KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Undi18 dikatakan antara punca suasana politik negara berada dalam keadaan tidak menentu dan tiada pemerintah dapat ditentukan, ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
“Bagaimana kepercayaan yang begitu besar boleh diletakkan ke atas mereka tanpa sebarang panduan terlebih dahulu seperti dengan mengadakan kursus politik untuk mendidik anak-anak muda ini,” tegas beliau, lapor berita tempatan.
Katanya, kebanyakan mereka yang berumur 18 tahun baru sahaja tamat sekolah menengah dan masih tidak mengenali dunia politik.
“Tidak masuk akal betul perkara ini dilaksanakan, kalau macam itu lebih baik bagi pelajar 12 tahun pun untuk mengundi, sama sahaja pengetahuan kebanyakan pelajar tersebut,” ujarnya.
Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan seharusnya bekerja rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Walaupun Kerajaan dibentuk, ia akan tetap lemah kerana tidak membawa suara hati rakyat.
Beliau turut berpendapat, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap mana-mana kerajaan terutamanya sekiranya PH mentadbir semula.
“Banyak keputusan yang dilaksanakan tidak munasabah dan sistem ini perlu dikaji semula dengan lebih serius dengan mengambil kira pendapat NGO,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr Lee Nan Sang berkata, lebih baik sekiranya persefahaman dapat dicapai dan Kerajaan dapat dibentuk secepat mungkin.
“Rakyat bimbang perkara yang akan terjadi dan hilang keyakinan dengan pentadbiran negara, di samping nilai ringgit dan saham juga akan terus terjejas. Namun, negara kita masih mempunyai pentadbir tertinggi iaitu Yang di-Pertuan Agong untuk mengawal keadaan semasa,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Semua pemimpin Melayu Islam disaran untuk terus memelihara semangat ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan mereka, tidak kira apa jua jajaran politik dicapai.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius kemelut politik yang seolah-olah tidak akan selesai walaupun rakyat sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
Katanya, PPIM melahirkan rasa kecewa jika ini telah menjadikan kemelut politik yang bakal menjejaskan perjalanan pentadbiran dan pembangunan negara dalam segala segi.
“Kemelut ini boleh diselesaikan tanpa ada rasa angkuh, ego atau dendam politik.
“Justeru, apa jua jajaran politik yang dicapai dan dipersetujui, kebebasan institusi kehakiman sebagai satu entiti yang mampu menjamin keadilan serta mengekalkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang buat semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan serta status individu berkaitan wajib dikekalkan.
“Penubuhan kerajaan dengan mandat yang baharu dengan segera agar rakyat boleh terus diberikan tumpuan dalam mendepani keadaan ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang kian meningkat, dan lain-lain cabaran bakal ditempuhi tahun depan,” menurut kenyataan itu.
Dakwa PPIM, rakyat sudah bosan dengan keadaan politik yang terus bergolak sejak 2018 dan setelah bertukar Perdana Menteri sebanyak tiga kali.
“Negara juga telah menjadi bahan gurauan masyarakat antarabangsa dan keadaan ekonomi menjadi semakin buruk ditambah pula dengan pandemik COVID-19.
“Perebutan kuasa dan penentuan Perdana Menteri kini menjadi semakin rumit kerana keadaan ‘Hung Parliament’ yang timbul setelah tiada satu parti pun yang berjaya mendapat sebuah majoriti mudah.
“Walaupun kita menganggap bahawa penggabungan parti-parti politik membolehkan sebuah kerajaan dibentuk, namun ia bukanlah semudah yang kita fikirkan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, meskipun tiada kepastian apakah faktor utama yang menyebabkan keadaan demikian, namun kerumitan ini berpunca keegoan pemimpin tertinggi parti duduk berunding untuk mencapai kata sepakat dan dengar suara akar umbi dalam membentuk kerajaan.
Justeru, PPIM mengambil ketetapan untuk mengesyor Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya merangka pelan tindakan yang wajar dalam mendepani cabaran ekonomi lebih rumit, tahun depan.
“Ia sebagai langkah berjaga-jaga kejadian yang tidak diingini, bagi membendung keadaan sedemikian daripada menjadi lebih buruk.
“Ia juga bagi memastikan keadaan ekonomi fiskal negara berada dalam keadaan mapan demi mengelakkan sebarang persepsi negatif di peringkat antarabangsa,” katanya.
Artikel oleh: Media Variasi
KEMBALI KEPADA POLITIK KEBERSAMAAN, BUKAN PERPECAHAN
PETALING JAYA: Undi18 antara punca negara berada dalam keadaan tidak menentu serta tiada pemerintah dapat ditentukan walaupun sudah tiga hari sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pada usia 18 tahun pelajar baru tamat sekolah menengah dan kebanyakan mereka masih tidak mengenali dunia politik.
“Bagaimana kepercayaan yang begitu besar boleh diletakkan ke atas mereka tanpa sebarang panduan terlebih dahulu seperti dengan mengadakan kursus politik untuk mendidik anak-anak muda ini.
“Tidak masuk akal betul perkara ini dilaksanakan, kalau macam itu lebih baik bagi pelajar 12 tahun pun untuk mengundi, sama sahaja pengetahuan kebanyakan pelajar tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Terdahulu, tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah 219 kerusi dipertandingkan bagi peringkat Parlimen pada PRU15.
Pakatan Harapan (PH) memenangi sebanyak 76 kerusi di peringkat Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (PN) 51 kerusi; Barisan Nasional (BN) 30 kerusi dan masing-masing 22 kerusi bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pas.
Beliau berkata, walaupun kerajaan dibentuk nanti tetap akan lemah kerana mereka tidak membawa suara hati rakyat serta kerajaan sepatutnya bekerja rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Rakyat sudah hilang keyakinan terhadap mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi sekiranya PH mentadbir semula, perkara yang berlaku selama 22 bulan itu sahaja akan berulang iaitu tiada apa-apa perubahan yang besar.
“Banyak keputusan yang dilaksanakan tidak munasabah dan sistem ini perlu dikaji semula dengan lebih serius dengan mengambil kira pendapat NGO,” ujarnya.
Sementara itu, Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang berkata, lebih baik sekiranya dapat mencapai persefahaman dan membentuk kerajaan secepat mungkin.
“Rakyat bimbang perkara yang akan terjadi dan hilang keyakinan dengan pentadbiran negara, di samping nilai ringgit dan saham juga akan terus terjejas.
“Namun, negara kita masih mempunyai pentadbir tertinggi iaitu Yang di-Pertuan Agong untuk mengawal keadaan semasa,” ujarnya.
SHAH ALAM - "Hendak pilih pemimpin sama seperti mencari pasangan hidup yang boleh menjaga kita dengan sebaiknya," demikian tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Tokki berkata, tidak salah untuk memilih pasangan hidup berdasarkan kecantikan rupa paras, status keluarga serta taraf pendidikan sebagai pakej yang diinginkan.
Bagaimanapun katanya, sekiranya calon yang dipilih itu tidak mempunyai akhlak, maka semua kelebihan yang ada seakan tidak berguna untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.
Tegasnya, perkara sama juga diguna pakai dalam memilih pemimpin yang boleh menjaga rakyat dengan baik dan membawa negara ke mercu kejayaan.
"Jadi perkara ini adalah realiti kehidupan. Kalau pilih pemimpin dan kemudiannya kena tipu, kita yang akhirnya menangis dan terasa macam terkena jerangkap samar.
"Oleh sebab itu, kita kena ajar pengundi di luar sana tentang kriteria yang diperlukan sebagai seorang pemimpin. Perkara utama yang perlu diberi perhatian terhadap calon yang bertanding adalah mengenai akhlak mereka.
"Pilihan raya bukan satu perkara main-main kerana ia akan mencorak kita ke satu daerah yang kita sendiri tidak tahu. Sekiranya tersilap pilih pemimpin, ia akan menimbulkan huru hara bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada negara," katanya.
Nadzim ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU15 bertajuk 'Drama Raih Undi Bermula' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU15 bertajuk 'Drama Raih Undi Bermula' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Rancangan tersebut dihoskan oleh Asmaliza Mansor.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, PPIM sering menerima panggilan daripada orang ramai yang bertanyakan siapakah yang perlu diundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini dan apakah kayu ukur untuk menilai calon terbaik.
Beliau berkata, bukan mudah untuk memeriksa latar belakang dan keperibadian sebenar calon-calon bertanding, namun pengundi boleh melihat sejauh mana akhlak yang dipamerkan dan kewibawaan calon.
Menurutnya, masyarakat pastinya tidak mahu sekadar seorang pemimpin yang kacak serta cantik sahaja, tetapi boleh menjalankan tugas kepimpinan dengan baik dan cekap malah tidak menyusahkan rakyat.
Tegasnya lagi, pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan tidak memilih mereka yang suka mengambil kesempatan, tidak terlibat dengan salah laku dan amalan rasuah, selain boleh menghasilkan yang terbaik buat rakyat dan negara.
Sementara itu Nadzim berkata, pengundi yang akan memilih pada PRU15 perlu membuat penilaian kepada faktor calon dan bukannya memilih berdasarkan parti.
Jelasnya, perkara itu penting kerana negara memerlukan individu-individu yang mempunyai akhlak baik dalam memimpin negara dan jika dinilai daripada sudut parti, pelbagai permasalahan serta isu yang akan timbul.
"Ya kita tahu, hendak pilih orang sebagai pemimpin bukan satu perkara yang senang. Hendak pilih Presiden parti pun sukar, inikan pula mencari seorang calon yang bersih dan berakhlak baik untuk diangkat sebagai pemimpin negara.
"Namun rakyat boleh membuat pilihan dengan bebas kerana rakyat tidak terhutang budi. Rakyat tidak perlu terpengaruh dan jangan takut pada wakil rakyat mereka, sebaliknya pemimpin yang perlu terhutang budi dengan pemilihnya.
"Saya juga hendak cadangkan supaya calon-calon pemimpin perlu pergi kursus kepimpinan. Mereka perlu ada asas kepimpinan dan kursus itu juga kena ajar tentang akhlak serta adab seorang pemimpin. Jika tidak, ia akan menjadi huru-hara sebab semua pun hendak ikut mereka sahaja," katanya.
Artikel oleh: Sinar Harian
'HENDAK PILIH PEMIMPIN SAMA SEPERTI CARI PASANGAN HIDUP'
SHAH ALAM - Manifesto merupakan satu perkara yang sangat penting dan agenda di dalamnya perlu dilaksanakan dengan baik sebagai menunaikan janji kepada rakyat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pelaksanaan menunaikan manifesto adalah satu kewajipan kerana ia merupakan janji-janji yang ditaburkan kepada rakyat sepanjang proses berkempen.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Tokki berkata, seorang pemimpin yang bagus adalah mereka mempunyai akhlak mulia, bukan seorang yang munafik, berpegang pada janji, bersungguh-sungguh serta berikhtiar menunaikan segala dijanjikan.
Sebagai Melayu Islam, sepatutnya mereka berasa malu sekiranya buat tidak betul dan tidak menunaikan apa yang telah kita janjikan. Ia berkait rapat dengan ajaran yang dianjurkan oleh semua agama untuk menunaikan janji.
"PPIM mahu rakyat dijaga sebaiknya oleh pemimpin negara kerana mereka telah berhadapan dengan pelbagai kesusahan yang cukup dahsyat untuk tempoh dua tahun lalu.
"Maka matlamat kita mengundi ini bukan saja-saja hendak memilih tetapi kita mahu mencari orang yang akan menjaga diri kita dan membawa negara ke tahap yang jauh lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU-15 bertajuk 'Drama Raih Undi Bermula' yang dihoskan Asmaliza Mansor dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, parti yang berjaya dipilih perlu melaksanakan manifesto seperti apa dijanjikan dan mengikut perlembagaan negara.
Tegas beliau, pelaksanana manifesto tersebut perlu mengikut budaya di Malaysia, malah perlu bersandarkan pada Rukun Negara serta Perlembagaan.
Sebagai contoh katanya, Islam adalah agama rasmi negara, maka mana-mana perkara dan fahaman yang bertentangan dengannya seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), New World Order, One World Government atau One World Religion tidak boleh diterjemahkan di negara ini.
"Sekiranya perkara seumpama ini dituntut, maka kita sama sekali tidak boleh menyokong. Rakyat perlu bersama-sama dan sentiasa memantau golongan pemimpin seumpama ini," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, terdapat perbezaan ketara antara ahli politik dahulu dan masa kini apabila perasaan malu seakan sudah tidak lagi diambil perhatian oleh golongan tersebut.
Jelasnya, ada kumpulan ahli politik dengan sengaja mengambil kesempatan secara luar biasa dan tidak kurang juga yang terlibat dengan kezaliman.
Sebagai contoh katanya, ahli politik terdahulu masih ada perasaan malu untuk membuat sesuatu yang dirasakan salah kerana takut perbuatannya itu terbongkar.
Namun ahli politik pada masa sekarang katanya, mereka kurang mengendahkan tentang kekhuatiran atau berasa malu dengan apa yang akan berlaku sekiranya diketahui ramai.
"Kita tidak macam masyarakat Jepun yang sangat menitik berat tentang maruah. Jika tidak betul, dia sendiri akan berhenti dan tarik diri.
"Tetapi kita di sini tidak seperti itu, sedangkan Islam bercakap tentang akhlak. Kita kena ada sifat malu supaya ia tidak memalukan kita sendiri.
"Ahli politik kita bila tidak menunaikan janji, mereka tidak berasa malu. Bila bercakap bohong pun tidak malu. Malah manifesto yang tidak ditunaikan pun masih tidak berasa malu. Buat salah tetapi masih boleh tersenyum, tanpa rasa tidak ada apa-apa," katanya.
KUALA LUMPUR:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Gerakan Sukarelawan Rakyat
(GSR) yang merupakan satu-satunya rujukan mereka yang memerlukan maklumat dan
panduan.
Menurut Ketua
Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau dikenali Toqqi, pertubuhan ini telah
dijadikan sebagai tempat mengadu, merujuk dan mendapatkan pandangan serta
nasihat mengenai calon pilihan mereka.
Menurut beliau
lagi, PPIM yang telah wujud selama 25 tahun mempunyai pengalaman dalam pelbagai
isu termasuk isu politik.
“Suasana politik
kebelakangan ini menyukarkan rakyat memilih calon yang benar-benar layak untuk
mewakili dan mampu memperjuangkan hak mereka.
“Sehubungan dengan
itu, PPIM melancarkan pusat rujukan netizen dan rakyat secara on-
line GSR sebagai pusat rujukan maklumat dan panduan pemimpin manakah perlu
dipilih.
“Aktivis GSR akan
turun padang untuk menyebarkan maklumat yang adil, betul dan tepat,” katanya
kepada MEDIA VARIASI.
Tambah Nadzim,
melalui pusat ini juga akan membolehkan NGO juga membuat penapisan
setiap wakil rakyat yang bertanding agar mereka dipastikan bebas dari kelakuan
yang tidak
bermoral dan terlibat dengan aktiviti yang tidak berakhlak baik.
“Semua ahli-ahli
Yang Berhormat dan bakal-bakal ahli Yang Berhormat dan ini termasuklah
Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, malah Perdana Menteri serta
Timbalannya sekali tidak akan terkecuali dari dinilai dan mereka tidak bebas
dari sebarang teguran serta kritikan rakyat dari pelbagai lapisan.
“Ini juga akan
dijadikan sebuah platfom untuk mengemukakan cadangan calon yang layak dan
terbaik untuk pengundi www.gsrpru15.com.
“Pihak NGO
mengharapkan agar rakyat membuka mata dan tidak membuat kesilapan lagi dalam
pemilihan wakil rakyat akan datang,” katanya.
Artikel oleh: Media Variasi
NETIZEN BOLEH CADANG PEMIMPIN PILIHAN MEREKA MENERUSI GSR
Berita 757 | Susulan laporan Berita 7:57 dimanipulasi pihak berkepentingan politik
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut menyeru pengundi-pengundi terutama orang Melayu keluar menunaikan tanggungjawab berkenaan dalam usaha memilih calon berkelayakan bagi mentadbir negara.
Tegas Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqi itu, mengajak orang ramai keluar mengundi bukan satu kesalahan malah ia satu sifat terpuji dalam usaha memupuk kesedaran demi kebaikan bersama.
Kenyataan Toqqi itu jelas mengenepikan laporan Berita 7:57 sebelum ini yang didakwa sesetengah pihak bahawa ajakan mengundi adalah satu berunsur perkauman.
KUALA LUMPUR, 8 November 2022 – Akibat kecelaruan situasi politik negara, rakyat telah hilang keyakinan akibat kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi mereka secara tuntas. Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, pertubuhan ini telah dijadikan sebagai tempat mengadu, merujuk dan mendapatkan pandangan serta nasihat mengenai calon pilihan mereka.
Menurut beliau lagi, PPIM yang telah wujud selama 25 tahun mempunyai pengalaman dalam pelbagai isu termasuk isu politik. Suasana politik kebelakangan ini membuatkan sukar bagi rakyat memilih calon yang benar-benar layak untuk mewakili dan mampu memperjuangkan hak mereka.
Sehubungan dengan itu, PPIM telah melancarkan pusat rujukan netizen dan rakyat secara online yang dinamakan sebagai ‘Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR)’ yang merupakan satu-satunya rujukan mereka yang memerlukan maklumat dan panduan. Aktivis GSR akan turun padang untuk menyebarkan maklumat yang adil, betul dan tepat.
Tambah Nadzim, melalui pusat ini juga akan membolehkan NGO membuat penapisan setiap wakil rakyat yang bertanding agar mereka dipastikan bebas dari kelakuan yang tidak bermoral dan terlibat dengan aktiviti yang tidak berakhlak baik.
Semua ahli-ahli Yang Berhormat dan bakal-bakal ahli Yang Berhormat dan ini termasuklah Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, malah Perdana Menteri serta Timbalannya sekali tidak akan terkecuali dari dinilai dan mereka tidak bebas dari sebarang teguran serta kritikan rakyat dari pelbagai lapisan.
Ini juga akan dijadikan sebuah platfom untuk mengemukakan cadangan calon yang layak dan terbaik untuk pengundi http://www.gsrpru15.com.
Pihak NGO mengharapkan agar rakyat membuka mata dan tidak membuat kesilapan lagi dalam pemilihan wakil rakyat akan datang.
PETALING JAYA –
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan sebuah platform yang
dinamakan Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR) sebagai pusat rujukan untuk memilih
pemimpin dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Aktivis PPIM,
Datuk Nadzim Johan berkata, platform itu ditubuhkan bagi mengembalikan
kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi negara dengan memilih pemimpin yang
mampu memperjuangkan hak mereka.
Kata beliau, selain
menyediakan maklumat dan panduan, GSR juga membolehkan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) membuat saringan dalam setiap wakil rakyat yang bertanding.
“PPIM
membuka pintu kepada mana-mana calon untuk bekerjasama. Jadi, dengan platform
ini, aktivis GSR akan turun padang untuk menyebarkan maklumat betul dan tepat.
“Selain
itu, kita juga mahu pastikan calon yang bertanding adalah berintegriti dan NGO
akan memantau setiap pergerakan wakil rakyat yang dipilih selepas PRU15,”
katanya ketika ditemui Kosmo! selepas pelancaran GSR di Pejabat PPIM di sini
hari ini.
Turut
hadir, wakil NGO daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Persatuan Pengusaha
Restoran Muslim Malaysia dan Kasih Setia Malaysia.
Mengulas
laporan Kosmo! sebelum ini mengenai rakyat lebih cenderung memilih parti
berbanding calon, Nadzim berkata, pihaknya tidak menyebelahi mana-mana parti,
namun akan mengangkat calon yang benar-benar layak.
“Persepsi
sokong parti ini memang tidak salah namun itulah peranan NGO untuk ubah perkara
tersebut. Contoh, kita nak sokong BN, memang ada calon yang kita sokong tapi
bukan semua.
“Kita tidak mahu pemimpin
yang terlibat dengan gejala rasuah dan seharusnya perlu ada integriti dan
akhlak yang tinggi,” ujarnya.
Tambahnya,
GRS juga adalah sebuah platfom untuk mengemukakan cadangan calon yang terbaik
untuk pengundi melalui www.gsrpru15.com.
“PPIM
dan pihak NGO mengharapkan agar rakyat membuka mata dan tidak membuat kesilapan
lagi dalam pemilihan wakil rakyat akan datang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Artikel oleh: Kosmo
PPIM TUBUH PLATFORM BANTU NGO, RAKYAT PILIH PEMIMPIN
KUALA LUMPUR, 04 November 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) akan menyediakan sebuah platfom khas bagi melibatkan peranan netizen dan
rakyat khususnya para pengundi dalam menilai setiap calon yang bertanding dalam
PRU-15 ini.
Ini
berikutan terlalu banyak rungutan dan sungutan rakyat mengenai prestasi dan
sikap wakil-wakil rakyat yang telah dipilih selama ini. Menurut Ketua Aktivis PPIM,
Datuk Nadzim Johan atau Toqqi, menyedari hakikat ini maka PPIM terpanggil untuk
menyediakan satu platform khusus untuk membolehkan rakyat menyuarakan rungutan
dan sungutan mereka itu secara dalam talian.
Dengan
ini, maka keterlibatan rakyat dalam memberikan pendapat mereka akan menjadi
lebih berkesan dan bukan setakat membuang undi sahaja.
Platform
ini akan membolehkan setiap calon dipantau dan dinilai tahap kelayakan mereka
untuk mewakili dan membela rakyat di kawasan yang mereka tandingi.
Semua
ahli-ahli Yang Berhormat dan bakal-bakal ahli Yang Berhormat tidak akan
terkecuali dari dinilai termasuk Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri,
malah Perdana Menteri serta Timbalannya sekali dan mereka juga tidak bebas dari
sebarang teguran dan keluhan rakyat dari pelbagai lapisan.
Tambah
Nadzim, melalui platform ini juga, pelbagai pihak NGO juga menapis setiap wakil
rakyat yang bertanding agar mereka dipastikan bebas dari kelakuan yang tidak
bermoral dan tidak berakhlak baik.
Melalui
platform ini juga syor dan rekomendasi calon terbaik juga akan diberikan
melalui sistem pemarkahan yang adil.
Pihak
NGO juga mengharapkan agar rakyat membuka mata dan tidak membuat kesilapan
dalam pemilihan wakil rakyat akan datang.
PPIM
bersama semua NGO mengambil pendirian menyokong calon-calon yang daripada
kumpulan mereka yang berwibawa dan berintegriti tanpa mengira parti mengikut
penilaian PPIM sendiri.
Nadzim
juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna yang
bijaksana.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan platform untuk berkongsi maklumat mengenai calon PRU15 dan ruangan untuk rakyat menyuarakan aduan serta cadangan tentang isu-isu yang ingin diselesaikan. Jelas Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, inisiatif ini menjadi keperluan ketika pihaknya sering menerima keluhan rakyat yang menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi. Malah, rata-rata mereka juga buntu dalam membuat pilihan calon pemimpin kerana tidak cukup mengenali individu secara peribadi dan tidak tahu menilai prestasi dan janji calon berkenaan.
Artikel oleh: Astro Awani
PRU15 | PPIM TUBUH PLATFORM, KONGSI ADUAN DAN MAKLUMAT CALON
KUALA LUMPUR: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengakui ditawarkan bertanding hampir semua parti kecuali PAS.
Namun beliau yang dikenali sebagai Toqqi menolak semua tawaran itu atas dasar prinsipnya berjuang untuk rakyat bukan parti politik.
“Memang tawaran mereka menarik saya tidak nafikan tetapi apabila kita bergerak bukan platform politik sebenarnya lebih mudah dan dekat dengan rakyat.
“Kita orang bawah di lapangan, kerja untuk rakyat. Ikut pengalaman saya apabila timbul isu, rakyat bawa kepada NGO dan media terlebih dahulu, mereka sudah penat bawa ke politik tapi tidak selesai, apabila sampai pada NGO dan media kita cari solusi,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Beliau berkata demikian selepas sidang media pelancaran PPIM sebagai platform netizen dan gabungan NGO bantu negara menjelang PRU15.
KUALA LUMPUR, 3 November 2022. Sidang media PPIM mengenai cara pilih calon PRU15 di Ibu Pejabat PPIM.
Menerusi platform itu PPIM membuka ruang untuk rakyat untuk memberi aduan atau cadangan dan juga pihak calon memberi maklumat mengenai diri mereka kenapa mereka patut jadi wakil rakyat.
Tambah Toqqi, dengan rujukan ini pengundi baru yang tiada pengalaman memilih boleh menilai ciri pemimpin pilihan mereka.
“Kami mungkin akan sediakan platform seperti aplikasi Whatsapp untuk perkongsian maklumat.
“Rakyat boleh rujuk dengan mudah bukan main pilih sebab hensem sahaja, kena nilai semula apa kezaliman mereka buat apa kebaikan mereka buat.
“Kita bukan cari ciri malaikat tetapi tentunya bukan syaitan yang menjahamkan negara.
“Kita mahu perkara ini dibawa bincang dan pemilihan dibuat secara harmoni,” katanya.
Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) banyak menerima aduan dan keluhan dari rakyat
mengenai ekonomi, sosial yang makin bercelaru, tiada halatuju dan dijangka
makin buruk pada tahun 2023.
Rakyat
menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi. PPIM menjadi tempat rujukan,
diminta memberi nasihat dan disuruh bersama-sama menjawab persoalan rakyat;
KUALA LUMPUR 26 Okt - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memberi ingatan kepada masyarakat agar memberi perhatian mengenai ciri-ciri calon yang akan bertanding di dalam PRU-1 5 ini.
Ketua Akfivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih.
"Mengikut sejarah kita, menteri-menteri/ahli parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegrifi, sombong dan menyusahkan rakyat.
"Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat", katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nadzim berkata, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati cita rasa rakyat.
Justeru, sebelum PRU-1 5 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik dan menipu.
Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana.
Artikel oleh: DagangNews
PENGUNDI DIINGATKAN SUPAYA MEMILIH WAKIL RAKYAT, BUKAN WAKIL PARTI - PPIM
KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini digesa memilih calon atau pemimpin yang berintegriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sekiranya ingin menentang dan menghapuskan budaya rasuah.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada masyarakat yang mengakui sukar untuk memilih parti serta gabungan politik untuk mentadbir kerajaan.
Menurut beliau, ini berikutan sebahagian besar Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak memiliki integriti, sombong dan menyusahkan rakyat disebabkan hanya mementingkan kepentingan peribadi.
Nadzim Johan
“Kami membuka pintu kepada calon yang mahukan sokongan kami. Mereka wajib mempunyai ciri pemimpin baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan .
“Personaliti terbabit perlu membantu rakyat dan mengharmonikan negara, malah sanggup ke hadapan demi berkorban untuk rakyat”, katanya hari ini.
Nadzim turut menggesa pengundi untuk lebih melihat kepada peribadi calon yang diketengahkan berbanding parti politik, sebagai rujukan memilih wakil rakyat pada PRU-15, November depan.
Menurut beliau, pilihan raya merupakan masa paling tepat buat rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi pendesak untuk ‘membuang’ calon yang tidak menepati citarasa rakyat.
“Sebelum PRU-15, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat mengikut perlembagaan dan kemanusiaan. Menerusi gerakan ini, semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon jika gagal melakukan yang terbaik dan menipu.
“Saya juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober lalu menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Abdul Ghani Salleh
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala 15 November adalah tarikh untuk mengundi awal.
Menurut beliau, tempoh berkempen dilanjutkan kepada 14 hari bermula selepas hari penamaan calon, berbanding 11 hari pada PRU-14.
Abdul Ghani berkata, SPR akan menggunakan daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu, dan menyenaraikan 21,173,638 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRU-15.
Daripada jumlah terbabit, jelasnya, 20,905,366 adalah pengundi biasa manakala 146,737 merupakan anggota tentera serta pasangan dan 118,794 lagi terdiri daripada anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan masing-masing. - Getaran, 27 Oktober 2022.
Artikel oleh: Getaran
PRU-15: RAKYAT PERLU PILIH CALON BERINTEGRITI, JANGAN HANYA FOKUS PARTI