PUTRAJAYA :
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memberi jaminan akan
membawa isu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik
(CPTPP) yang memberi kesan kepada sektor pertanian negara untuk perhatian
Kabinet.
Menurut Ketua
Koordinator Forum Kedaultan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad,
jaminan itu dinyatakan Mohamad dalam pertemuan bagi menyerahkan memorandum FKMM
pada Khamis.
"Komitmen
menteri dia akan berhubung dgn lebih lanjut dengan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI), tapi keputusan ini adalah Perdana Menteri dan
Kabinet bukan MITI.
"Jadi
Perdana Menteri perlu respons terhadap isu ini… beliau (Mohamad) akan bawa ke
Kabinet," katanya ketika ditemui di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan
Makanan, di sini, hari ini.
Nurfitri
bersama wakil daripada 54 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pertemuan
dengan Mohamad sekitar pukul 10.30 pagi ini.
Pertemuan
hampir satu jam itu antara lain bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak
kementerian berhubung kesan CPTPP terhadap petani, penternak dan nelayan di
negara ini.
Sebelum itu, Nurfitri bersama wakil NGO menyerahkan memorandum terkandung enam tuntutan agar kerajaan meneliti semula ratifikasi CPTPP yang dikhuatiri membawa kesan kepada sektor pertanian.
Artikel oleh: Astro Awani
MAT SABU BERI KOMITMEN BAWA ISU CPTPP KEPADA KABINET - NURFITRI
No comments:
Post a Comment