Showing posts with label FIDGET SPINNER. Show all posts
Showing posts with label FIDGET SPINNER. Show all posts

Friday, May 12, 2017

3704) KPDNKK ARAH PERIKSA GAJET - BERITA HARIAN - 12/5/2017

                 berita harian 12.5.2017
 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengarahkan Bahagian Penguat Kuasanya mengambil sampel "fidget spinner" untuk dianalisis berikutan laporan alat permainan itu boleh mengundnag bahaya. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata sampel peralatan itu  akan dihantar kepada SIRIM Berhad untuk dianalisis sebelim sebarang keputusan dibuat, sama ada gajet berkenaan ditarik balik dari pasaran atau sebaliknya. " Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) bagi memastikan ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara," katanya pada sidang media Program Kesedaran Akta Syarikat 2016 di sini, semalam. Kelmarin, BH melaporkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasikan menjadi senjata berbahaya dan digunakan untuk tujuan jenayah. Ubah Suai Produk Gajet itu yang pada asalnya dicipta untuk penghidap sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), mula menjadi kegilaan kanak-kanak hingga ada yang mengubahsuainya menjadi produk berbahaya. Ditanya mengenai saranan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mahu kerajaan menubuhkan badan khas untuk mengawal selia kemasukan dan penjualan alat permainan, Hamzah berkata, kementeriannya sudah berbuat demikian bersama beberapa agensi lain, namun ia masih dalam peringkat persefahaman. Menerusi jawatankuasa itu, katanya, semua barangan seperti permainan, makanan dan peralatan pembinaan yang mahu dibawa masuk atau keluar dari Malaysia perlu diperiksa oleh KPDNKK sebelum dipasarkan. " KPDNKK akan menjadi koordinator dan menghantar barangan itu kepada agensi tertentu... produk makanan akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan, permainan akan dihantar pada Jabatan Standard Malaysia. " Selepas diperiksa, KPDNKK (menerusi jawatankuasa itu) akan keluarkan peraturan dan standard yang perlu dipatuhi pengeluar jika mahu pasarkan di dalam atau luar Malaysia," katanya. Ditanya sama ada jawatankuasa itu akan beroperasi pada tahun ini, Hamzah berkata, ia mengambil sedikit masa kerana banyak perkara dan produk yang perlu diambil kira, namun memberi jaminan ia beroperasi secepat mungkin. Di Alor Setar, Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menggesa KPDNKK mengambil langkah proaktif berhubung penjualan alat permainan itu. Sambil menyatakan kebimbangan gajet itu dijadikan senjata ketika terdesak, katanya, rupa bentuk fizikal gajet itu juga tidak mustahil boleh digunakan sebagai peralatan untuk melakukan jenayah. " Kalau kita lihat ada pelbagai bentuk "fidget spinner". Selain menjadi alat permainan, ia mungkin boleh digunakan untuk mencungkil tingkap, pintu atau membuka almari untuk tujuan jenayah. Undang Kecederaan " Ini tidak mustahil berlaku kerana segelintir rakyat Malaysia sangat kreatif melakukan inovasi ke arah perkara negatif. Contohnya, ketika musim perayaan, banyak mercun buatan sendiri dicipta yang akhirnya mengundnag kecederaan dan kemalangan jiwa, selain kehilangan harta benda," katanya. Mohamad Yusrizal mengakui tanpa sekatan melalui pengharaman atau ketetapan khusus oleh pihak berkuasa, gajet itu yang dilihat sebagai permainan boleh dibawa sesuka hati ke sekolah sehingga berisiko digunakan secara berleluasa. " Permainan ini pernah dikeluarkan pada lewat 1980-an, namun pada masa itu hanya berasaskan plastik. Ketika itu ia lebih selamat kepada kanak-kanak namun pada zaman serba moden ini "fidget spinner" yang mengalami evolusi boleh mendatangkan kecederaan. " Struktur besi serta bentuknya yang pelbagai  sangat berisiko untuk mencederakan sesiapa saja dan apa yang kita bimbang ia digunakan sebagai senjata, malah saiznya yang kecil memudahkan ia dibawa ke mana-mana saja," katanya.

Thursday, May 11, 2017

3702) FIDGET SPINNER BOLEH JADI SENJATA BERBAHAYA - BERITA HARIAN - 11/5/2017

                     berita harian 11.5.2017 berita harian 11.5.2017 2 Gajet fidget spinner yang dijual berleluasa di negara ini perlu dipantau kerana bimbang boleh memudaratkan pemainnya, terutama murid. Pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasi menjadi senjata berbahaya dan digunakan untuk tujuan jenayah. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun belum berlaku kemalangan di negara ini, ia perlu diawasi kerana sudah berlaku beberapa kes di luar negara pemainnya cedera. " Apa yang dibimbangkan jika ada pihak tertentu menjadikan  gajet itu sebagai senjata melakukan jenayah," katanya ketika dihubungi BH, semalam. Nadzim berkata, kerajaan seharusnya menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi meneliti setiap permainan yang dijual di negara ini kerana bimbang boleh menyebabkan kecederaan dan disalahgunakan. Belum ada badan kawal selia Di Malaysia, katanya, belum ada badan khas mengawal selia kemasukan dan penjualan permainan. Gajet itu pada asalnya dicipta dan dipasarkan untuk penghidap sindrom kurang daya tumpuan serta hiperaktif (ADHD) yang lazimnya tidak berhenti memutar pensil, menggigit kuku, menyusun objek dan mengeluarkan bunyi pelik. Namun, pengaruh fidget spinner makin membimbangkan apabila penjualannya tidak lagi bagi membantu merawat penghidap sindrom ADHD dan golongan memerlukan, sebaliknya mengundang masalah lain. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, pula berkata gajet itu mencetus kesan fenomena seperti telefon pintar apabila digunakan tanpa pengawasan dan tiada hala tuju tertentu. " Ia cenderung menggangu tumpuan sehingga menjejaskan pembelajaran murid, justeru patut diawasi jika ada yang membawanya ke sekolah. " Selain itu, ada video anak muda di negara luar yang "terlebih kreatif" apabila mengubahsuai fidget spinner dengan menyambung bilah alat itu dengan benda tajam sehingga menjadi ikutan remaja serta kanak-kanak di Malaysia," katanya. Kementerian Pendidikan perlu mengawasi fenomena fidget spinner supaya tidak menjejaskan sesi pembelajaran, selain mengundang risiko kecederaan pelajar. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, berkata langkah pencegahan awal penting bagi memberi panduan kepada warga pendidik dalam menangani penularan fidget spinner. " Sebelum ini Kementerian ada wartakan larangan penggunaan alat geometri, pisau dan gunting di sekolah yang tertakluk kepada waktu pembelajaran subjek tertentu bagi menangani risiko kecederaan pelajar. " Langkah sama perlu dilakukan terhadap fidget spinner yang semakin mendapat tempat, khususnya kanak-kanak sehingga mencetuskan kelalaian sepanjang berada di sekolah. Syor keluar pekeliling " Kementerian Pendidikan boleh mengeluarkan pekeliling supaya gajet ini hanya diberi pelepasan kepada kanak-kanak tertentu penghidap seperti sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) dan autisme," katanya. Pakar psikologi Fakulti Pendidikan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Hanim Abd Jalal, berkata tanpa disedari, kanak-kanak berdepan ancaman kerana perhatian mereka tertumpu sepenuhnya pada gajet itu, sekali gus membuatkan pemiliknya tidak peka pada persekitaran.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL