Friday, May 12, 2017

3704) KPDNKK ARAH PERIKSA GAJET - BERITA HARIAN - 12/5/2017

                 berita harian 12.5.2017
 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengarahkan Bahagian Penguat Kuasanya mengambil sampel "fidget spinner" untuk dianalisis berikutan laporan alat permainan itu boleh mengundnag bahaya. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata sampel peralatan itu  akan dihantar kepada SIRIM Berhad untuk dianalisis sebelim sebarang keputusan dibuat, sama ada gajet berkenaan ditarik balik dari pasaran atau sebaliknya. " Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) bagi memastikan ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara," katanya pada sidang media Program Kesedaran Akta Syarikat 2016 di sini, semalam. Kelmarin, BH melaporkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasikan menjadi senjata berbahaya dan digunakan untuk tujuan jenayah. Ubah Suai Produk Gajet itu yang pada asalnya dicipta untuk penghidap sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), mula menjadi kegilaan kanak-kanak hingga ada yang mengubahsuainya menjadi produk berbahaya. Ditanya mengenai saranan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mahu kerajaan menubuhkan badan khas untuk mengawal selia kemasukan dan penjualan alat permainan, Hamzah berkata, kementeriannya sudah berbuat demikian bersama beberapa agensi lain, namun ia masih dalam peringkat persefahaman. Menerusi jawatankuasa itu, katanya, semua barangan seperti permainan, makanan dan peralatan pembinaan yang mahu dibawa masuk atau keluar dari Malaysia perlu diperiksa oleh KPDNKK sebelum dipasarkan. " KPDNKK akan menjadi koordinator dan menghantar barangan itu kepada agensi tertentu... produk makanan akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan, permainan akan dihantar pada Jabatan Standard Malaysia. " Selepas diperiksa, KPDNKK (menerusi jawatankuasa itu) akan keluarkan peraturan dan standard yang perlu dipatuhi pengeluar jika mahu pasarkan di dalam atau luar Malaysia," katanya. Ditanya sama ada jawatankuasa itu akan beroperasi pada tahun ini, Hamzah berkata, ia mengambil sedikit masa kerana banyak perkara dan produk yang perlu diambil kira, namun memberi jaminan ia beroperasi secepat mungkin. Di Alor Setar, Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menggesa KPDNKK mengambil langkah proaktif berhubung penjualan alat permainan itu. Sambil menyatakan kebimbangan gajet itu dijadikan senjata ketika terdesak, katanya, rupa bentuk fizikal gajet itu juga tidak mustahil boleh digunakan sebagai peralatan untuk melakukan jenayah. " Kalau kita lihat ada pelbagai bentuk "fidget spinner". Selain menjadi alat permainan, ia mungkin boleh digunakan untuk mencungkil tingkap, pintu atau membuka almari untuk tujuan jenayah. Undang Kecederaan " Ini tidak mustahil berlaku kerana segelintir rakyat Malaysia sangat kreatif melakukan inovasi ke arah perkara negatif. Contohnya, ketika musim perayaan, banyak mercun buatan sendiri dicipta yang akhirnya mengundnag kecederaan dan kemalangan jiwa, selain kehilangan harta benda," katanya. Mohamad Yusrizal mengakui tanpa sekatan melalui pengharaman atau ketetapan khusus oleh pihak berkuasa, gajet itu yang dilihat sebagai permainan boleh dibawa sesuka hati ke sekolah sehingga berisiko digunakan secara berleluasa. " Permainan ini pernah dikeluarkan pada lewat 1980-an, namun pada masa itu hanya berasaskan plastik. Ketika itu ia lebih selamat kepada kanak-kanak namun pada zaman serba moden ini "fidget spinner" yang mengalami evolusi boleh mendatangkan kecederaan. " Struktur besi serta bentuknya yang pelbagai  sangat berisiko untuk mencederakan sesiapa saja dan apa yang kita bimbang ia digunakan sebagai senjata, malah saiznya yang kecil memudahkan ia dibawa ke mana-mana saja," katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL