PUTRAJAYA – Selepas gagal ‘memujuk’ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, kali ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadikan harapan untuk tidak menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Memorandum bantahan itu diserahkan oleh 54 organisasi kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu yang mahu Malaysia menarik balik ratifikasi triti dimeterai kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.
Memorandum kumpulan itu diterima sendiri oleh Mohamad Sabu di lobi kementerian dan beliau memberi reaksi secara ringkas untuk melihat terlebih dahulu segala isu yang dibangkitkan.
Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia, Nurfitri Amir Muhamad berkata, penyerahan memorandum kali ini juga bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh kerajaan berhubung hal tersebut.
“Adakah pihak kementerian berkenaan telah melaksanakan penilaian dan kajian terperinci kesan terhadap para petani, penternak, nelayan dan usahawan sektor pertanian,” katanya.
Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
Artikel oleh: Kosmo
54 BADAN SERAH MEMO BANTAH MALAYSIA SERTAI CPTPP
https://www.kosmo.com.my/2022/12/29/54-badan-serah-memo-bantah-malaysia-sertai-cptpp/
No comments:
Post a Comment