Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sentiasa berusaha untuk meningkatkan sukan tradisional khususnya untuk umat Islam di negara ini.
Dalam arus serba moden kini sukan tradisional semakin ditinggalkan. Menyedari hakikat ini, PPIM bersama Pusat Kebajikan Darul Jariyah dan barisan atlet sukan tradisional Malaysia akan menganjurkan pertandingan cabaran Bukit Uhud bagi merebut Piala PPIM pada 28 Januari 2023 bersamaan hari Sabtu bertempat di Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah.
Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengumpulkan dan memperkenalkan atlet - atlet Malaysia yang merupakan sharp shooter berbangsa Melayu, beragama Islam dan juga rakyat tempatan berkebolehan luar biasa dalam sukan memanah tradisonal yang kurang diketahui umum.
Sebagai penghargaan pada atlet-atlet Malaysia yang sudah lebih lapan tahun bergerak sendiri membawa nama Malaysia ke persada dunia, PPIM memperkenalkan piala PPIM.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata Atlet yang diperkenalkan kali ini sudah banyak kali memegang tangga tertinggi Kejuaraan Dunia dalam sukan memanah tradisional.
"Untuk menyemarakkan lagi semangat pemanah bantu pemanah, PPIM akan berusaha untuk mendapatkan dana untuk pemilihan pertandingan terdekat di Luar Negara," katanya.
Anjuran program ini juga adalah untuk membantu pengumpulan sumbangan Darul Jariyah yang bukan sahaja menjadi pusat latihan memanah berkuda percuma yang pertama di Malaysia, ianya juga merupakan pengumpulan sumbangan untuk bantuan pusat jagaan anak - anak yatim, pusat tahiz juga untuk fakir miskin.
No comments:
Post a Comment