensi telah membincangkan isu-isu semasa yang mana boleh membantu lagi pengguna-pengguna di luar sana terutamanya yang berkaitan dengan insolvensi ini.





Wednesday, March 1, 2023

LIBATKAN NGO TANGANI ISU KEBANKRAPAN - PPIM - ASTRO AWANI - 28/02/2023

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan untuk melaksanakan usaha menyelesaikan isu kebankrapan dalam kalangan rakyat secara menyeluruh, khususnya melibatkan individu yang mahu mencari penyelasaian beban hutang secara menyeluruh.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata ini kerana masih banyak isu berkaitan insolvensi dan kebankrapan yang perlu diperjelaskan termasuk langkah yang perlu diambil oleh pengguna sekiranya berdepan masalah kewangan.

"PPIM menggesa kerajaan bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang banyak membantu rakyat Malaysia berdepan isu kebankrapan bagi mendapat maklumat dan data yang tepat.

"Tidak bergantung seratus peratus kepada Jabatan Insolvensi kerana tidak semua rakyat berurusan dengan jabatan itu," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini

Tambahnya, PPIM bagaimanapun berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman beliau sewaktu pembentangan Belanjawan 2023 untuk berusaha peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap.

Kebankrapan | PPIM gesa penyelesaian isu kebankrapan menyeluruh

Tambahnya, PPIM bagaimanapun berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman beliau sewaktu pembentangan Belanjawan 2023 untuk berusaha peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap.

[INFOGRAFIK] Belanjawan 2023

"Usaha berterusan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman juga harus dipuji kerana kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Insolvensi 1967 (Akta 360)," katanya lagi.
Terdahulu, Azalina dalam satu kenyataan memberitahu, Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) untuk menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan.

Antara cadangan sedang dipertimbang kerajaan termasuk penetapan had masa pemfailan borang bukti hutang oleh pemiutang. Ia untuk mengelakkan isu kelewatan pemfailan yang boleh menyukarkan pelepasan individu bankrap.
Bankrap | Kerajaan pertimbang cadangan menambahbaik sistem pentadbiran


Artikel oleh: Astro Awani

LIBATKAN NGO TANGANI ISU KEBANKRAPAN - PPIM

Tuesday, February 28, 2023

WANITA TANGGUNG HUTANG KAD KREDIT, AH LONG RM119,000 BEKAS SUAMI - KOSMO - 28/02/2023

 

KUALA LUMPUR – “Bekas suami tidak bekerja, memaksa saya mengambil pinjaman peribadi, kad kredit dan juga ah long hingga saya disenaraikan sebagai bankrap dengan hutang RM119,000”.

Demikian luahan seorang wanita berusia 53 tahun ketika ditemui selepas sidang akhbar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) isu insolvensi di Villa Puteri kondominium, di sini, hari ini.

Katanya, dia dan bekas suami terpaksa mengambil pelbagai jenis hutang kira-kira 14 tahun lalu berikutan lelaki tersebut tidak bekerja ketika itu.

“Disebabkan hutang terlalu banyak, ia mula menjadi satu masalah. Pada 2009 gaji saya tidak boleh dikeluarkan dan saya tak dapat makluman daripada mana-mana pihak tentang bankrap ini.

“Selepas disahkan bankrap, hidup saya mula terumbang-ambing. Saya bercerai dengan bekas suami, dibuang kerja dan perlu membesarkan dua anak masih kecil. Semuanya berlaku dalam masa setahun,” katanya.

Wanita itu berkata, dia terpaksa pulang ke kampung dan mula sedar bahawa lebih ramai ibu tunggal bankrap disebabkan membantu suami mereka.

“Akaun bank dibekukan, majikan juga tidak mahu ambil pekerja yang sudah bankrap, semua ini saya perlu tanggung sambil besarkan dua anak.

“Saya harap, kerajaan perhalusi lagi tindakan undang-undang buat mereka yang sudah lebih 10 tahun yang sudah diklasifikasikan sebagai bankrap. Bankrap ini satu beban buat kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, isu yang masih membelenggu rakyat adalah mereka yang tersenarai sebagai bankrap melebihi RM50,000. – KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

WANITA TANGGUNG HUTANG KAD KREDIT, AH LONG RM119,000 BEKAS SUAMI

https://www.kosmo.com.my/2023/02/28/wanita-tanggung-hutang-kad-kredit-ah-long-rm119000-bekas-suami/

ISU INSOLVENSI MASIH BELUM SELESAI - KENYATAAN MEDIA PPIM - 28/08/2023

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman membebaskan kes bankrapsi berjumlah RM50,000 ke bawah.

Usaha berterusan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman juga harus dipuji kerana hasil kerja yang konsisten dari beliau, kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] dengan membuat penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan secara automatik agar bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat.

Menerusi kenyataan beliau semalam, sementara menunggu pindaan tersebut, Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

Pelepasan bankrap akan dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 33A Akta 360.

Walau bagaimanapun, masih banyak isu berkaitan insolvensi dan bankrapsi yang perlu diperjelaskan termasuk langkah yang perlu diambil oleh pengguna jika berdepan masalah kewangan melibatkan bankrapsi.

Antara isu yang masih membelenggu rakyat adalah mereka yang tersenarai sebagai bankrap melebihi RM50,000 atas pelbagai faktor.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata antara faktor utama ialah mereka menjadi mangsa penipuan atau fraud.

"Ada aduan kami terima tandatangan mangsa digunakan membuat pinjaman bernilai jutaan ringgit sedangkan mangsa pada ketika itu hanya seorang kerani dengan gaji bulanan tidak sampai RM2,000," katanya.

PPIM dalam proses membantu mangsa itu mendapat pembelaan di Mahkamah.

Selain itu, Nadzim mempersoalkan adakah nilai borang bukti hutang keseluruhan RM50,000 ke bawah sahaja yang dibebaskan daripada kebankrapan?

Adakah mereka yang ditadbir insolvensi dan membayar ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi sahaja yang boleh dibebaskan?

Bagaimana pula dengan mereka yang bankrap dengan nilai hutang tidak sampai RM50,000 tetapi tidak pernah ditadbir oleh Jabatan Insolvensi?

PPIM berpendapat masih jauh perjalanan Malaysia untuk mencapai tahap negara maju jika kerajaan gagal menangani masalah kebankrapan rakyatnya khususnya yang mahu mencari penyelesaian tetapi tidak ada kerjasama dari pihak pemiutang.

PPIM menggesa kerajaan bekerjasama dengan NGO yang banyak membantu rakyat Malaysia berdepan isu kebankrapan bagi mendapat maklumat dan data yang tepat dan tidak bergantung seratus peratus kepada Jabatan Insolvensi kerana tidak semua rakyat berurusan dengan jabatan itu.

Tuesday, November 7, 2017

4210) BANKRAP ‘HUKUMAN’ TERAKHIR KEPADA PENGHUTANG – UTUSAN MALAYSIA – 4/11/17


image

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Jabatan Insolvensi berharap hasrat kerajaan untuk menjadikan kebankrapan sebagai langkah akhir dikenakan terhadap penghutang dapat dilaksanakan dengan sewajarnya
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid berkata, langkah tersebut dilihat dapat memberi manfaat kepada penjamin sosial berikutan golongan itu merupakan individu yang paling banyak diisytihar bankrap.
“Kita juga mahu mereka dibenarkan berbincang dan berunding dengan pihak bank sebelum diisytihar bankrap selain pihak bank perlu berjumpa dengan penghutang secara bersemuka tanpa melalui orang tengah,” katanya dalam Forum Pengguna Ke-7 2017: Gerakan Kuasa Pengguna di sini hari ini.
Beliau berkata demikian susulan soalan yang diajukan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berikutan terdapat individu yang diisytihar bankrap lebih 10 tahun. Terdahulu, forum yang berlangsung bermula pukul 10 pagi itu membincangkan beberapa isu antaranya survival pengguna: mengadaptasi kenaikan kos sara hidup dan kebangkitan pengguna: mencegah masalah ahlong dan muflis. – UTUSAN ONLINE

Thursday, May 11, 2017

3705) PROGRAM HARI BERSAMA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) 2017 - PPIM - 11/5/2017


PPIM-11 Mei 2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diwakili oleh Aktivis PPIM, Tuan Syed Kamarulzaman menyerahkan Surat Jemputan Pelancaran Sekretariat Bebas Muflis 2017 dan Klinik Aduan Bankrapsi kepada Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato' Haji Taha di Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) bertempat di Dewan Jubli Intan, Johor Bharu.

Program ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Azalina binti Othman Said bertujuan untuk memperkukuhkan perhubungan di antara MDI dan STAKEHOLDER serta memberi penerangan berkenaan undang-undang kebankrapan kepada peserta yang hadir.

Antara undang-undang yang dipinda adalah had kebankrapan dinaikkan dari RM30,000 ke RM50,000. Penghutang boleh memohon untuk memasuki Program Penyusunan Sukarela (Voluntary Arrangement) atau Pelan Pembayaran Semula (Debt Repayment Plan) melalui penama berdaftar seperti peguam, juruaudit dan akauntan berdaftar atau syarikat yang dilantik oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, pertimbangan untuk pelepasan individu muflis juga dipendekkan kepada 3 tahun dari 5 tahun atas budi bicara Pengarah Jabatan Insolvensi. Pelepasan juga akan diberikan kepada individu muflis yang sudah meninggal, yang disenaraikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), individu muflis yang menghidap penyakit yang kritikal dan juga penjamin sosial dan penjamin sosial boleh dibenarkan pelepasan daripada kebankrapan atas budi bicara Pengarah Jabatan Insolvensi.

Selain itu, didalam program ini juga Mdi melancarkan penggunaan Pertukaran Proses kewangan (Financial Process Exchang - FPX) dalam urasan terimaan. FPX adalah sebuah perkhidmatan pembayaran dalam talian menggunakan akaun perbankan internet anda.


Pindaan Rang Undang-Undang ini jelas mampu membantu mereka yang mempunyai masalah kebankrapan terutamanya kepada penjamin sosial. Dengan adanya program seperti Klinik Aduan Bankrapsi, ia mampu membantu Mdi dalam memberi nasihat dan jalan keluar dari bankrapsi.
WhatsApp Image 2017-05-11 at 2.39.18 PM

Tuesday, February 28, 2017

3521) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA - PPIM - 28/2/2017

WhatsApp Image 2017-02-28 at 1.49.30 PM (1) Satu perjumpaan antara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan bersama Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid bertempat di bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Putrajaya. Perjumpaan ini memperbincangkan berkenaan kerjasama antara PPIM dan MDI untuk membantu mangsa bankrap dan pemerkasaan fungsi MDI. Turut hadir, Penasihat Undang-Undang dan Aktivis, PPIM Edward Lim, Saudara Amirullah Abdullah, saudara Izzat Johari dan Tuan Syed Kamarulzaman. WhatsApp Image 2017-02-28 at 1.49.31 PM WhatsApp Image 2017-02-28 at 1.49.33 PM

Saturday, January 31, 2015

2447) RAKYAT NEWS - 29/01/2015 - Muflis : PPIM Syor Akta Baharu Bantu Individu Teraniaya

Rakyat News
KUALA LUMPUR 29 Jan - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar akta baharu bagi menggantikan Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) perlu lebih ‘berperikemanusiaan’ bagi membantu individu teraniaya yang diisytiharkan muflis.

Menurut Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, individu yang telah dimufliskan kini seakan menerima hukuman penjara seumur hidup berikutan akta sedia ada yang dilihat tidak berlaku adil terhadap mereka.

Justeru, katanya, akta baharu harus dirombak dan dinilai semula seberapa segera sesuai dengan keadaan semasa dengan menyediakan pelepasan secara automatik kepada penjamin sosial serta individu yang menjadi mangsa penipuan.

“Beberapa kelemahan di dalam akta sedia ada telah menyebabkan ramai menderita sehinggakan ada keluarga yang terus kehilangan tempat berteduh akibat rumah dilelong padahal mereka teraniaya. Ada juga yang dipenjara gara-gara hutang yang telah dibayar itu kurang RM50 sahaja. Takkan tidak ada langsung perikemanusiaan.

“Kita juga kesal apabila wujud situasi mahkamah tetap mengisytiharkan seseorang itu muflis tanpa merujuk siasatan polis terlebih dahulu dan adanya pihak ketiga yang ingin membantu membayarkan hutang individu muflis tetapi tidak dibenarkan Jabatan Insolvensi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam.

Turut bersama beliau Pegawai Kerja PPIM, Datuk Mohd. Mustaffa Hamzah.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, pihaknya berhasrat mengadakan pertemuan segera dengan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Haslina Mansor bagi memperjelaskan keraguan mengenai beberapa isu kebankrapan yang semakin me­runcing.

“Kita berharap agar perjumpaan dapat dibuat untuk melihat semula inisiatif yang telah dijalankan bagi memastikan penimbangtara yang lebih relevan digunakan kepada lebih 300,000 individu muflis di negara ini,” katanya.

Tuesday, January 20, 2015

2419) ARKIB BERITA PPIM - 23/12/2014 - ABNXCESS - PPIM Cadang Tubuh Suruhanjaya Insolvensi Bantu Individu Bankrap

Nadzim Johan
KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menubuhkan satu Suruhanjaya Insolvensi bagi membantu individu bankrap keluar dari belenggu kebankrapan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata suruhanjaya itu perlu memandangkan senario kebankrapan yang semakin membimbangkan setiap tahun.
Terdapat banyak kes kebankrapan juga adalah bukan kerana hutang individu itu sendiri tetapi disebabkan penganiayaan pihak lain.
“PPIM menerima banyak aduan dari masyarakat yang mengatakan mereka tidak tahu telah bankrap dan hanya mengetahui mengenainya apabila nama mereka keluar dalam iklan surat khabar.
“Ramai antaranya tidak menerima pun notis daripada Jabatan Insolvensi dan ada juga kes yang diisytihar bankrap kerana ada individu lain telah menggunakan kad pengenalan mereka tanpa pengetahuan untuk membuat pinjaman kad kredit dan sebagainya,” kata Nadzim.
Sementara itu, Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan PPIM, Sheikh Abdul Kareem Said berkata kewujudan suruhanjaya itu boleh membantu mengatasi beberapa kelemahan dalam Jabatan Insolvensi.
“Misalnya, individu yang bankrap akibat penganiayaan pihak lain, Jabatan  Insolvensi tidak menyiasat terlebih dahulu, mereka terus membankrapkan pemiutang berdasarkan jumlah hutang daripada bank,” kata beliau.
Tambahnya tempoh untuk membebaskan diri mereka dari kebankrapan yang terlalu lama juga menyukarkan mereka kerana terlampau banyak kerenah birokrasi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata baru-baru ini, seramai 12,381 individu diisytiharkan bankrap bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Daripada jumlah itu, 579 adalah individu dari kalangan belia berumur 25 tahun ke bawah.

Friday, December 26, 2014

2289) SINCHEW NETWORK NEWS - 24/12/2014 - Iraqi CASE Promote Modify Bankruptcy Act

(吉隆坡23日訊)馬來西亞伊斯蘭消費人協會要求政府重新審核不合時宜的破產法令,並指報窮司需設立報窮委員會(Suruhanjaya Insolvensi),以便為為破產者提供適合的協助平台。


納辛佐漢(中)要求政府重新檢討1967年破產法令及作出修改,以保障破產者的利益。左為賽卡林,右為莫哈末慕斯達法。(圖:星洲日報


他說,1967年破產法令早年制定,而且在實施程序上存有漏洞,希望政府能夠給予關注以及作出修改。
馬來西亞伊斯蘭消費人協會主席拿督納辛佐漢今日召開新聞發佈會說,根據報章的破產通知啟事來估計,我國每日約有170人因即將破產及涉及破產,過去3個月每日竟高達200宗,相信大部份人士是在不知情下被宣佈破產。
“報窮局官員在實施程序上存在紕漏,當銀行把傳票發到錯誤地址而無法交到欠債人的手上,欠倩人因為不知情也沒有出庭聆審訊,出現“突然破產”的情況。”
(星洲網)

Thursday, December 25, 2014

2283) UTUSAN BORNEO - 24/12/2014 - PPIM Cadang Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Insolvensi Bantu Individu Bankrap

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Insolvensi bagi membantu individu bankrap keluar dari belenggu kebankrapan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata suruhanjaya itu perlu memandangkan senario kebankrapan yang semakin membimbangkan setiap tahun.
Jelasnya, terdapat juga kes kebankrapan yang bukan kerana hutang individu itu sendiri tetapi disebabkan penganiayaan pihak lain.
“PPIM menerima banyak aduan dari masyarakat yang mengatakan mereka tidak tahu telah bankrap dan hanya mengetahui mengenainya apabila nama mereka keluar dalam iklan surat khabar.
“Ramai antaranya tidak menerima pun notis daripada Jabatan Insolvensi dan ada juga kes yang diisytihar bankrap kerana ada individu lain telah menggunakan kad pengenalan mereka tanpa pengetahuan untuk membuat pinjaman kad kredit dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.
Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan PPIM Sheikh Abdul Kareem Said berkata kewujudan suruhanjaya itu boleh membantu mengatasi beberapa kelemahan dalam Jabatan Insolvensi.
“Misalnya, individu yang bankrap akibat penganiayaan pihak lain, Jabatan  Insolvensi tidak menyiasat terlebih dahulu, mereka terus membankrapkan pemiutang berdasarkan jumlah hutang daripada bank,” kata beliau.
Menurutnya, individu bankrap juga mengambil masa lama untuk membebaskan diri mereka dari kebankrapan kerana terlampau banyak kerenah birokrasi perlu dilalui.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata baru-baru ini, seramai 12,381 individu diisytiharkan bankrap bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Daripada jumlah itu, 579 adalah individu dari kalangan belia berumur 25 tahun ke bawah. — Bernama

Sumber : http://www.utusanborneo.com.my/content/ppim-cadang-kerajaan-tubuh-suruhanjaya-insolvensi-bantu-individu-bankrap

2282) THE RAKYAT POST - 24/12/2014 - Jabatan Insolvensi Gagal Berperanan ‘Caretaker’ Si Muflis

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (tengah) bersama Pegawai Kerja PPIM yang juga Setiausaha Sekretariat Bebas Muflis, Mohd Mustaffa Hamzah (kanan) dan Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan PPIM, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied (kiri) ketika menjawab pertanyaan di sidang media berkenaan kegagalan peranan Jabatan Insolvensi, di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR, 23 Disember:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa Jabatan Insolvensi gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan memainkan peranan untuk menguruskan hal-hal muflis yang melibatkan rakyat Malaysia.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata jabatan itu harus berperanan sebagai ‘caretaker‘ (penjaga) dan bukanlah sebagai pengutip hutang.
Malah katanya, jabatan tersebut harus disemak semula sistem pentadbiran dan pengurusan oleh kerajaan agar menjadi mesra rakyat.
“Sepatutnya mereka ini mesra rakyat, jadi ‘caretaker’ dan bukan ‘money collector’. Jadi saya rasa yang terbaik buat masa ini mungkin adalah dengan mengubah jabatan tersebut kepada Suruhanjaya Insolvensi supaya ia lebih dinamik dan wujudkan juga standard ISO.
“Sebab mereka ini tadbir tidak (buat), yang tahu nak kutip duit sahaja, saya cakap begini sebab saya pernah lalui dan saya tahu bagaimana azabnya berurusan dengan Jabatan Insolvensi,” katanya di dalam sidang media di sini, hari ini.
Nadzim berkata, keadaan ini adalah satu perkara yang sangat kritikal dan banyak kelompongan dan kelemahan di dalam sistem pentadbiran jabatan tersebut.
Jelasnya, jabatan ini harus bergerak sebagai satu institusi pemulihan dan bukanlah sebagai institusi yang menghukum dan menyusahkan mereka yang diisytiharkan bankrap.
“Kita memerlukan satu penubuhan suruhanjaya yang dipantau badan bebas dan diuruskan dengan lebih ketat serta mesti ada sijil ISO.
“Ini sangat kritikal, jabatan ini perlu melaksanakan sistem yang lebih telus,” tegasnya.
Dalam masa yang sama, Nadzim juga meminta pihak yang berkuasa untuk menyemak semula Akta Kebankrapan 1967 yang tidak pernah dipinda dan disesuaikan dengan keadaan masa kini.
Malah menurutnya, akta lapuk ini tidak pernah dipinda sejak penubuhannya sehingga mengakibatkan kesulitan kepada mereka yang disenaraikan bankrap.
“Akta ini penting sebab ada banyak kes yang tidak munasabah dan ini melibatkan penganiayaan.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita tak nak hidup di dalam undang-undang lapuk, jadi kita minta untuk lihat semula perkara ini secara serius,” ujarnya.
Sementera itu, Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangannya, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied menjelaskan sekitar 200 aduan diterima setiap hari daripada mereka yang muflis dan hampir 80 peratus daripada mereka tidak menerima sebarang dokumen daripada Jabatan Insolvensi.
Malah tambahnya, si muflis juga turut dikenakan bayaran sebanyak 13% daripada jumlah hutang sebagai bayaran perkhidmatan walaupun berdepan dengan kesulitan untuk berdepan dengan jabatan berkenaan.
“Si muflis akan berhadapan juga dengan masalah untuk membayar hutang, sebagai contoh anda diisytihar muflis di Ipoh, dan anda berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur. setiap bulan anda perlu ke Ipoh untuk buat bayaran.
“Ini tidak termasuk lagi dengan masalah mereka tidak tahu mereka bankrap kerana tidak terima sebarang dokumen, mereka ini tahu bila nak keluar negara dan disekat sahaja.
“Bila pergi ke Jabatan Insolvensi dan nak minta dokumen, cukup payah,” katanya di dalam sidang media yang sama.

2281) THE RAKYAT POST - 24/12/2014 - Muslim Consumers Body: We’ve Given Up Trying To Work With Insolvency Department

Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) chairman Datuk Nadzim Johan says the Malaysian Insolvency Department makes life harder for people who are already on their knees after being declared bankrupt. 


KUALA LUMPUR, Dec 23, 2014:
The Malaysian Insolvency Department must play the role of a caretaker and not a debt collector, said the Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM).
Its chairman, Datuk Nadzim Johan, said the department had failed to carry out its responsibility in managing matters regarding bankruptcy among people.
“I urge the government to review the department’s management system as, honestly, we have given up trying to work with them.
“They are supposed to be people friendly, be their caretaker and not be merely a money collector.
“Hence, I feel that the best thing to do for now is to change the department into an Insolvency Commission so that it will be more dynamic and have an ISO quality standard,” he told a press conference today.
Nadzim said the department did not know how to manage itself and only knew how to collect money.
“I am saying this because I have gone through it myself and I know the difficulty in dealing with the department,” he said at a press conference today.
At the same time, Nadzim asked the authorities to review the Bankruptcy Act 1967 which was never amended to suit present conditions.
“As Malaysians, we don’t want to live with old laws that have caused so much trouble to those on the bankruptcy list.”
Present today was PPIM financial services monitoring bureau chief Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied, who stated that the association had received around 200 complaints from bankrupts and almost 80% of them had not received any documents from the Insolvency Department.
He said that bankrupts were also charged 12% of the debt they owed as service charge even through they were already facing challenges.
“The bankrupts also face problems paying the debt as you can only make the payments in the state where you were declared bankrupt.
“This is excluding the trouble they go through, being unaware of their bankrupt status as they don’t receive any documents notifying them.
“They only find out about their bankrupt status when they are stopped from travelling overseas.”

2279) 24/12/2014 - Syor Tubuh Suruhanjaya Insolvensi Perkasa Mdi


2278) KOSMO - 24/12/2014 - PPIM Cadang Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Insolvensi Bantu Individu Bankrap

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Insolvensi bagi membantu individu bankrap keluar dari belenggu kebankrapan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, suruhanjaya itu perlu memandangkan senario kebankrapan yang semakin membimbangkan setiap tahun.
“PPIM menerima banyak aduan dari masyarakat yang mengatakan mereka tidak tahu telah bankrap dan hanya mengetahui mengenainya apabila nama mereka keluar dalam iklan surat khabar.
“Ramai antaranya tidak menerima pun notis daripada Jabatan Insolvensi dan ada juga kes yang diisytihar bankrap kerana ada individu lain telah menggunakan kad pengenalan mereka tanpa pengetahuan untuk membuat pinjaman kad kredit dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Jelasnya, terdapat juga kes kebankrapan yang bukan kerana hutang individu itu sendiri, tetapi disebabkan penganiayaan pihak lain. - Bernama

2277) UTUSAN MALAYSIA - 24/12/2014 - Tangani Isu Birokrasi


Tubuhkan suruhanjaya dalam Jabatan Insolvensi

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Kerajaan disaran mewujudkan satu suruhanjaya dalam Jabatan Insolvensi bagi me­lancarkan urusan dokumentasi dan membentuk sistem kerja yang le­bih sistematik.

Hal ini berikutan terdapat banyak aduan mengenai masalah biro­krasi di jabatan tersebut termasuk isu kelewatan dalam menyediakan dokumen-dokumen berhubung individu yang diisytihar muflis.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat banyak kes melibatkan individu yang diisytihar muflis oleh pihak bank tidak menerima sebarang dokumen berkaitan daripada Jabatan Insolvensi.

Menurut beliau, masalah itu menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang terlibat, se­kali gus menyukarkan proses untuk bebas daripada muflis.

“Cadangan suruhanjaya tersebut dilihat sebagai satu kaedah penyelesaian terbaik untuk menangani masalah-masalah birokrasi yang timbul di Jabatan Insolvensi.

“Jabatan tersebut perlu mempunyai satu sistem yang efektif bagi memaklumkan kepada individu yang diisytiharkan muflis lebih awal sebelum mereka dikenakan tindakan mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Biro Penyiasatan dan Pembangunan Insan PPIM, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied dan Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah.

Dalam pada itu, Nadzim turut menyifatkan tiada komunikasi efektif antara pihak bank dengan Jabatan Insolvensi dalam menyampaikan maklumat kepada mereka yang diisytihar muf­lis.

“Hal ini dapat dilihat apabila ada di antara nama yang diisytihar muflis dan disiarkan dalam akhbar masih tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

“Hasil pemantauan PPIM, sebanyak 60 peratus daripada kira-kira 170 kes muflis yang disiarkan dalam akhbar mengadu mereka tidak menerima sebarang dokumen daripada jabatan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap suruhanjaya yang dicadang­kan tersebut dapat membantu memudahkan urusan dokumentasi sekali gus membebaskan individu terlibat daripada belenggu muflis.

Wednesday, November 2, 2011

BERITA : Suradi kemalangan pula


Sudah jatuh ditimpa tangga..

Pagi ini kami mendapat maklumat bahawa saudara Suradi Darius yang dipenjara kerana kegagalan membayar RM 150 baki bayaran kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (Atau dalam bahasa korporatnya MdI) telah ditimpa kemalangan kemungkinan langgar lari dalam perjalanannya pulang dari tempat kerja lebih kurang jam 8.30 malam semalam.

Mengikut laporan aktivis kami yang telah melawatnya, kedaannya masih koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Klang. Keadaan beliau agak parah kerana kecederaan di kepala, luka di dalam perut dan dada.

Ahli keluarganya melahirkan perasaan yang amat sedih kerana pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini. Kami juga sempat berinteraksi secara langsung bersama isteri beliau, Puan Rosnah melalui slot Klinik Pengguna di Radio 24 tengahari tadi.

Marilah kita bersama berdoa semoga keluarga ini terus sabar, tabah dan redha dengan ujian ini dan semoga Suradi sedar dari koma dan sembuh.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL