Showing posts with label MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN. Show all posts
Showing posts with label MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN. Show all posts

Saturday, January 12, 2019

4771) PERKEMAS DAHULU SISTEM AIR BERSIH – UTUSAN MALAYSIA – 12/1/19

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Kerajaan disaran menangguhkan keputusan menaikkan kadar tarif air dan memberi fokus kepada usaha-usaha memperkemas sistem air bersih di negara ini terlebih dahulu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kualiti air pada ketika ini masih berada pada tahap yang rendah berbanding negara lain dan tindakan menaikkan tarif itu adalah tidak wajar.
Menurutnya, selain menjejaskan pengguna berikutan kenaikan kadar itu, kerajaan bagaimanapun perlu memperhebat program pendidikan kepada rakyat dengan mengambil langkah penjimatan air secara total
“Melihat kepada situasi sekarang ini, adalah tidak wajar untuk kerajaan terus menaikkan beban kos hidup kerana pada hari ini kos hidup rakyat sudah cukup tinggi.
“Sehubungan itu, lebih baik kerajaan memperkemaskan dahulu sistem air bersih selain menyediakan program pendidikan agar rakyat memahami kepen­tingan air sekali gus mengambil langkah penjimatan secara menyeluruh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar sebelum ini berkata, tarif air mungkin dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air dan menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, keputusan kenaikan kadar tarif itu adalah munasabah sekiranya kerajaan menyelenggara semua paip air.
“Sudah tentu kerajaan memerlukan peruntukan besar untuk menukar paip-paip yang telah uzur dan dengan naikkan tarif ini, usaha menyelenggara paip secara berkala harus dilaksanakan,” katanya.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PERKEMAS DAHULU SISTEM AIR BERSIH

Thursday, December 6, 2018

4732) ISU AIR, ELEKTRIK DEKAT DI HATI MASYARAKAT – BERITA HARIAN – 6/12/18




BARU-BARU ini, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan peningkatan jumlah penduduk yang semakin tinggi di Selangor menjadi punca skim pemberian air percuma disemak semula dan kumpulan sasarnya hanya kepada golongan 40 peratus terendah (B40).
Pemberian air percuma 20 meter padu sebulan ini memanfaatkan 6.4 juta penduduk Selangor, sama ada penduduk asal negeri itu atau dari negeri lain yang menetap di negeri berkenaan.
Pada masa sama, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, pula mengumumkan golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah perlu membayar bil berkenaan mulai bulan depan.

Katanya, ini sejajar dengan dasar kerajaan yang menetapkan hanya menyalurkan subsidi elektrik secara bersasar, khususnya golongan miskin dan miskin tegar.
Dalam konteks ini, penyaluran subsidi bersasar hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
Di negara kita, sebarang isu menyentuh kenaikan tarif, sama ada air dan elektrik sangat sensitif kepada rakyat dan mencetuskan polemik politik. Sebab itu, apa juga isu berkaitan dua bekalan berkenaan perlu diselesaikan secara segera dan bijak.
Walaupun pemberian air percuma dan bayaran elektrik bulanan RM20 ke bawah untuk golongan isi rumah mewah tidak membabitkan kenaikan tarif, ia turut menarik perhatian masyarakat.
Dari aspek kemampuan membayar bil elektrik kepada isi rumah mewah yang mencatatkan jumlah pada kadar RM20 ke bawah, ia sebenarnya bukan isu besar kerana golongan ini sememangnya mampu.
Hanya jumlah bil rendah kerana antaranya mereka jarang berada di rumah atau menjadikan kediaman sebagai persinggahan atau tempat beristirahat sahaja. Bagaimanapun, mereka tetap pengguna tenaga elektrik, tetapi masih mendapat subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati oleh B40 dan golongan berpendapatan sederhana.
Justeru, pengenalan subsidi bersasar adalah tepat dan wajar dilaksanakan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menikmati kemudahan berkenaan.
Tidak hairan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong langkah kerajaan mengenakan bayaran kepada golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah.
Kurangkan beban
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman menegaskan golongan isi rumah mewah ini tidak termasuk dalam golongan penerima subsidi kerana mampu membayar bil berkenaan tanpa bebanan.
Sebab itu mereka sewajarnya membayar bil berkenaan tanpa berfikir panjang kerana nilai RM20 sangat kecil bagi mereka yang berpendapatan besar.
Ini berbeza dengan keluarga berpendapatan rendah atau sederhana kerana keupayaan menjimatkan RM20 dapat mengurangkan tanggungan mereka walaupun jumlahnya kecil.
“Langkah ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk memberikan subsidi bersasar kepada golongan miskin dan miskin tegar,” kata Mohd Yusof.
Seperti FOMCA, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencadangkan kerajaan mewujudkan satu mekanisme baru untuk membantu kumpulan sasar berkenaan.
Mekanisme itu mencakupi penerimaan subsidi hanya kepada golongan yang layak, selain mereka yang memohon untuk diberikan pengecualian bayaran.
“Tiada siapa dapat mempertikaikan fakta, isu rumah mewah berkemampuan untuk membayar bil berkenaan dan ia akan membuka peluang kepada kerajaan menumpukan bantuan kepada golongan sasar,” katanya.
Banyak tanggunggan
Berhubung pengumuman Amirudin bahawa jumlah penduduk yang semakin tinggi di Selangor menjadi punca skim pemberian air percuma hanya diberikan kepada golongan B40, ia mengejutkan banyak pihak.
Ramai keluarga isi rumah golongan pertengahan (M40) tentu mengeluh kerana selepas ini mereka akan membayar bil air, sedangkan kos sara hidup terus meningkat.
Walaupun kadar berkenaan dianggap rendah bagi golongan berpendapatan besar, bagi berpendapatan pertengahan, khususnya keluarga yang berhijrah ke bandar, mereka biasanya banyak tanggungan lain.
Penulis sempat mengamati keluhan penduduk USJ 7, Subang Jaya yang hanya mahu dikenali Ali yang menurutnya pemberian air percuma dapat mengurangkan bebanan keluarga walaupun sedikit. Beliau berharap kerajaan Selangor sepatutnya meneruskan dasar itu.
Walaupun beliau dalam kategori golongan berpendapatan pertengahan dan keluarganya bukan B40, beliau terpaksa membayar tambang bas sekolah bagi tiga anaknya pada kadar RM120 setiap seorang sebulan.
“Saya cadangkan kerajaan Selangor memperkenalkan mekanisme bagi keluarga M40 yang banyak tanggungan dan mereka perlu dikecualikan daripada membayar bil air,” katanya.
Penduduk di Selangor ketika ini 6.4 juta orang berbanding ketika zaman pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menanggung 4.6 juta penduduk ketika pemberian air percuma 20 meter padu dilaksanakan.
Susun perbelanjaan
Mengambil kira ia subsidi bersasar dan kerajaan negeri perlu menyusun segala perbelanjaan, menyebabkan pemberian air percuma hanya disalurkan kepada golongan B40.
Satu lagi yang menjadi persoalan, bagaimana dengan golongan B40 yang tidak berdaftar dengan sistem e-Kasih? Adakah mereka akan terkeluar daripada senarai penerima air percuma yang akan menggunakan sistem berkenaan?
Untuk mengurangkan bebanan berikutan peningkatan kos sara hidup, mungkin golongan M40 terpaksa membawa bekalan makanan ke tempat kerja seperti berlaku di Jepun, Korea Selatan atau Amerika Syarikat yang terlalu asing dengan istilah makan tengah hari di luar ketika bekerja.
Justeru, bayaran bil kepada pemilik rumah mewah yang mempunyai bil RM20 atau ke bawah adalah wajar, manakala kerajaan Selangor perlu mencari mekanisme terbaik dalam menangani pemberian air percuma bagi memastikan golongan M40 tidak terpinggir.

Artikel Oleh : Berita Harian
ISU AIR, ELEKTRIK DEKAT DI HATI MASYARAKAT


Tuesday, October 3, 2017

4118) FOMCA : Address Rakyat’s Health, Education And High Cost Of Living - New Straits Time - 3/10/2017




KUALA LUMPUR: Consumers are appealing to the government to address issues pertaining to health, education and the high cost of living in the upcoming 2O18 Budget. Federation of Malaysian Consumers Association (Fomca) deputy president Mohd Yusof Abdul Rahman said more allocations for health were needed to help Malaysians who were grappling with the high cost of living. “We cannot deny the benefits that came from the setting up of government clinics and 1 Malaysia Clinics which have helped to lessen the burden of consumers, but more can still be done.

“Be it in the urban or rural areas, this isSue is still a big area of concern. There are many type S of medicines that ordinary people cannot afford, especially for critical illnesses.” Yusof told the New Straits Times. Yusof said the people must equip themselves with knowledge in an effort to propel Malaysia to becoming a high-income nation.

“To reach the standards of a high-income country, the government must provide easy access to education by allocating more funds for scholarships. With this, those who are qualified will have the opportunity to further their studies and expand their knowledge, thus contributing to the country,” said Yusof.

He also said it was vital for new initiatives to solve currency issues as the matter impacted the people directly. “The people are impacted as we have a lot of imported goods and people will need to think twice when travelling as the exchange rate is low.” Malaysian Muslim Consumers Association chief activist Datuk Nadzim Johan was hopeful that the government would provide outreach programmes to the public. “We did some studies on consumers and we found out that there were not enough outreach programmes to teach Malaysians how to be productive.

“The consumers are too dependent and they are used to receiving handouts from the government. “They contribute very little but expect much from the government,” he said. If this continues, Malaysians would be overshadowed by foreign Workers as the latter Were known for their hardworking attributes, he added. “I hope the programmes will enable Malaysians to realise their full potential and change their mindset. “Once they realise that, they can become somebody.”

Saturday, July 1, 2017

3842) BENDUNG PEMALSUAN PASPORT - UTUSAN MALAYSIA - 1/7/2017

utusan malaysia 1.7.2017
Kuala Lumpur 30 Jun - Langkah Jabatan Imigresen mengenakan penalti antara RM200 dan RM1000 bagi setiap pengantian pasport yang hilang akibat kecuaian pemiliknya disambut baik oleh pelbagai pihak memandangkan peningkatan ketara kes dicatatkan sejak kebelakangan ini.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusoff Abdul Rahman berkata, inisiatif yang diambil memperlihatkan langkah agresif jabatan itu menguatkuasakan perundangan dan menepati keperluan bagi mencegah penularan kes pemalsuan dokumen peribadi.
Menurutnya kadar penalti dikenakan itu perlu mengambil kira beberapa aspek termasuk faktor kehilangan pasport selain memberi pertimbangan sewajarnya terhadap keperluan serta keberhasilan tindakan yang bakal diambil.
"Adalah menjadi keperluan mengenakan denda dan hukuman setimpal terhadap kehilangan pasport akibat kecuaian atau kecenderungan pemiliknya menjual dokumen peribadi kepada pihak ketiga.
"Namun sekiranya disebabkan bencana atau kemalangan tidak dapat dielakkan , prosedur permohonan baru serta dengan perlulah bergantung kepada budi icara sebelum dikenakan apa-apa hukuman," katanya kepada Utusan Malaysia disini, hari ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut senada menyokong langkah penguatkuasa tersebut supaya dokumen peribadi itu tidak disalah guna oleh pihak tertentu bagi mengaut keuntungan.
"Garis panduan dan prosedur pelaksanaan penalti itu haruslah mencakupi pelbagai aspek termasuk mengkaji keperluan dan kesanya terhadap pemegabg pasport, isu pemalsuan dokumen dan kesannya kepada aspek keselamatan negara," katanya.

Friday, June 30, 2017

3841) TERUS 'CEKIK' PENGGUNA - SINAR HARIAN - 30/6/2017



SHAH ALAM - Kenapa harga barang masih tak turun walaupun harga petrol sudah turun?
Itu persoalan yang pengguna susulan harga  petrol turun lima minggu berturut-turut.
Suasana  ini berbeza sekiranya harga petrol naik, harga barangan terus dinaikkan dengan pelbagai alasan oleh peniaga.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman memberi amaran kepada peniaga agar tidak terus 'mencekik' pengguna.
 Beliau berkata, mereka tidak boleh menjadikan harga  petrol sebagai alasan  menaikkan harga barang.
“Bila harga petrol naik, harga barang terus naik. Bila minyak turun, harga barang tak turun-turun.
"Ia menjadi alasan biasa kepada pengguna untuk menaikkan harga barang. Padahal bila harga petrol turun, harga barangan juga mesti turun," katanya.
Beliau berkata, peniaga sering menjadikan peningkatan kos operasi dan lain-lain faktor sebagai alasan menaikkan harga barangan.
Katanya, peniaga harus melihat keadaan secara keseluruhan ketika meletakkan harga dan tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.
“Kerajaan perlu memastikan peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 supaya pengguna tidak menjadi mangsa.
“Kita bagaimanapun sedia maklum harga petrol berubah mengikut keadaan semasa. Namun ia bukan alasan peniaga menaikkan harga terburu-buru,” katanya.
Katanya, Fomca akan terus mendesak peniaga menurunkan harga ekoran penurunan harga petrol.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, perlu ada satu mekanisme penentuan harga barangan ketika petrol turun harga.
“Harga barang  ini ibarat kucing yang tahu panjat pokok tapi tidak tahu turun. Kerana itu perlu ada satu mekanisme agar peniaga lebih beretika. Jangan semata-mata mencari keuntungan.
"Perlu ada program  yang mendidik peniaga supaya lebih beretika dan pengguna lebih bijak,” katanya.
Katanya, pengguna juga perlu memainkan peranan dengan memboikot peniaga yang didapati memanipulasikan harga barangan.
“Kita boleh mendesak peniaga turunkan harga. Tapi berbalik kepada pengguna yang tetap membeli walaupun harga diletakkan sehingga dua kali ganda. Peniaga pula mengambil kesempatan. Daripada menjual pada harga murah lebih baik jual mahal,” katanya.
Tambahnya, majoriti peniaga sudah hilang sifat kemanusiaan kerana hanya memikirkan soal keuntungan.
Terkini, harga runcit RON95 pada RM1.89 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel pula RM1.84 seliter.
Snapshot
http://www.sinarharian.com.my/nasional/terus-mahu-cekik-pengguna-1.695256

Friday, June 23, 2017

3838) DESAK HUKUMAN LEBIH BERAT - BERITA HARIAN - 23/6/2017

berita harian 23.6.2017
Banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan meminda Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 yang disifatkan sudah lupuk kerana hanya memperuntukkan denda maksimum RM300 bagi kesalahan memiliki bunga api yang disifatkan terlalu kecil dan tidak setimpal dengan kecederaan dialami pengguna.
Pengamal undang-undang pula berpandangan pindaan kepada peraturan itu semata-mata tidak akan memberi kesan untuk mengurangkan jumlah kemalangan dan kecederaan akibat bermain mercun yang dialami saban tahun tanpa sebarang penguatkuasaan dan pelaksanaan yang konsisten.
DENDA SEHINGGA RM250,000
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mahu hukuman denda dinaikkan sehingga RM250,000 bagi penjual, manakala RM500,000 bagi syarikat yang disabitkan kesalahan, selain Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak tindakan tegas turut dikenakan terhadap pembeli.
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata selain denda maksimum yang tinggi, kerajaan juga wajar mempertimbangkan hukuman penjara dan sebatan kepada penjual jika bahan jualannya itu mendatangkan kecederaan kepada orang ramai.
Beliau berkata, pindaan terhadap peraturan itu perlu dilaksanakan dengan segera bagi memberi pengajaran kerana keuntungan daripada perniagaan mercun dan bunga api terutama pada musim perayaan jauh lebih besar berbanding hukuman maksimum dikenakan.
"Kemungkinan pihak berkuasa terlepas pandang terhadap peraturan yang digubal sebelum merdeka sehingga mengekang mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan kesalahan,"katanya.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya kerajaan bersikap lebih tegas terhadap peniaga mercun dan bunga api berikutan banyak kecederaan dilaporkan sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, jika kerajaan berhasrat mengenakan hukuman denda berpuluh ribu ringgit terhadap peniaga dan pengedar, tindakan tegas juga wajar dikenakan kepada pembeli.
SYOR HUKUMAN PENJARA
"PPIM juga mahu kerajaan mengenakan penjara kepada individu disabitkan kesalahan kali kedua dalam usaha mengurangkan aktiviti penjualan mercun dan bunga api pada masa depan,"katanya.
Semalam, Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan hukuman denda maksimum RM300 ke atas peniaga kedai makan, Mohd Nor Safar Mat Darus yang didakwa mengikut Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 kerana memiliki pelbagai jenis bunga api.
Sabtu lalu, BH Bongkar melaporkan Bahagian Penguatkuasa agensi kerajaan banyak kali menggagalkan taktik menyeludup mercun dan bunga api sama ada di pintu masuk sempadan negara atau melalui jalan laut, dengan merampas berkotak-kotak bahan larangan itu.
Bagaimanapun, usaha itu didapati tidak membawa apa-apa makna apabila penjualan mercun yang sudah lama diharamkan di negara ini masih berterusan, malah dilakukan secara terbuka di bazar Ramadan, dengan peniaga langsung tidak gentar terhadap undang-undang.

Wednesday, May 31, 2017

3755) PERLU UJI DAHULU ARAH KIBLAT SEBELUM GUNA APLIKASI - BERITA HARIAN - 31/5/2017

berita harian 31.5.2017 3 Kuala Lumpur : Pihak yang bertanggunjawab membangunkan aplikasi petunjuk arah kiblat disaran tidak mengambil mudah terhadap kemudahan itu kerana ia berkait rapat dengan isu agama, khususnya dalam tanggunjawab menunaikan Rukun Islam kedua. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pembangunan aplikasi itu perlu dibuat dengan betul dan teliti kerana ia menjadi sumber rujukan pelbagai pihak. Katanya, setiap pihak yang membangunkan aplikasi itu tidak seharusnya mementingkan keuntungan semata-mata, terutama untuk menjana iklan. "Banyak aplikasi sebegini yang dibuat hanya untuk menjana iklan dan tidak mementingkan tujuan sebenar iaitu kemudahan orang islam. "Bukan sahaja aplikasi petunjuk arah ini, malah aplikasi ayat al-quran juga ada yang tidak betul dan sangaja dibangunkan untuk tujuan tertentu. "Akibatnya, pihak yang menjadi mangsa adalah masyarakat islam kita yang beranggapan aplikasi itu betul tetapi sebenarnya tersasar jauh," katanya kepada BH PERLU LEBIH BERWASPADA Mohd Yusof berkata, pilihan adalah di tangan pengguna sama ada mahu menggunakan atau tidak, namun mereka perlu berwaspada dan bijak jika memilih untuk menjadikan aplikasi itu sebagai panduan. "Uji dahulu dengan pelbagai cara sebelum digunakan untuk beribadat dan pilihlah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak bertauliah sahaja," katanya. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut berpendapat aplikasi petunjuk arah kiblat hanya boleh dibangunkan oleh pihak yang bertauliah seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Katanya, pengguna tidak perlu menunggu keputusan kerajaan untuk mrmbuat tindakan kerana mereka boleh berfikir dan menyemak sendiri apa yang harus dilakukan. "Jangan tunggu orang lain mengambil tindakan tetapi kita sendiri yang harus ada kesedaran dan lebih sensitif dengan keputusan yang ingin dilakukan, termasuk dalam menggunakan aplikasi ini. "Perkara ini berkaitan amal ibadat kita, kerana selain menggunakan aplikasi sebegini masih ada kaedah yang tepat untuk dirujuk," katanya. Beliau berkata, PPIM turut banyak menerima aduan daripada pelancong berhubung arah kiblat yang tidak tepat di negara ini, sekali gus terpaksa menggunakan aplikasi sedemikian walaupun ragu-ragu.

Monday, May 29, 2017

3749) PENGGUNA DIMINTA LAPOR KEPADA KPDNKK, PENGUAT KUASA PERLU MEMANTAU - UTUSAN MALAYSIA - 29/5/2017

                             UTUSAN MALAYSIA 29.5.2017
 Kuala lumpur 28 Mei - pengguna diminta melaporkan kepada penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya terdapat peniaga mengambil kesempatan dengan menjual juadah berbuka puasa pada harga yang terlalu mahal di bazar Ramadhan. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman berkata, pengguna perlu mengetahui dan menggunakan kuasa mereka agar tidak mudah diperdayakan oleh peniaga yang tidak bertanggunjawab. " Pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNKK dan pada masa yang sama, kita harap KPDNKK juga akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga berkenaan jika didapati bersalah. " Dalam mencari rezeki, para peniaga sepatutnya tidak terlalu mementingkan keuntungan dan mengambil kesempatan pada bulan yang mulia ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai isu harga makanan di bazar Ramadhan di ibu negara yang disifatkan terlalu mahal sehingga menimbulkan rasa kesal dalam kalangan pengguna. Tinjauan Mingguan Malaysia di bazar Ramadhan Kampung Baru semalam mendapati rata-rata pengguna yang ditemui semasa membeli juadah berbuka puasa mengeluh dengan kenaikkan makanan yang dianggap tidak berpatutan. Dalam pada itu, Presiden (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill pula berpandangan pihak berkuasa harus kerap membuat pemantauan di sekitar bazar Ramadhan di ibu kota agar tindakan tegas dapat diambil terhadap peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga juadah berbuka puasa. " Malah, pengguna juga boleh tampil melaporkan kepada pengguna jika mendapati peniaga menaikkan harga makanan secara keterlaluan, katanya. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna perlu memboikot dengan tidak membeli sekiranya juadah berbuka puasa itu mahal dan tidak berpatutan. " Isu kenaikan harga juadah berbuka puasa sudah menjadi trend, malah saban tahun sama sahaja. Pengguna  gagal menggunakan kuasa untuk kawal harga barangan. Kalau di negara luar, contohnya, Jepun. sekiranya harga barangan naik, rakyat tidak akan membeli. " Jadi, kena ada pemerkasaan pengguna juga, jika pengguna rasa harga juadah berbuka puasa itu sangat sangat melampau, lebih baik jangan membeli, bila kita ikut sahaja (kenaikan harga), maka harga akan berterusan naik. Ini sebagai peringatan kepada peniaga yang tidak beretika dalam menentukan harga jualan mereka," katanya.

Thursday, May 11, 2017

3703) HARGA DURIAN MUSANG KING CEKIK DARAH - KOSMO - 11/5/2017

kosmo 11.5.2017 KUALA LUMPUR – Penggemar buah durian di negara ini mempertikaikan tindakan sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan di atas populariti Musang King sebagai Raja Durian apabila ia dijual pada harga terlajak mahal mencecah RM100 sekilogram sejak beberapa minggu lalu. Dalam tinjauan Kosmo! semalam di beberapa lokasi di Chow Kit, Kuala Lumpur, Peta­ling Jaya dan Ampang, Selangor serta Bentong, Pahang mendapati rata-rata peniaga meletakkan harga antara RM80 hingga RM100 untuk sekilogram. Ini bermakna, seorang pelanggan perlu membelanjakan lebih RM150 hanya untuk mendapatkan sebiji Musang King bersaiz sederhana yang biasanya sebe­rat lebih sekilogram dengan purata antara enam hingga lapan ulas durian. Secara anggarannya, seorang penggemar durian terpaksa membayar harga RM20 untuk ha­nya seulas durian Musang King yang dimakannya. Jika dinikmati bersama ahli keluarga seramai lima orang contohnya, ketua keluarga perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM700 untuk lima biji buah durian Musang King. Difahamkan kebiasaannya pada tahun-tahun sebelum ini, buah durian Musang King dijual antara RM35 hingga RM50 sekilogram. Seorang penggemar durian, Amirul Zaiq Roselan, 27 berkata, ramai pihak tidak puas hati de­ngan harga pasaran Musang King yang dianggap ibarat mencekik darah. Jelasnya, harga hampir RM100 sekilogram secara logiknya tidak mampu dibayar oleh orang biasa melainkan seseorang yang benar-benar meminatinya dan berduit. “Secara logiknya memang tidak berbaloi menghabiskan ratusan ringgit semata-mata untuk sebiji durian. “Berdasarkan pengalaman saya, harga Musang King sebelum ini jauh lebih murah. Saya pernah menikmatinya pada harga sekitar RM40 sekilogram. “Namun, kali ini saya terpaksa memilih buah durian jenis lain kerana merasakan peniaga mengambil kesempatan di atas populariti Musang King,” kata­nya di sini semalam. Antara beberapa jenis buah durian lain yang dijual pada harga jauh lebih murah ialah Udang Merah, D24, X0 dan durian kampung. Sementara itu, seorang pekerja swasta dikenali sebagai Tahir,47, mengakui terpaksa membelanjakan kira-kira RM350 untuk membeli tiga biji durian jenis Musang King minggu lalu. Katanya, dia bersama isteri dan dua orang anak memang meminati durian dan memilih untuk menikmatinya di sebuah gerai popular di Petaling Jaya. " Pada mulanya kami ingin membeli lima biji, tetapi harga buah tersebut terlalu mahal. " Akhirnya kami hanya dapat menikmati tiga biji bersaiz sederhana," jelasnya. Dalam pada itu, beberapa badan bukan kerajaan (NG0) meminta para peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga buah durian terutama Musang King. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan peniaga-peniaga yang menjual Musang King pada harga mencecah RM100 sekilogram adalah tidak wajar. " Jika perkara itu berterusan, saya meminta orang ramai segera membuat laporan kepada kami atau pihak berkuasa," katanya. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk nadzim johan pula berkata, para pengguna perlu bijak ketika membeli buah durian ketika harganya sedang melambung mahal ketika ini.

3702) FIDGET SPINNER BOLEH JADI SENJATA BERBAHAYA - BERITA HARIAN - 11/5/2017

                     berita harian 11.5.2017 berita harian 11.5.2017 2 Gajet fidget spinner yang dijual berleluasa di negara ini perlu dipantau kerana bimbang boleh memudaratkan pemainnya, terutama murid. Pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasi menjadi senjata berbahaya dan digunakan untuk tujuan jenayah. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun belum berlaku kemalangan di negara ini, ia perlu diawasi kerana sudah berlaku beberapa kes di luar negara pemainnya cedera. " Apa yang dibimbangkan jika ada pihak tertentu menjadikan  gajet itu sebagai senjata melakukan jenayah," katanya ketika dihubungi BH, semalam. Nadzim berkata, kerajaan seharusnya menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi meneliti setiap permainan yang dijual di negara ini kerana bimbang boleh menyebabkan kecederaan dan disalahgunakan. Belum ada badan kawal selia Di Malaysia, katanya, belum ada badan khas mengawal selia kemasukan dan penjualan permainan. Gajet itu pada asalnya dicipta dan dipasarkan untuk penghidap sindrom kurang daya tumpuan serta hiperaktif (ADHD) yang lazimnya tidak berhenti memutar pensil, menggigit kuku, menyusun objek dan mengeluarkan bunyi pelik. Namun, pengaruh fidget spinner makin membimbangkan apabila penjualannya tidak lagi bagi membantu merawat penghidap sindrom ADHD dan golongan memerlukan, sebaliknya mengundang masalah lain. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, pula berkata gajet itu mencetus kesan fenomena seperti telefon pintar apabila digunakan tanpa pengawasan dan tiada hala tuju tertentu. " Ia cenderung menggangu tumpuan sehingga menjejaskan pembelajaran murid, justeru patut diawasi jika ada yang membawanya ke sekolah. " Selain itu, ada video anak muda di negara luar yang "terlebih kreatif" apabila mengubahsuai fidget spinner dengan menyambung bilah alat itu dengan benda tajam sehingga menjadi ikutan remaja serta kanak-kanak di Malaysia," katanya. Kementerian Pendidikan perlu mengawasi fenomena fidget spinner supaya tidak menjejaskan sesi pembelajaran, selain mengundang risiko kecederaan pelajar. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, berkata langkah pencegahan awal penting bagi memberi panduan kepada warga pendidik dalam menangani penularan fidget spinner. " Sebelum ini Kementerian ada wartakan larangan penggunaan alat geometri, pisau dan gunting di sekolah yang tertakluk kepada waktu pembelajaran subjek tertentu bagi menangani risiko kecederaan pelajar. " Langkah sama perlu dilakukan terhadap fidget spinner yang semakin mendapat tempat, khususnya kanak-kanak sehingga mencetuskan kelalaian sepanjang berada di sekolah. Syor keluar pekeliling " Kementerian Pendidikan boleh mengeluarkan pekeliling supaya gajet ini hanya diberi pelepasan kepada kanak-kanak tertentu penghidap seperti sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) dan autisme," katanya. Pakar psikologi Fakulti Pendidikan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Hanim Abd Jalal, berkata tanpa disedari, kanak-kanak berdepan ancaman kerana perhatian mereka tertumpu sepenuhnya pada gajet itu, sekali gus membuatkan pemiliknya tidak peka pada persekitaran.

Thursday, April 27, 2017

3661) "ADMIN KUMPULAN WHATSAPP" PERLU BENDUNG AHLI SEBAR FITNAH - BERITA HARIAN - 27/4/2017

berita harian 27.4.2017 new

KUALA LUMPUR: Admin (pentadbir) kumpulan WhatsApp berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir terbabit. Di bawah akta itu, pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). "Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes. "Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya kepada BH, semalam. Jailani berkata, pentadbir kumpulan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab mengawal ahlinya supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dan seharusnya menjadi gate keeper menapis berita tidak sahih
sebelum berkongsi dalam kumpulan aplikasi berkenaan atau disebarkan di medium media sosial lain.

Laksana segera

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata cadangan mengenakan hukuman terhadap pentadbir perlu dilaksanakan segera. Katanya, penyebaran maklumat palsu bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat malah boleh menggugat keamanan negara. "Di India, kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang baharu yang mana pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya ahli kumpulan terbabit menyebarkan berita palsu. "Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah daripada ahli kumpulan terbabit, namun pentadbir yang akan bertanggungjawab menerima hukuman kerana dia tidak menapis dan memadam terlebih dahulu berita palsu daripada terus disebarkan," katanya. Mohd Yusof bagaimanapun berkata, hukuman yang bakal dikenakan terhadap pentadbir terbabit tidak seharusnya terlalu berat sebaliknya diberi amaran untuk kesalahan pertama. Katanya, banyak pendekatan lain boleh diambil untuk memantau penyebaran maklumat palsu seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaan.  

Tuesday, April 25, 2017

3652) PENIAGA DALAM TALIAN :WUJUDKAN SISTEM PENGESAHAN - UTUSAN MALAYSIA - 25/4/2017

KUALA LUMPUR 24 April – Satu sistem pengesahan mengenai semua maklumat penjual dalam talian perlu diwujudkan bagi mengelakkan pengguna terus tertipu.
Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sistem pengesahan mengenai semua maklumat peribadi penjual menerusi laman web dalam talian boleh dikendalikan oleh mana-mana pihak bertanggungjawab.
“Usaha tersebut perlu diambil segera sebagai langkah keselamatan daripada berlakunya eksploitasi dan aktiviti penipuan siber ke atas pengguna laman web beli-belah dalam talian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
 Semalam, Ketua Jabatan Sia­satan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, 100 kes penipuan jual beli barangan secara dalam talian dicatatkan setiap minggu sejak awal tahun ini membabitkan kerugian puluhan juta ringgit.
Siasatan mendapati, je­nayah itu dilakukan sindiket selain individu yang menggunakan la­man web seperti mudah.my dan lelong.my sebagai platform untuk menipu mangsa.
Dalam pada itu, Tim­­balan Pre­siden Ga­­bu­ngan Persatuan-persatuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pihak pe­­ngu­­rusan portal perlu me­mastikan butiran lengkap peribadi diberi oleh pendaftar atau penjual laman web mereka adalah benar.
“Pastikan para penjual boleh dipercayai. Seki­ra­nya maklumat serta data yang diberikan mencurigakan, pi­hak portal boleh segera mengharamkan pendaftaran,” ujarnya.
20170425 - PENIAGA DALAM TALIAN WUJUDKAN SISTEM PENGESAHAN - UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, April 11, 2017

Tindakan LHDN beri impak – Utusan Online – 11/4/2017


KUALA LUMPUR 10 April – Tindakan tegas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap syarikat gergasi yang mengelak cukai merupakan satu peringatan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, syarikat lain yang melakukan kesalahan sama sudah tentu tidak senang duduk dan akan segera menyelesaikan cukai yang masih belum dibayar.
Menurutnya, hasil daripada tindakan LHDN itu akan memberi impak positif terhadap aliran ekonomi negara.

‘‘Kesalahan ini bukan sesuatu yang baharu berikutan kelicikan ejen cukai yang dilantik. LHDN perlu lebih berhati-hati dalam bertindak. Apabila jejak yang disembunyikan ditemukan, pasti pihak yang memanipulasi undang-undang tidak akan terlepas daripada tindakan.

‘‘Penglibatan syarikat gergasi dalam kegiatan mengelak cukai adalah sesuatu yang amat memalukan dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dalam jangka panjang. Oleh itu, syarikat-syarikat yang turut mela­kukan kegiatan sama digesa untuk melunaskan cukai kepada LHDN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Yusof berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah bahawa tindakan telah pun diambil terhadap syarikat-syarikat terlibat dengan menghentikan semua pembayaran balik selain diarahkan membayar jumlah cukai sebenar serta dikenakan pe­nalti RM800 juta.

Katanya, LHDN juga sedang memburu sekurang-kurangnya 50 lagi syarikat korporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan yang turut me­lakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim pula berpendapat, individu yang mengendalikan mana-mana syarikat korporat perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan sebarang amalan yang boleh me­rugikan negara.

‘‘Mereka harus sedar bahawa masyarakat akan turut menerima kesan negatif apabila kerajaan tidak menerima sebarang pembayaran cukai. Pembangunan dalam negara menjadi sukar untuk dijalankan.
‘‘Semua pihak perlu sedar bahawa aliran ekonomi negara sedang lemah, maka janganlah ditambah pula dengan sikap dan budaya yang mementingkan keuntungan semata-mata kerana perbuatan sedemikian wajar dihentikan,” katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, pembayaran cukai adalah sesuatu yang wajib dan syarikat tidak perlu risau kerana mereka sebenar­nya tidak akan mengalami apa-apa kerugian.

“Cukai yang dibayar adalah untuk membantu syarikat masing-masing meningkatkan prestasi perniagaan, namun dalam kes ini kebanyakan individu yang me­nguruskan syarikat tidak berlaku jujur dan akhirnya mereka terpaksa mengalami kerugian akibat kesalahan sendiri.

‘‘Perkara ini perlu dibendung agar kegiatan itu tidak menjadi ikutan kakitangan. Ejen-ejen cu­kai yang bersubahat memanipulasi kaedah percukaian yang diamalkan di negara ini sememangnya wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran,” katanya.

Artikel Penuh: http://ift.tt/2oSIgeO
© Utusan Melayu (M) Bhd



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3596) Tindakan LHDN beri impak - Utusan Online - 11/4/2017

Tindakan LHDN beri impak
KUALA LUMPUR 10 April - Tindakan tegas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap syarikat gergasi yang mengelak cukai merupakan satu peringatan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, syarikat lain yang melakukan kesalahan sama sudah tentu tidak senang duduk dan akan segera menyelesaikan cukai yang masih belum dibayar.
Menurutnya, hasil daripada tindakan LHDN itu akan memberi impak positif terhadap aliran ekonomi negara.
 
‘‘Kesalahan ini bukan sesuatu yang baharu berikutan kelicikan ejen cukai yang dilantik. LHDN perlu lebih berhati-hati dalam bertindak. Apabila jejak yang disembunyikan ditemukan, pasti pihak yang memanipulasi undang-undang tidak akan terlepas daripada tindakan.
‘‘Penglibatan syarikat gergasi dalam kegiatan mengelak cukai adalah sesuatu yang amat memalukan dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dalam jangka panjang. Oleh itu, syarikat-syarikat yang turut mela­kukan kegiatan sama digesa untuk melunaskan cukai kepada LHDN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Yusof berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah bahawa tindakan telah pun diambil terhadap syarikat-syarikat terlibat dengan menghentikan semua pembayaran balik selain diarahkan membayar jumlah cukai sebenar serta dikenakan pe­nalti RM800 juta.
Katanya, LHDN juga sedang memburu sekurang-kurangnya 50 lagi syarikat korporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan yang turut me­lakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.
Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim pula berpendapat, individu yang mengendalikan mana-mana syarikat korporat perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan sebarang amalan yang boleh me­rugikan negara.
‘‘Mereka harus sedar bahawa masyarakat akan turut menerima kesan negatif apabila kerajaan tidak menerima sebarang pembayaran cukai. Pembangunan dalam negara menjadi sukar untuk dijalankan.
‘‘Semua pihak perlu sedar bahawa aliran ekonomi negara sedang lemah, maka janganlah ditambah pula dengan sikap dan budaya yang mementingkan keuntungan semata-mata kerana perbuatan sedemikian wajar dihentikan,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, pembayaran cukai adalah sesuatu yang wajib dan syarikat tidak perlu risau kerana mereka sebenar­nya tidak akan mengalami apa-apa kerugian.
“Cukai yang dibayar adalah untuk membantu syarikat masing-masing meningkatkan prestasi perniagaan, namun dalam kes ini kebanyakan individu yang me­nguruskan syarikat tidak berlaku jujur dan akhirnya mereka terpaksa mengalami kerugian akibat kesalahan sendiri.
‘‘Perkara ini perlu dibendung agar kegiatan itu tidak menjadi ikutan kakitangan. Ejen-ejen cu­kai yang bersubahat memanipulasi kaedah percukaian yang diamalkan di negara ini sememangnya wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran,” katanya.

Tuesday, January 10, 2017

3331) KE MANA HASIL JUALAN BEG PLASTIK? – NGO – UTUSAN MALAYSIA – 10/1/2017

                           UTUSAN MALAYSIA 10.1.2017

KE MANA HASIL JUALAN BEG PLASTIK? – NGO – UTUSAN MALAYSIA – 10/1/2017
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kerajaan PKR Selangor digesa menjelaskan ke mana wang hasil jualan beg plastik dibelanjakan selepas polisi tiada beg plastik di negeri itu diper­luaskan kepada setiap hari bermula 1 Januari lalu berbanding hanya Sabtu sebelum ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan negeri sepatutnya memperincikan kegunaan hasil jualan beg plastik yang berjumlah 20 sen setiap satu itu supaya pelanggan tidak ragu dengan penguatkuasaan peraturan tersebut.
“Kerajaan negeri perlu tampil menjelaskan mengenai hasil jualan, sekali gus dapat menenangkan hati pengguna yang terta­nya-tanya ke mana perginya hasil jualan itu.
“Mereka juga harus telus dan menghebahkan program ini kepada seluruh rakyat di Selangor bagi memastikan program alam sekitar ini berjalan dengan lancar untuk jangka masa panjang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar pada 5 Januari lalu turut mempersoalkan hasil jualan beg plastik itu sama ada akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) ataupun pasar raya berkenaan.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, kerajaan negeri dilihat tergesa-gesa untuk melaksanakan peraturan itu kerana rata-rata pengguna terkejut.
Beliau juga menyokong kerajaan negeri mengharamkan penggunaan beg plastik bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar namun menegaskan peraturan itu wajar dibuat secara berperingkat.
“Ramai pengguna mengadu di laman sosial mengenai isu ini, kerajaan negeri perlu menghebahkan lagi mengenai program yang dijalankan bagi mengelak ia menjadi isu yang lebih besar,” ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Pre­siden Gabu­ngan Persatuan-persatuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri seharus­nya mengambil inisiatif yang lebih menarik bagi melancarkan pelaksanaan program itu.
“Mereka seharusnya melaksanakan program ini dengan lebih kreatif, contohnya memberikan beg kitar semula di beberapa pasar raya terpilih sebagai langkah awal untuk mempromosi program ini kepada pengguna.
“Pemberian beg kitar semula secara percuma bukan sahaja mampu menjayakan program ini malah dijangka dapat meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan menjaga alam sekitar yang semakin terjejas,” katanya.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Saturday, March 5, 2016

2601) BERNAMA - 1/3/16 - SUBSIDY REVOCATION FOR 2KG BAGS OF WHEAT FLOUR WON'T AFFECT PETTY TRADERS



KUALA LUMPUR, March 1 (Bernama) -- The revocation of subsidy for the all- purpose 25kg-bag wheat flour, announced by the government today, will not affect the small traders who sell wheat flour-based foods.

Deputy President of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman said this was because, small businesses can get the one kilo bag of flour which will still be subsidised, with its retail price remaining at RM1.35.

"Petty traders who sell wheat flour-based foods are urged to buy flour in bulk at the supermarket or grocery wholesalers following the abolition of the subsidy.

"They can buy wheat flour at wholesale supermarkets at a low price and there is no issue of losses being incurred by the abolition of subsidies for 25 kg bags," he said when contacted by Bernama today.

He was commenting on the statement by the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry today regarding the revoking of subsidy for the 25 kg bag of all-purpose wheat flour, because most households hardly purchased the flour in 25 kg bags.

FOMCA supports the revocation of the subsidy on 25 kg flour bags, said Mohd Yusof.

"Subsidies should be enjoyed by consumers for their own use and not to conduct business for profit.

"It is unfair to consumers when they have to pay higher food prices despite shop owners buying the flour at a subsidised rate," he said.

A similar opinion was shared by the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chairman, Datuk Nazim Johan, who hoped traders selling wheat flour-based food do not raise prices for their food items.


"Do not make the subsidy revocation a reason to raise the price of roti canai, bread loaf or noodles because the existing profit is sufficient," he said.



Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1220980

Thursday, March 3, 2016

2599) UTUSAN MALAYSIA - 3/3/16 - KERAJAAN GESA TIDAK TUNDUK KEPADA TEKANAN


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan, sekiranya masalah itu tidak dipandang serius, ia akan mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian pendapatan mencecah berbilion ringgit selain melumpuhkan industri besi tempatan yang akhirnya turut membuatkan ramai tenaga kerja tempatan kehilangan pekerjaan.

Monday, January 4, 2016

2533) UTUSAN MALAYSIA - 4/1/16 - KAJI SEMULA SISTEM SUBSIDI LPG



KUALA LUMPUR 3 Jan. – Kerajaan perlu mengkaji semula sistem yang diguna pakai dalam skim subsidi gas petroleum cecair (LPG) bagi mengelakkan individu-individu tidak bertanggungjawab daripada terus meraih keuntungan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu sensitif dan tidak perlu menunggu lama untuk mengubah sistem sedia ada bagi memastikan negara tidak terus menanggung kerugian.

“Perkara berhubung penyelewengan bahan bersubsidi ini telah banyak diperkatakan sejak dari dulu lagi. Sepatutnya, kerajaan perlu prihatin dan bertanggungjawab bagi memastikan perkara ini tidak berlaku.

“Jangan lambat bertindak dan membiarkan yang bocor terus bocor sementara sindiket mengaut terus keuntungan.

“Mereka perlu memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu kesudahannya rakyat me­rana dan terbeban,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan akibat ketirisan skim LPG bersubsidi, kerajaan kerugian RM800 juta tahun lalu.

Kerugian itu merupakan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan subsidi yang diperuntukkan kerajaan bagi bahan tersebut iaitu RM2 bilion setahun. Perkara ini berlaku berikutan kegiatan penyeludupan dan penyalahgunaan bahan tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, penyelewengan LPG bersubsidi memerlukan pemantauan bagi memastikan mereka yang bersalah dikenakan tindakan.

“Kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu meningkatkan pemantauan dan jika perlu ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan” katanya.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL