Showing posts with label JAKEL. Show all posts
Showing posts with label JAKEL. Show all posts

Monday, March 16, 2026

AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PENGARAH URUSAN KUMPULAN JAKEL - PPIM - 16/03/2026

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel di Jakel Mall Kuala Lumpur.



Saturday, January 7, 2023

'TAK MASUK AKAL BAKAR KERANA INSURANS' - BERITA HARIAN - 07/01/2023

 

Artikel oleh: Berita Harian

'TAK MASUK AKAL BAKAR KERANA INSURANS' 

PPIM MINTA ORANG RAMAI TIDAK FITNAH JAKEL SENGAJA BAKAR GEDUNG UNTUK TUNTUT INSURANS - HARIAN METRO - 06/01/2023

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta orang ramai tidak memfitnah syarikat tekstil terkemuka, Jakel, sengaja membakar gedungnya bagi mengaut keuntungan insurans.

Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menegakkan hak kepenggunaan Islam, perbuatan fitnah itu amat merugikan.

Katanya, tidak masuk akal syarikat berkenaan, terutamanya di cawangan Shah Alam, Selangor yang sering menjadi tumpuan esame musim perayaan, sengaja membakar esame mereka.

“Untuk menuntut pampasan insurans bagi perniagaan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia sangat rumit dan mungkin memakan masa beberapa tahun.

“Sambutan Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi, tidak masuk akal jika mereka (Jakel) mahu membakar esame itu dan tanggung kerugian beberapa tahun semata-mata mengejar pampasan yang belum tentu dapat meliputi keseluruhan kos,” katanya.

Menurut beliau, setiap kali musim perayaan, lazimnya Jakel antara syarikat yang banyak menyumbang kepada NGO, rumah anak yatim serta individu tanpa hebahan kepada media.

“Akhir zaman ini, amalan fitnah semakin berleluasa. Saya ingin mengajak orang ramai menjauhi perbuatan fitnah dan perbanyakkan beristighfar serta mendoakan kebaikan dalam musibah yang sering melanda negara,” katanya pada kenyataan hari ini.

Terdahulu, pada 1 Januari lalu, esame Wisma Jakel di Shah Alam terbakar dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pihaknya menganggarkan kebakaran itu membabitkan kerugian lebih RM100 juta.

Ia tidak termasuk pelbagai tekstil dan barangan lain di dalam esame berkenaan.

Mohamed Faroz turut memaklumkan, bangunan berkenaan nilainya sekitar RM100 juta membabitkan 19 rumah kedai dan lima rumah kedai lima tingkat.

Katanya, kebakaran itu dipercayai bermula di tingkat satu, iaitu bahagian pakaian lelaki tetapi punca sebenar kebakaran masih belum diketahui.

Sementara itu, Nadzim berkata, Jakel dimiliki orang Islam, malah pekerjanya juga orang Islam.

“Ibarat menendang orang yang sedang jatuh, tidakkah kita mempunyai adab dan semangat bersaudara sesama Islam,” katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PPIM MINTA ORANG RAMAI TIDAK FITNAH JAKEL SENGAJA BAKAR GEDUNG UNTUK TUNTUT INSURANS

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/01/922824/ppim-minta-orang-ramai-tidak-fitnah-jakel-sengaja-bakar-gedung-untuk-tuntut#:~:text=PPIM%20minta%20orang%20ramai%20tidak%20fitnah%20Jakel%20sengaja%20bakar%20gedung%20untuk%20tuntut%20insurans,-AddThis%20Sharing%20Buttons&text=Kuala%20Lumpur%3A%20Persatuan%20Pengguna%20Islam,gedungnya%20bagi%20mengaut%20keuntungan%20insurans

'TAK MASUK AKAL JAKEL BAKAR GEDUNG DEMI INSURANS' - BERITA HARIAN - 06/01/2022

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan dakwaan Jakel sengaja membakar gedung bagi menuntut pampasan insurans sebagai tidak masuk akal.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata ini kerana Jakel terutama cawangan Shah Alam sering menjadi tumpuan ketika musim perayaan dengan Aidilfitri bakal tiba beberapa bulan lagi.

"Untuk menuntut pampasan insurans bagi perniagaan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia sangat rumit dan mungkin memakan masa beberapa tahun.

"Sambutan Hari Raya yang bakal tiba beberapa bulan sahaja lagi, tak masuk akal jika mereka mahu membakar gedung dan tanggung kerugian beberapa tahun semata-mata mengejar pampasan yang belum tentu dapat meliputi keseluruhan kos.

"Dengan musim perayaan yang akan datang, lazimnya Jakel antara syarikat yang banyak menyumbang kepada NGO dan rumah anak yatim serta orang persendirian tanpa hebahan kepada media.

"Akhir zaman ini amalan fitnah semakin berleluasa, saya ingin mengajak orang ramai menjauhi perbuatan fitnah dan perbanyakkan beristighfar serta mendoakan kebaikan dalam musibah yang sering melanda negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nadzim berkata pemilik Jakel dan pekerjanya adalah orang Islam dan mengapa orang ramai mahu memburukkan kejadian kebakaran berkenaan.

"Ibarat menendang orang yang sedang jatuh, tidakkah kita mempunyai adab dan semangat bersaudara sesama Islam," katanya.

Jakel menanggung kerugian lebih RM100 juta apabila wismanya di Shah Alam terbakar pada 1 Januari lalu.

Kebakaran dipercayai bermula di tingkat satu, iaitu bahagian pakaian lelaki tapi punca sebenar kebakaran masih belum diketahui.

Artikel oleh: Berita Harian

'TAK MASUK AKAL JAKEL BAKAR GEDUNG DEMI INSURANS' 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1048433/tak-masuk-akal-jakel-bakar-gedung-demi-insurans

Friday, May 8, 2020

5945) TANGAN GHAIB SIAPAKAH INI? SINAR HARIAN - 06/05/2020


SEWAKTU artikel ini ditulis, masih terdapat netizen yang melepas geram kepada syarikat tekstil terkenal, Jakel. Komen-komen pedas masih terdapat di laman Facebooknya.
Ia berpunca apabila salah seorang ahli keluarga Jakel, Muzaffar Jakel tersilap memuatkan jawapan yang dianggap memperkecilkan bangsa Melayu.
Bila dikritik, beliau segera memohon maaf pada hari yang sama. Namun, tiba-tiba muncul seseorang bernama Nor Lizah yang memberi komen terlalu pedas yang ditujukan kepada orang Melayu.
Beliau memberi komen di laman Facebook Muzaffar Jakel. Apa lagi, netizen yang membaca status itu naik berang mahu memboikot kedai tekstil tersebut.
Datuk Mohamed Faroz, Pengarah Urusan Jakel, terpaksa muncul dalam sebuah video untuk memohon maaf atas kesilapan adiknya, Muzaffar. Beliau juga menyatakan tidak kenal siapakah Nor Lizah yang memberi komen menyinggung perasaan orang Melayu.
Tuan punya akaun Nor Lizah juga telah membuat aduan polis kerana mendakwa akaunnya telah digodam.
Banyak pihak tampil menyabarkan netizen dan meminta mereka memaafkan kesilapan yang telah berlaku. Aktivis sosial, Yusof Azmi, PU Azman dan Datuk Nadzim Johan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah merayu agar netizen Melayu bertenang.
Namun, ramai netizen Melayu yang masih marah dan mahu terus memboikot. Soalnya, siapakah yang telah mengambil kesempatan menggunakan profil Nor Lizah untuk mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina itu?
Dua minggu sebelum itu, seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dipanggil polis untuk beri keterangan susulan aduan orang ramai.
Pendakwah yang popular kerana menyantuni golongan melarat telah menimbulkan rasa dengki pihak yang tidak suka melihat beliau berbuat baik. Soalnya, siapakah yang membuat laporan itu?
Pada April lalu, pihak keselamatan Malaysia telah mengusir sebuah bot membawa pendatang Rohingya masuk ke perairan Malaysia.
Ekoran itu beberapa NGO termasuk Amnesty International yang memperjuangkan hak kemanusiaan telah membidas tindakan Malaysia tetapi rata-rata rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan kerajaan.
Membara
Pada masa yang sama, seorang pemimpin Rohingya di Malaysia, Zafar Ahmad telah merayu agar kerajaan Malaysia tidak berbuat demikian atas dasar kemanusiaan. Rayuan beliau itu telah dipandang sinis oleh netizen.
Tiba-tiba entah dari mana, muncul sehelai kertas berbentuk memorandum yang kononnya daripada Zafar Ahmad mendesak kerajaan Malaysia memberi hak sama rata kepada pendatang Rohingya di Malaysia.
Memorandum itu muncul bersama sebuah video demonstrasi etnik Rohingya di depan kedutaan Myanmar di Jalan Ampang pada tahun 2017.
Kemarahan netizen Malaysia yang membara mula bernyala dan Zafar Ahmad menerima maki-hamun di media sosial. Soalnya, siapakah yang mengadun imej Zafar Ahmad bersama memorandum yang diubah suai dengan video demonstrasi itu?
Tidak sampai sebulan, isu Jakel, Ustaz Ebit Lew dan pendatang Rohingya telah menjadi isu tular yang memanaskan laman sosial. Soalnya, tangan-tangan ghaib siapakah yang melakukannya? Apakah ia buatan mereka secara suka-suka untuk troll dan prank para netizen?
Namun, apabila diteliti, tidak mungkinkah tangan-tangan ghaib ini dibuat dengan agenda tersembunyi orang Melayu dan umat Islam terus berpecah dan terbelah? Api yang bernyala sukar dipadam.
Barangkali selepas pihak pemerintah selesai membanteras berita-berita palsu mengenai Covid-19, mereka wajib tangani dan tangkap pencipta berita-berita palsu yang sebegini.
Dalam pada itu, nampaknya masih ramai lagi orang Melayu yang terlalu sayangkan bangsa hingga mengetepikan semangat persaudaraan Islam. Bangsa perlu dipeluk tetapi agama pula perlu dijunjung. Walaupun cinta itu buta tetapi janganlah hingga membuta tuli.

Artikel oleh: Sinar Harian
TANGAN GHAIB SIAPAKAH INI?

Monday, June 10, 2019

4968) BANTUAN BAJU RAYA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI - JAKEL - 16/05/2019 & 03/06/2019

Pada 16 May dan 3 Jun 2019, PPIM telah membawa seramai 16 keluarga asnaf ke Jakel Mall untuk membeli baju raya. Pihak Jakel telah berbesar hati meraikan mereka dengan memberi peluang kepada mereka memilih sendiri baju raya sempena menjelang  sambutan Aidilfitri. Jelas terbayang di raut wajah mereka keceriaan dan kebahagiaan.  Masing-masing mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah dan mendoakan PPIM dan Jakel sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah.  Terima kasih Jakel, semoga dapat bekerjasama dengan PPIM lagi di masa akan datang.

 

Saturday, May 25, 2019

4959) BANTUAN BAJU RAYA UNTUK ASNAF - KACA TV - 25/05/2019



Di bulan yang mulia ini, PPIM bersama rakan PPIM ingin mengambil kesempatan membantu keluarga asnaf tersebut yang menerima bantuan.
Dengan kesempatan yang ada mangambil masa satu hingga dua jam dapat mengubah suasana yang ceria dan banyak perkara dapat dibantu keluarga asnaf untuk membeli bajuk raya.


Artikel oleh : KACA TV

BANTUAN BAJU RAYA UNTUK ASNAF

https://www.youtube.com/watch?v=NurBRMmdij8

Tuesday, May 21, 2019

4952) MARSYILA BERSYUKUR ANAK-ANAK ADA BAJU RAYA - MALAYSIA GAZETTE - 21/5/19



KUALA LUMPUR – Siapa sangka, kesuraman Marsyila Zakaria bersama enam anaknya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini sebelum ini semakin bersinar apabila rezeki pada bulan Ramadan tidak putus daripada sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap keluarga itu.
Tiada apa lagi mampu dikatakan, hanyalah syukur dalam keadaan sebak sebagai seorang ibu yang melihat anak-anaknya memiliki baju baharu untuk menyambut kedatangan 1 Syawal yang kini berbaki dua minggu lagi. Melihat senyuman anak-anak sudah cukup membuatnya gembira tanpa memikirkankan tentang dirinya.
“Saya seronok tak terkata, memang tak terfikir langsung nak sambut Hari Raya dengan meriah, ada baju semua.
“Saya tidak pentingkan persiapan diri saya, pentingkan anak-anak. Kalau anak-anak dah ada baju pun, Alhamdulillah pada saya,” katanya kepada MalaysiaGazette


MGF21052019_PPIM KELUARGA ASNAF_18
Anak-anak Marsyila Zakaria, Shahkiera (kanan) dan Rayshah kelihatan gembira semasa membeli baju sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri di Jakel, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2019


Sejak tersebar berita tentang kedaifan hidup tujuh beranak ini di PPR Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan, suri rumah berusia 35 tahun itu cukup gembira apabila melihat anak-anaknya mempunyai makanan yang cukup yang dihulurkan hampir setiap hari.
Meskipun tidak lagi perlu mengikat perut, tambahnya, anak-anaknya, termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU), sentiasa makan dalam keadaan berjimat cermat.
Keadaan ini bagi Marsyila banyak membantu keluarganya.
“Alhamdulillah sejak orang ramai datang beri sumbangan maknanya saya tidak perlu keluar tinggalkan anak.
“Anak pun makan alhamdulillah lebih-lebih lagi yang autisme itu sebab dia kalau tak cukup makan dia akan cederakan diri.
“Dia makan pun tetap tidak membazir umpama dia takut bila habis nanti tidak ada yang boleh dimakan,” katanya lagi.



MGF21052019_PPIM KELUARGA ASNAF_19
Marsyila Zakaria bercakap kepada media semasa membeli baju sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri di Jakel, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membawa Marsyila ke gedung pakaian, Jakel Mall dengan tajaan seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsul.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, bantuan kepada keluarga ini diharap memberi impak besar khususnya memberi kegembiraan kepada anak-anak Marsyila.
“Jadi kita rasa ada kesan tengok budak-budak ini seronok.
“Mungkin boleh bawa perubahan sedikit sebanyak mungkin kita berusaha sejam dua, tapi impaknya cukup bermakna,” tambahnya.
Nadzim berkata, ketabahan ibu kepada enam orang anak mengharungi kehidupan yang serba kekurangan itu sangat menyentuh hati. -MalaysiaGazette

Artikel oleh : Malaysia Gazette
 MARSYILA BERSYUKUR ANAK-ANAK ADA BAJU RAYA 

4951) KETUA AKTIVIS PPIM MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA MARSYILA ZAKARIA DI JAKEL - PPIM - 24/5/19

Ketua Aktivis PPIM, toqqi meluangkan masa lebih kurang 2 jam bersama Marsyila Zakaria dan anak-anaknya yang kisah mereka tular baru-baru ini kerana kedaifan mereka sehingga terpaksa makan nasi berlaukkan garam selama setahun.






PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL