Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta orang
ramai tidak memfitnah syarikat tekstil terkemuka, Jakel, sengaja membakar gedungnya
bagi mengaut keuntungan insurans.
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata, sebagai pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang menegakkan hak kepenggunaan Islam, perbuatan fitnah itu
amat merugikan.
Katanya, tidak masuk akal syarikat berkenaan, terutamanya di cawangan
Shah Alam, Selangor yang sering menjadi tumpuan esame musim perayaan, sengaja
membakar esame mereka.
“Untuk menuntut pampasan insurans bagi perniagaan itu bukanlah sesuatu
yang mudah kerana ia sangat rumit dan mungkin memakan masa beberapa tahun.
“Sambutan Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi, tidak masuk akal jika
mereka (Jakel) mahu membakar esame itu dan tanggung kerugian beberapa tahun
semata-mata mengejar pampasan yang belum tentu dapat meliputi keseluruhan kos,”
katanya.
Menurut beliau, setiap kali musim perayaan, lazimnya Jakel antara
syarikat yang banyak menyumbang kepada NGO, rumah anak yatim serta individu
tanpa hebahan kepada media.
“Akhir zaman ini, amalan fitnah semakin berleluasa. Saya ingin mengajak
orang ramai menjauhi perbuatan fitnah dan perbanyakkan beristighfar serta
mendoakan kebaikan dalam musibah yang sering melanda negara,” katanya pada
kenyataan hari ini.
Terdahulu, pada 1 Januari lalu, esame Wisma Jakel di Shah Alam terbakar
dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel
berkata, pihaknya menganggarkan kebakaran itu membabitkan kerugian lebih RM100
juta.
Ia tidak termasuk pelbagai tekstil dan barangan lain di dalam esame
berkenaan.
Mohamed Faroz turut memaklumkan, bangunan berkenaan nilainya sekitar
RM100 juta membabitkan 19 rumah kedai dan lima rumah kedai lima tingkat.
Katanya, kebakaran itu dipercayai bermula di tingkat satu, iaitu
bahagian pakaian lelaki tetapi punca sebenar kebakaran masih belum diketahui.
Sementara itu, Nadzim berkata, Jakel dimiliki orang Islam, malah
pekerjanya juga orang Islam.
“Ibarat menendang orang yang sedang jatuh, tidakkah kita mempunyai adab dan semangat bersaudara sesama Islam,” katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
No comments:
Post a Comment