Showing posts with label BANTUAN AIDILFITRI. Show all posts
Showing posts with label BANTUAN AIDILFITRI. Show all posts

Thursday, April 20, 2023

INFAQ REZEKI UNTUK GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK [METROTV] - HARIAN METRO - 19/04/2023

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama rakan strategiknya KL Chinese Muslim Community, hari ini, menganjurkan pemberian bantuan Aidilfitri kepada golongan kurang bernasib baik.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata kerjasama strategik itu bertujuan menyantuni golongan sasar sekali gus meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata, seramai 400 penerima golongan sasar yang dikenal pasti itu terdiri daripada asnaf dan fakir miskin, orang cacat dan pelarian.

"Bantuan berupa pelbagai barangan dapur keperluan asas yang bernilai RM500 bagi setiap kotak Infaq Rezeki selain sedikit wang tunai

"Mereka yang dibantu ini adalah senarai nama yang dikemukakan pihak masjid berhampiran selain hasil pemantauan kami turun ke lapangan.

"Kita harap dengan bantuan yang tidak seberapa ini, ia membawa sedikit kemudahan kepada mereka yang memang mungkin menunggu untuk dapatkan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan kotak Infaq Rezeki di Al-Madrasatul Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat, di sini, hari ini.

Menurutnya, minggu terakhir Ramadan, ramai yang membuat persiapan menjelang Aidilfitri namun hakikatnya tidak semua berkemampuan untuk membuat persediaan sewajarnya.

"Malah, ada yang masih berhempas pulas siang malam hanya untuk mencukupkan rezeki berbuka puasa setiap hari," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

INFAQ REZEKI UNTUK GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK [METROTV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/958819/infaq-rezeki-untuk-golongan-kurang-bernasib-baik-metrotv

Monday, June 10, 2019

4968) BANTUAN BAJU RAYA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI - JAKEL - 16/05/2019 & 03/06/2019

Pada 16 May dan 3 Jun 2019, PPIM telah membawa seramai 16 keluarga asnaf ke Jakel Mall untuk membeli baju raya. Pihak Jakel telah berbesar hati meraikan mereka dengan memberi peluang kepada mereka memilih sendiri baju raya sempena menjelang  sambutan Aidilfitri. Jelas terbayang di raut wajah mereka keceriaan dan kebahagiaan.  Masing-masing mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah dan mendoakan PPIM dan Jakel sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah.  Terima kasih Jakel, semoga dapat bekerjasama dengan PPIM lagi di masa akan datang.

 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL