PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), digesa mendapatkan pakar berkaitan teknologi pengesahan halal daripada universiti tempatan dan tidak ambil mudah dakwaan dan status halal produk makanan terutamanya melibatkan makanan untuk kanak-kanak.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, agensi terbabit sebaiknya perlu mengkaji dengan lebih teliti dan mendalam tentang isu status halal bagi setiap produk makanan bagi mengelakkan kekeliruan di antara pengguna berlaku.
Katanya, jabatan itu harus sentiasa melakukan penambaihkan dari sudut keperluan pengguna kerana jika gagal dilaksanakan, ia boleh membawa kesan yang lebih buruk pada masa hadapan.
“Ini bukan kali pertama isu status halal dibangkitkan, sudah banyak kali berlaku, contohnya kita boleh lihat kes status halal Cadbury terdahulu, Jakim cakap lain, pihak lain kata sebaliknya pula, tetapi pada akhir¬nya yang jadi mangsa adalah pengguna.
“Cadangan saya, kita melantik mana-mana pakar dari universiti untuk membantu dalam melakukan ujian status halal secara terperinci, dan mereka sekaligus boleh beri input tambahan dalam mendapatkan status sah halal bagi setiap produk makanan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Utusan Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya terdapat empat produk makanan import dengan logo halal dari luar negara yang diiktiraf Jakim didakwa mempunyai gela¬tin babi.
Beliau juga berpendapat Jakim perlu mengubah prosedur pengesahan halal supaya mereka tidak hanya bergantung kepada satu jabatan sahaja jika keputusan halal yang dikeluarkan bertentangan.
“Bagi saya, Jakim perlu ubah prosedur mereka, kita perlu lindungi pengguna, dan nak dapatkan status halal ini bukan sesuatu yang mudah, jadi kita memerlukan kerjasama dengan badan tertentu untuk analisis jika setiap kandungan makanan terdapat Asid deoksiribonukleik (DNA) babi atau tidak.
“Sudah
tiba masanya kita lantik pakar-pakar seperti saintis dan ahli kimia dari makmal
swasta untuk membantu jika ada kes aduan melibatkan halal, kerana kes seperti
ini sudah lama berlarutan dan kerap berulang, sampai apabila mahu berada dalam
takuk yang lama,” katanya.
Ditanya
jika Jakim perlu dirombak atau tidak, Nadzim menjelaskan ia lebih baik jika
dilihat terlebih dahulu jika ada sebarang perubahan daripada Jakim berhubung
isu ini.
“Saya
sarankan sediakan satu pusat atau aplikasi bagi membolehkan pengguna mempunyai
akses untuk menyemak atau membuat analisis kandungan makanan tertentu yang
mereka ingin makan. Ini kadang kala, orang ramai pergi semak dan hantar pun,
tidak terbuat analisis itu.
“Dengan
adanya aplikasi itu, ia lebih mudah untuk mereka tahu apa yang boleh dimakan
atau tidak selain boleh mengelakkan mereka daripada terambil makanan yang tidak
boleh dimakan sebagai umat Islam,” katanya.
Sementara
itu sebuah lagi NGO berharap supaya Jakim mengubah prosedur pengesahan halal
iaitu tidak hanya bergantung kepada keputusan jabatan berautoriti semata-mata
jika terdapat percanggahan berkaitan status halal sesuatu produk.
Presiden
Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor berkata,
perubahan prosedur perlu lebih-lebih lagi terdapat aduan daripada makmal yang
mempunyai kredibiliti dalam membuat semakan halal sekali gus mampu menyokong
pengesahan setiap produk agar benar-benar bebas daripada unsur babi.
Beliau
berkata, jika polisi sedemikian iaitu setiap semakan aduan kes hanya menerima
keputusan analisis dari makmal jabatan kerajaan yang mengatasi semua hasil
analisis makmal lain, maka polisi itu perlu diubah termasuk sekiranya terdapat
dalam undang-undang atau akta berkaitan.
“Kita
tahu jabatan berkenaan bukan hanya menyemak status halal produk tetapi
menganalisis bermacam-macam kes seperti forensik dan jenayah yang memerlukan
ujian makmal. Jadi sudah tentu mereka mempunyai bebanan tugas.-UTUSAN
Artikel oleh: Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment