Showing posts with label JAIS ABDUL KARIM. Show all posts

Tuesday, April 11, 2017

Tindakan LHDN beri impak – Utusan Online – 11/4/2017

KUALA LUMPUR 10 April – Tindakan tegas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap syarikat gergasi yang mengelak cukai merupakan satu peringatan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, syarikat lain yang melakukan kesalahan sama sudah tentu tidak senang duduk dan akan segera menyelesaikan cukai yang masih belum dibayar.
Menurutnya, hasil daripada tindakan LHDN itu akan memberi impak positif terhadap aliran ekonomi negara.

‘‘Kesalahan ini bukan sesuatu yang baharu berikutan kelicikan ejen cukai yang dilantik. LHDN perlu lebih berhati-hati dalam bertindak. Apabila jejak yang disembunyikan ditemukan, pasti pihak yang memanipulasi undang-undang tidak akan terlepas daripada tindakan.

‘‘Penglibatan syarikat gergasi dalam kegiatan mengelak cukai adalah sesuatu yang amat memalukan dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dalam jangka panjang. Oleh itu, syarikat-syarikat yang turut mela­kukan kegiatan sama digesa untuk melunaskan cukai kepada LHDN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Yusof berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah bahawa tindakan telah pun diambil terhadap syarikat-syarikat terlibat dengan menghentikan semua pembayaran balik selain diarahkan membayar jumlah cukai sebenar serta dikenakan pe­nalti RM800 juta.

Katanya, LHDN juga sedang memburu sekurang-kurangnya 50 lagi syarikat korporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan yang turut me­lakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim pula berpendapat, individu yang mengendalikan mana-mana syarikat korporat perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan sebarang amalan yang boleh me­rugikan negara.

‘‘Mereka harus sedar bahawa masyarakat akan turut menerima kesan negatif apabila kerajaan tidak menerima sebarang pembayaran cukai. Pembangunan dalam negara menjadi sukar untuk dijalankan.
‘‘Semua pihak perlu sedar bahawa aliran ekonomi negara sedang lemah, maka janganlah ditambah pula dengan sikap dan budaya yang mementingkan keuntungan semata-mata kerana perbuatan sedemikian wajar dihentikan,” katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, pembayaran cukai adalah sesuatu yang wajib dan syarikat tidak perlu risau kerana mereka sebenar­nya tidak akan mengalami apa-apa kerugian.

“Cukai yang dibayar adalah untuk membantu syarikat masing-masing meningkatkan prestasi perniagaan, namun dalam kes ini kebanyakan individu yang me­nguruskan syarikat tidak berlaku jujur dan akhirnya mereka terpaksa mengalami kerugian akibat kesalahan sendiri.

‘‘Perkara ini perlu dibendung agar kegiatan itu tidak menjadi ikutan kakitangan. Ejen-ejen cu­kai yang bersubahat memanipulasi kaedah percukaian yang diamalkan di negara ini sememangnya wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran,” katanya.

Artikel Penuh: http://ift.tt/2oSIgeO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3596) Tindakan LHDN beri impak - Utusan Online - 11/4/2017

Tindakan LHDN beri impak
KUALA LUMPUR 10 April - Tindakan tegas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap syarikat gergasi yang mengelak cukai merupakan satu peringatan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, syarikat lain yang melakukan kesalahan sama sudah tentu tidak senang duduk dan akan segera menyelesaikan cukai yang masih belum dibayar.
Menurutnya, hasil daripada tindakan LHDN itu akan memberi impak positif terhadap aliran ekonomi negara.
 
‘‘Kesalahan ini bukan sesuatu yang baharu berikutan kelicikan ejen cukai yang dilantik. LHDN perlu lebih berhati-hati dalam bertindak. Apabila jejak yang disembunyikan ditemukan, pasti pihak yang memanipulasi undang-undang tidak akan terlepas daripada tindakan.
‘‘Penglibatan syarikat gergasi dalam kegiatan mengelak cukai adalah sesuatu yang amat memalukan dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dalam jangka panjang. Oleh itu, syarikat-syarikat yang turut mela­kukan kegiatan sama digesa untuk melunaskan cukai kepada LHDN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Yusof berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah bahawa tindakan telah pun diambil terhadap syarikat-syarikat terlibat dengan menghentikan semua pembayaran balik selain diarahkan membayar jumlah cukai sebenar serta dikenakan pe­nalti RM800 juta.
Katanya, LHDN juga sedang memburu sekurang-kurangnya 50 lagi syarikat korporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan yang turut me­lakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.
Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim pula berpendapat, individu yang mengendalikan mana-mana syarikat korporat perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan sebarang amalan yang boleh me­rugikan negara.
‘‘Mereka harus sedar bahawa masyarakat akan turut menerima kesan negatif apabila kerajaan tidak menerima sebarang pembayaran cukai. Pembangunan dalam negara menjadi sukar untuk dijalankan.
‘‘Semua pihak perlu sedar bahawa aliran ekonomi negara sedang lemah, maka janganlah ditambah pula dengan sikap dan budaya yang mementingkan keuntungan semata-mata kerana perbuatan sedemikian wajar dihentikan,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, pembayaran cukai adalah sesuatu yang wajib dan syarikat tidak perlu risau kerana mereka sebenar­nya tidak akan mengalami apa-apa kerugian.
“Cukai yang dibayar adalah untuk membantu syarikat masing-masing meningkatkan prestasi perniagaan, namun dalam kes ini kebanyakan individu yang me­nguruskan syarikat tidak berlaku jujur dan akhirnya mereka terpaksa mengalami kerugian akibat kesalahan sendiri.
‘‘Perkara ini perlu dibendung agar kegiatan itu tidak menjadi ikutan kakitangan. Ejen-ejen cu­kai yang bersubahat memanipulasi kaedah percukaian yang diamalkan di negara ini sememangnya wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran,” katanya.

Monday, March 13, 2017

3548) BONGKAR LEBIH BANYAK " KELDAI CUKAI " - UTUSAN MALAYSIA - 13/3/2017

                                UTUSAN MALAYSIA 13.3.2017
  KUALA LUMPUR 12 Mac – Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara perlu membentuk pasukan petugas khas bersama agensi-agensi penguat kuasa berkaitan untuk melakukan lebih banyak pembongkaran berhubung kelicikan pihak tertentu mengelak pembayaran cukai. Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim berkata, ini termasuk mengenal pasti mereka yang mempergunakan ‘keldai cukai’ dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera untuk mengaut keuntungan berlipat-ganda dengan memanipulasi proses jual beli hartanah. Katanya, kebanyakan orang Melayu yang menjadi mangsa keldai cukai itu tidak sedar mereka dipergunakan hanya kerana telah ‘dibutakan mata’ dengan menerima imbuhan wang walaupun dalam jumlah sedikit. “Pasukan petugas khas ini amat perlu untuk membongkar lebih banyak kegiatan seumpama ini, kita percaya banyak lagi yang berlaku di luar sana daripada sekecil-kecil perniagaan hinggalah berstatus perniagaan besar yang mengaut keuntungan tanpa membayar cukai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas serbuan NRRET Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang membongkar perbuatan tidak membayar cukai oleh dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri. Pasukan ber­kenaan mendapati, kerajaan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setahun akibat tindakan mereka tidak mengisyti­harkan pendapatan sebenar bagi mengelak syarikatnya membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kegiatan berunsur ‘ekonomi gelap’ itu sudah lama berlaku dalam masyarakat sehingga ada di antara mereka mampu memperoleh keuntungan hasil perniagaan judi haram sehingga RM16 juta sehari tanpa membayar cukai. Sehubungan itu katanya, pasukan NRRET perlu diperkasakan untuk terus membongkar perbuatan mengelak cukai oleh pihak tidak bertanggungjawab itu dengan cara menyalurkan wang ke beberapa akaun lain. Pada masa sama katanya, pihak berkuasa juga perlu mencari satu kaedah supaya lebih mudah untuk mengesan kegiatan itu selain menjalinkan kerjasama dengan orang ramai supaya mereka turut bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL