Kuala lumpur 28 Mei - pengguna diminta melaporkan kepada penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya terdapat peniaga mengambil kesempatan dengan menjual juadah berbuka puasa pada harga yang terlalu mahal di bazar Ramadhan. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman berkata, pengguna perlu mengetahui dan menggunakan kuasa mereka agar tidak mudah diperdayakan oleh peniaga yang tidak bertanggunjawab. " Pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNKK dan pada masa yang sama, kita harap KPDNKK juga akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga berkenaan jika didapati bersalah. " Dalam mencari rezeki, para peniaga sepatutnya tidak terlalu mementingkan keuntungan dan mengambil kesempatan pada bulan yang mulia ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai isu harga makanan di bazar Ramadhan di ibu negara yang disifatkan terlalu mahal sehingga menimbulkan rasa kesal dalam kalangan pengguna. Tinjauan Mingguan Malaysia di bazar Ramadhan Kampung Baru semalam mendapati rata-rata pengguna yang ditemui semasa membeli juadah berbuka puasa mengeluh dengan kenaikkan makanan yang dianggap tidak berpatutan. Dalam pada itu, Presiden (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill pula berpandangan pihak berkuasa harus kerap membuat pemantauan di sekitar bazar Ramadhan di ibu kota agar tindakan tegas dapat diambil terhadap peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga juadah berbuka puasa. " Malah, pengguna juga boleh tampil melaporkan kepada pengguna jika mendapati peniaga menaikkan harga makanan secara keterlaluan, katanya. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna perlu memboikot dengan tidak membeli sekiranya juadah berbuka puasa itu mahal dan tidak berpatutan. " Isu kenaikan harga juadah berbuka puasa sudah menjadi trend, malah saban tahun sama sahaja. Pengguna gagal menggunakan kuasa untuk kawal harga barangan. Kalau di negara luar, contohnya, Jepun. sekiranya harga barangan naik, rakyat tidak akan membeli. " Jadi, kena ada pemerkasaan pengguna juga, jika pengguna rasa harga juadah berbuka puasa itu sangat sangat melampau, lebih baik jangan membeli, bila kita ikut sahaja (kenaikan harga), maka harga akan berterusan naik. Ini sebagai peringatan kepada peniaga yang tidak beretika dalam menentukan harga jualan mereka," katanya.
Showing posts with label KPDNKKX. Show all posts

Monday, May 29, 2017
3749) PENGGUNA DIMINTA LAPOR KEPADA KPDNKK, PENGUAT KUASA PERLU MEMANTAU - UTUSAN MALAYSIA - 29/5/2017

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(365)
-
▼
September
(37)
- SCAMMER: PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA MAKSIM...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN STAFF PPIM - PPIM - ...
- KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA - PPIM ...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETAT UNDANG-UNDANG...
- AKTIVITI | PPIM & NFCC CARI SOLUSI BERSEPADU TANGA...
- AKTIVITI | PROGRAM INDUSTRI "LET'S TALK CX: CONNEC...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA O...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-67: SAMBUTAN HARI MERDEK...
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(37)