KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) disyor berbincang dengan pelbagai pihak bagi menyelaraskan pemggunaan plastik di seluruh negara supaya kempen itu tidak membebankan pengguna Ketua Aktivi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kempen hari tampa plastik dilihat seperti memberi keuntungan tambahan kepada peniaga. "Harga sebenar plastik adalah 5 sen tetapi pengguna perlu membayar 20 sen membuktikan kempen itu gagal malah memberi keuntungan atas angin kepada peniaga. "bagi golongan berkemampuan, pasti tidak ada masalah membelinya tetapi bagi orang yang kurang berduit, ia sememangnya membebankan," Katanya pada sidang media disini semalam Sehubungan dengan itu, PPIM mencadangkan pasar raya menggunakan plastik mudah urai kerana lebih murah dari plastik biasa. Nadzim berkata, langkah itu mampu memastikan matlamat kerajaan melestarikan alam sekitar dicapai. "Kalau mahu kempen itu berjaya dan mampu bmemberi kesedaran kepada pengguna, penggunaan plastik mudah urai lebih mesra alam hanya 10 sen satu "Kami berharap KPKT dapat menimbangkan semuala perkara ini serta memperluaskan penggunaan plastik mudah urai ke seluruh negara karana jenis plastik ini belum diperkenalkan di sini, " katanya
Showing posts with label BEG PLASTIK. Show all posts
Showing posts with label BEG PLASTIK. Show all posts
Wednesday, January 18, 2017
3368) SELARAS PENGGUNAAN PLASTIK DI SELURUH NEGARA - BERITA HARIAN - 18/1/2017
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) disyor berbincang dengan pelbagai pihak bagi menyelaraskan pemggunaan plastik di seluruh negara supaya kempen itu tidak membebankan pengguna Ketua Aktivi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kempen hari tampa plastik dilihat seperti memberi keuntungan tambahan kepada peniaga. "Harga sebenar plastik adalah 5 sen tetapi pengguna perlu membayar 20 sen membuktikan kempen itu gagal malah memberi keuntungan atas angin kepada peniaga. "bagi golongan berkemampuan, pasti tidak ada masalah membelinya tetapi bagi orang yang kurang berduit, ia sememangnya membebankan," Katanya pada sidang media disini semalam Sehubungan dengan itu, PPIM mencadangkan pasar raya menggunakan plastik mudah urai kerana lebih murah dari plastik biasa. Nadzim berkata, langkah itu mampu memastikan matlamat kerajaan melestarikan alam sekitar dicapai. "Kalau mahu kempen itu berjaya dan mampu bmemberi kesedaran kepada pengguna, penggunaan plastik mudah urai lebih mesra alam hanya 10 sen satu "Kami berharap KPKT dapat menimbangkan semuala perkara ini serta memperluaskan penggunaan plastik mudah urai ke seluruh negara karana jenis plastik ini belum diperkenalkan di sini, " katanya
3367) HARIAN METRO - DUIT JUALAN BEG PLASTIK DIPERTIKAI - 18/1/2017
Kuala Lumpur: Kempen pengurangan penggunaan plastik dalam kalangan masyarakat perlu dilaksanakan secara teratur bagi membolehkan ia mencapai matlamat menjaga alam sekitar. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, masalah mengenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik di Selangor dilihat tidak dilaksanakan secara teratur sehingga menimbulkan kekeliruan ramai pihak yang membantah sejak dilaksanakan awal bulan ini.
3366) UTUSAN MALAYSIA - SELANGOR DIGESA SELARAS KEMPEN - 18/1/2017
KUALA LUMPUR 17 Jan. kerajaan PKR Selangor digesa menyelaraskan kempen bebas bag plastikbagi menjamin keberkesanannya dalam kalangan masyarakat. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna keliru dengan pelaksanaan kempen tersebut, lebih-lebih lagi dicaj 20 sen jika ingan menggunakan beg plastik. "polimik beg plastik sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu dan PPIM sendiri menerima pelbagai aduan tidak puas hati pengguna terhadap caj 20 sen yang dikenakan keatas penggunaan beg plastik. "sehubungan itu, kerajaan selangor diminta menyelaraskan arahan atau proses kempen bebas beg plastik kepada masyarakat supaya pelaksanaan kempen tersebut tidak sia-sia" katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini bermula 1 Jan lalu, Hari tampa bag plastik yang sebelum ini hanya diadakan setiap hari Sabtu du Selangor dipanjangkan kepada setiap hari. Dalam pada itu, Nadzim menjelaskan, pengguna akan terus menggunakan beg plastik ketika membeli pelbagai barangan biarpun caj dikenakan berikutan adanya permintaan dan kemudahan kepada mereka.
Tuesday, January 17, 2017
3359) ISU CAJ PLASTIK: PENIAGA AMBIL DUIT PELANGGAN BUAT CSR, TIDAK MASUK AKAL - PPIM - KINITV - 17/1/2017
Thursday, January 12, 2017
3340) CAJ 20 SEN MASUK ' KANTUNG ' PENIAGA - UTUSAN MALAYSIA - 12/1/2017
SHAH ALAM 11 Jan. - Caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di Selangor tidak diserahkan kepada kerajaan negeri sebaliknya diambil oleh peniaga.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong berkata, bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun peniaga sama seperti semua produk lain yang dijual.
Walau bagaimanapun jelasnya, peniaga telah disyorkan supaya menyalurkan hasil kutipan tersebut untuk program-program tanggungjawab sosial lorporat (CSR) masing-masing.
“Caj minimum 20 sen adalah syarat penetapan kadar harga terendah yang perlu dikenakan untuk setiap penggunaan beg plastik, tetapi bergantung kepada peniaga untuk menetapkan harganya dan ia dijual seperti barangan runcit yang lain.
“Peniaga bagaimanapun disyorkan menyalurkan kutipan itu untuk CSR atau kepada badan-badan amal yang melakukan usaha pemuliharaan alam sekitar khasnya ataupun pertubuhan kebajikan amal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bermula 1 Januari lalu, kerajaan negeri melarang penggunaan beg plastik dan setiap satu daripadanya akan dikenakan caj 20 sen jika diminta oleh pengguna.
Mengulas lanjut, Elizabeth memberitahu, objektif pelaksanaan larangan itu adalah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik pakai-buang.
“Pada awal pelaksanaan kempen ini sudah tentu ramai orang tidak biasa tetapi sebelum ini telah pun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang,” jelasnya.
Tuesday, January 10, 2017
3331) KE MANA HASIL JUALAN BEG PLASTIK? – NGO – UTUSAN MALAYSIA – 10/1/2017
KE MANA HASIL JUALAN BEG PLASTIK? – NGO – UTUSAN MALAYSIA – 10/1/2017
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kerajaan PKR Selangor digesa menjelaskan ke mana wang hasil jualan beg plastik dibelanjakan selepas polisi tiada beg plastik di negeri itu diperluaskan kepada setiap hari bermula 1 Januari lalu berbanding hanya Sabtu sebelum ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan negeri sepatutnya memperincikan kegunaan hasil jualan beg plastik yang berjumlah 20 sen setiap satu itu supaya pelanggan tidak ragu dengan penguatkuasaan peraturan tersebut.
“Kerajaan negeri perlu tampil menjelaskan mengenai hasil jualan, sekali gus dapat menenangkan hati pengguna yang tertanya-tanya ke mana perginya hasil jualan itu.
“Mereka juga harus telus dan menghebahkan program ini kepada seluruh rakyat di Selangor bagi memastikan program alam sekitar ini berjalan dengan lancar untuk jangka masa panjang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar pada 5 Januari lalu turut mempersoalkan hasil jualan beg plastik itu sama ada akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) ataupun pasar raya berkenaan.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, kerajaan negeri dilihat tergesa-gesa untuk melaksanakan peraturan itu kerana rata-rata pengguna terkejut.
Beliau juga menyokong kerajaan negeri mengharamkan penggunaan beg plastik bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar namun menegaskan peraturan itu wajar dibuat secara berperingkat.
“Ramai pengguna mengadu di laman sosial mengenai isu ini, kerajaan negeri perlu menghebahkan lagi mengenai program yang dijalankan bagi mengelak ia menjadi isu yang lebih besar,” ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri seharusnya mengambil inisiatif yang lebih menarik bagi melancarkan pelaksanaan program itu.
“Mereka seharusnya melaksanakan program ini dengan lebih kreatif, contohnya memberikan beg kitar semula di beberapa pasar raya terpilih sebagai langkah awal untuk mempromosi program ini kepada pengguna.
“Pemberian beg kitar semula secara percuma bukan sahaja mampu menjayakan program ini malah dijangka dapat meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan menjaga alam sekitar yang semakin terjejas,” katanya.
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
Tuesday, January 4, 2011
PPIM Saran Pengguna Bawa Bekas Sendiri Waktu Membeli-belah
PPIM Saran Pengguna Bawa Bekas Sendiri Waktu Membeli-belah
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bawalah raga dan beg daripada bahan kitar semula apabila mengunjungi pasar raya untuk membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, demikian saranan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
"Jumlah beg plastik yang dibuang oleh pengguna di negara ini dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan," katanya, sambil menambah beliau sendiri membawa raga ketika membeli-belah di pasar raya dan premis perniagaan lain.
Sambil menyatakan sokongan terhadap Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu bermula semalam, Nadzim berkata beliau menganggarkan sejuta tan sampah terutamanya plastik dibuang oleh pengguna di Pulau Pinang.
"Bayangkan berapa banyak jumlah sampah yang boleh dikurangkan sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan," katanya kepada Bernama.
Beliau mengambil contoh beberapa negara maju seperti Korea dan Jepun di mana golongan ibu yang mempunyai bayi menggunakan lampin yang boleh dibasuh berbanding di negara ini yang kebanyakannya menggunakan lampin pakai buang.
Dianggarkan tiga perempat daripada bahan buangan di negara ini adalah lampin pakai buang, katanya.
Beberapa pasar raya besar dan kedai Mesra Petronas melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Sabtu bermula semalam. Pengguna yang ingin menggunakan beg plastik akan dikenakan caj 20 sen.
Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) Prof Datuk Hamdan Adnan pula berkata premis perniagaan di negara ini seharusnya menggunakan bahan-bahan boleh dikitar semula seperti kain dan kertas sebagai bekas mengisi barang jualan.
"Dulu lagi patut ditukar kepada bahan yang mesra alam dan tak jadi masalah pun," katanya.
-- BERNAMA

Consumers Urged To Bring Recycled Bags When Shopping
KUALA LUMPUR, Jan 2 (Bernama) -- Bring recycled bags and baskets when shopping at supermarkets to reduce plastic bag usage, urged Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) executive secretary Datuk Nadzim Johan.
"This will help consumers in Malaysia lessen the amount of plastic bags discarded as well as reduce pollution," he said, adding that he himself brings a basket when out shopping.
While stating his full support for the "No Plastic Bags on Saturdays" campaign by several hypermarkets and Petronas Mesra convenience stores which started yesterday, Nadzim said he estimated that one million tonnes of garbage, especially plastic, was disposed of by consumers in Penang.
"Imagine how much trash we can reduce if this is implemented continuously," he told Bernama.
Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) adviser Prof Hamdan Adnan said business premises in the country should also strive to use recyclable material such as cloth and paper to pack their merchandise.
"We should have switched to environmentally friendly material long ago," he added.

Sumber :
2) Sinar Harian 3 Januari 2011
3) http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=553755
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(460)
-
▼
November
(18)
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(18)