Showing posts with label MUSANG KING RM 100 SEKILO. Show all posts
Showing posts with label MUSANG KING RM 100 SEKILO. Show all posts

Monday, May 15, 2017

3706) DURIAN MUSANG KING AKAN DIEKSPORT KE CHINA - KOSMO - 15/5/2017

               kosmo 15.5.2017
 BEIJING - Malaysia sedang berusaha untuk mengeksport buah durian terbaiknya, Musang King ke China. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, buah-buahan yang ingin diimport ke China itu mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak republik itu. "Mereka gelarnya rawatan penyejukan bawah 18 darjah. "Sebaik sahaja kita penuhi syarat dan peraturan, selepas itu kita perlu cari pelabuhan atau destinasi untuk durian," katanya di sini. Ahmad Shabery berkata beliau dimaklumkan bahawa sebiji durian berharga kira-kira RM800 di Hong Kong. Sehubungan itu, beliau percaya durian Musang King akan dapat dijual dengan mudah di China pada harga kira-kira RM200 hingga RM300 sekilogram. "Ini amat baik bagi petani kita," katanya. Katanya buat masa ini China mengimport durian dari negara jiran Malaysia. Semalam di Beijing bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan kerja lima hari di China, Ahmad Shabery telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak berkuasa China bagi pengeksportan nanas buat kali pertama ke republik itu. Selepas kejayaan nanas menembusi pasaran China, Ahmad Shabery berkata usaha seterusnya ialah untuk mengeksport buah nangka. Antara buah-buahan Malaysia yang berjaya menembusi pasaran China sebelum ini ialah manggis. - Bernama

Thursday, May 11, 2017

3703) HARGA DURIAN MUSANG KING CEKIK DARAH - KOSMO - 11/5/2017

kosmo 11.5.2017 KUALA LUMPUR – Penggemar buah durian di negara ini mempertikaikan tindakan sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan di atas populariti Musang King sebagai Raja Durian apabila ia dijual pada harga terlajak mahal mencecah RM100 sekilogram sejak beberapa minggu lalu. Dalam tinjauan Kosmo! semalam di beberapa lokasi di Chow Kit, Kuala Lumpur, Peta­ling Jaya dan Ampang, Selangor serta Bentong, Pahang mendapati rata-rata peniaga meletakkan harga antara RM80 hingga RM100 untuk sekilogram. Ini bermakna, seorang pelanggan perlu membelanjakan lebih RM150 hanya untuk mendapatkan sebiji Musang King bersaiz sederhana yang biasanya sebe­rat lebih sekilogram dengan purata antara enam hingga lapan ulas durian. Secara anggarannya, seorang penggemar durian terpaksa membayar harga RM20 untuk ha­nya seulas durian Musang King yang dimakannya. Jika dinikmati bersama ahli keluarga seramai lima orang contohnya, ketua keluarga perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM700 untuk lima biji buah durian Musang King. Difahamkan kebiasaannya pada tahun-tahun sebelum ini, buah durian Musang King dijual antara RM35 hingga RM50 sekilogram. Seorang penggemar durian, Amirul Zaiq Roselan, 27 berkata, ramai pihak tidak puas hati de­ngan harga pasaran Musang King yang dianggap ibarat mencekik darah. Jelasnya, harga hampir RM100 sekilogram secara logiknya tidak mampu dibayar oleh orang biasa melainkan seseorang yang benar-benar meminatinya dan berduit. “Secara logiknya memang tidak berbaloi menghabiskan ratusan ringgit semata-mata untuk sebiji durian. “Berdasarkan pengalaman saya, harga Musang King sebelum ini jauh lebih murah. Saya pernah menikmatinya pada harga sekitar RM40 sekilogram. “Namun, kali ini saya terpaksa memilih buah durian jenis lain kerana merasakan peniaga mengambil kesempatan di atas populariti Musang King,” kata­nya di sini semalam. Antara beberapa jenis buah durian lain yang dijual pada harga jauh lebih murah ialah Udang Merah, D24, X0 dan durian kampung. Sementara itu, seorang pekerja swasta dikenali sebagai Tahir,47, mengakui terpaksa membelanjakan kira-kira RM350 untuk membeli tiga biji durian jenis Musang King minggu lalu. Katanya, dia bersama isteri dan dua orang anak memang meminati durian dan memilih untuk menikmatinya di sebuah gerai popular di Petaling Jaya. " Pada mulanya kami ingin membeli lima biji, tetapi harga buah tersebut terlalu mahal. " Akhirnya kami hanya dapat menikmati tiga biji bersaiz sederhana," jelasnya. Dalam pada itu, beberapa badan bukan kerajaan (NG0) meminta para peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga buah durian terutama Musang King. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan peniaga-peniaga yang menjual Musang King pada harga mencecah RM100 sekilogram adalah tidak wajar. " Jika perkara itu berterusan, saya meminta orang ramai segera membuat laporan kepada kami atau pihak berkuasa," katanya. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk nadzim johan pula berkata, para pengguna perlu bijak ketika membeli buah durian ketika harganya sedang melambung mahal ketika ini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL