PETALING JAYA: Pengusaha ladang ayam telur hanya memberi alasan mengenai kos operasi mengeluarkan telur adalah tinggi kerana inigin mencari keuntungan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengusaha ladang ayam telur bijak mencari alasan dengan menyatakan kos penghasilan tinggi, dengan itu harga telur dapat dinaikkan di pasaran bagi keuntungan mereka.
"Isu ini bermula di peringkat kartel, di mana harga dinaikkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi tinggi apabila dijual di kedai runcit dan pasar raya.
"Perkara ini sudah menjadi trend sejak sekian lama dan susah dikawal kini kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini gagal turun padang melaksanakan tinjauan secara berterusan.
"Jika perkara ini dibiarkan berterusan dan dipandang sebelah mata, pengguna akan merasai impaknya untuk jangka masa panjang," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.
Terdahulu, pengusaha ladang ayam penelur mendesak kerajaan memansuhkan skim kawalan harga sumber protein itu yang disifatkan sebagai sia-sia apabila Malaysia turut mengimport produk tersebut dari India yang harganya lebih mahal.
Sumber industri berkata, terdapat ramai dalam kalangan pengusaha ladang ayam telur kini di ambang muflis dan ber-tahan hanya kerana bergantung kepada pembayaran subsidi kerajaan untuk menampung kos operasi mengeluarkan telur.
Timbalan Menteri Perdaga-ngan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, telur akan kekal di bawah harga kawalan dan tidak akan diapungkan seperti dimahukan oleh pihak tertentu yang terlibat dalam sektor bekalan dan penjualan sumber protein tersebut. Nadzim berkata, pengguna juga enggan melakukan aduan apabila melihat harga barangan yang dijual lebih dari sepatutnya.
"Rakyat kena bangkit bersuara, jangan beli barangan yang melebihi harga kawalan serta lakukan aduan serta-merta mengenai perkara tersebut.
"Pengguna mampu membawa perubahan kepada perkara ini sekiranya semua rakyat sedar akan hak mereka," katanya.
Beliau mempersoalkan mengapa negara tidak mempunyai lembaga khas untuk mengana-lisis dan mengawal harga tersebut.
"Rakyat hanya meminta mengawal harga telur ayam sahaja, bukannya kawal harga rumah, tak susah pun untuk dilaksanakan," katanya.
GUNA TELUR OMEGA, ROTI CANAI NAIK 50 SEN
No comments:
Post a Comment