![]() |
| Ketua Umum Lembaga Aceh Bersatu, Teungku Munawar Saujana Pendidikan Islam (SPdl) Ketua Umum Lembaga Aceh Bersatu, Teungku Munawar berkata, banjir besar yang melanda kawasan itu telah memusnahkan hampir keseluruhan harta benda penduduk sehingga rumah kediaman menjadi lautan lumpur dan kayu-kayan. “Selepas banjir melanda, rumah-rumah musnah dan tidak lagi boleh didiami. Mangsa tiada tempat untuk berlindung, malah makanan juga tiada. “Ramai mangsa sehingga kini masih belum menerima bantuan dan keadaan menjadi lebih sukar apabila mangsa terpaksa membantu sesama mangsa,” katanya dalam sidang akhbar anjuran PPIM di ibu negara hari ini. Menurut beliau, usaha menyampaikan bantuan berdepan pelbagai halangan apabila laluan utama terputus akibat jalan yang rosak dan dipenuhi kayu-kayu besar yang sukar dialihkan tanpa penggunaan jentera berat. “Walaupun ada jalan, kayu-kayu berat masih melintang dan sehingga kini belum dibersihkan. Ini menyukarkan pergerakan dan penghantaran bantuan ke kawasan pedalaman,” ujarnya. Tambahnya, keadaan kesihatan mangsa turut membimbangkan apabila ada yang hanya mampu makan ikan masin sehingga menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit gigi, namun tidak mendapat rawatan atau ubat-ubatan yang diperlukan. Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan Sementara itu, Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan berkata, tahap keperitan mangsa jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup berjalan sejauh beberapa kilometer semata-mata untuk mendapatkan bekalan makanan. “Ada mangsa yang berjalan sehingga lima kilometer hanya untuk mengambil beras. Ini menunjukkan keadaan sudah terlalu kritikal dan mereka berada dalam situasi kelaparan yang serius,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan bahawa keadaan sebenar di lapangan jauh lebih buruk daripada apa yang digambarkan dan memerlukan perhatian segera serta kerjasama pelbagai pihak. Beliau menyeru agar bantuan kemanusiaan disegerakan dan sekatan-sekatan yang menghalang penghantaran bantuan ke kawasan terjejas dapat dilonggarkan demi menyelamatkan nyawa mangsa banjir di Aceh. Artikel oleh: Utusan Melayu Plus KEADAAN MANGSA BANJIR DI ACEH KRITIKAL, BANTUAN MASIH DIPERLUKAN https://utusanmelayuplus.com/keadaan-mangsa-banjir-di-aceh-kritikal-bantuan-masih-diperlukan/ |
Showing posts with label UTUSAN MELAYU PLUS. Show all posts
Showing posts with label UTUSAN MELAYU PLUS. Show all posts
Saturday, December 20, 2025
KEADAAN MANGSA BANJIR DI ACEH KRITIKAL, BANTUAN MASIH DIPERLUKAN - UTUSAN MELAYU PLUS - 18/12/2025
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan keadaan mangsa banjir di Aceh, Indonesia berada pada tahap kritikal apabila ramai masih belum menerima sebarang bantuan asas termasuk makanan, tempat perlindungan dan rawatan perubatan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(64)
-
▼
February
(23)
- '7 TAHUN SAYA JADI HAMBA DIA' - HARIAN METRO - 23/...
- 'RASUL AKHIR ZAMAN' - HARIAN METRO - 23/02/2026
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH JPJ WP...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-39: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- 'JANGAN MEMBAZIR, MAKANAN YANG TAK HABIS SUDAH BER...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE ATAS KETUA PEN...
- AKTIVITI | PROGRAM SOLAT TERAWIH ANJURAN PPIM DI K...
- PODCAST PPIM | DETOX PENYAKIT DENGAN BERPUASA: BAG...
- ALFA 2.0: TOQQI KUPAS ISU “PEMBAZIRAN” - NASIONAL ...
- AKTIVITI | SIARAN LANGSUNG NASIONAL FM: ISU PEMBAZ...
- RAMADAN BULAN PENYUCIAN BUKAN MAKAN SAKAN HARGA KA...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-38: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE HIJAU ENERGY BERHAD (HE...
- SELAMAT PAGI MALAYSIA | PEMBAZIRAN MENJELANG BULAN...
- 'SUDAH-SUDAHLAH, BANYAK SANGAT YANG SUDAH TERTIPU'...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-37: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- GESA AUDIT NASIONAL - HARIAN METRO - 05/02/2026
- PPIM GESA KERAJAAN SIASAT KELAB PERSENDIRIAN BERLE...
- PPIM & CASSA GESA SIASATAN MENYELURUH KELAB BERDAF...
- KELAB SWASTA KEBAL UNDANG-UNDANG!!!!!! - SIDANG ME...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MAIS - PPIM - 0...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-36: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA D...
-
▼
February
(23)


