Showing posts with label STATUS HALAL. Show all posts
Showing posts with label STATUS HALAL. Show all posts

Wednesday, March 27, 2024

PPIM MAHU JAKIM PERJELAS PENARIKAN SEMULA STATUS HALAL REMPAH ALAGAPPA'S - MALAYSIA GAZETTE - 26/03/2024

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi penjelasan lanjut berhubung tindakannya menarik balik status halal syarikat pengeluar rempah Alagappa’s minggu lalu.

Ini kerana, tindakan tersebut telah mencetuskan keresahan kepada pengguna khususnya pengguna Islam di Malaysia.

Ketua Aktivis PPM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya amat bimbang kesan status halal kepada restoran dan pengusaha industri makanan di Malaysia.

Jakim mendakwa status halal ditarik balik berikutan syarikat itu didapati melanggar piawaian yang ditetapkan.

“Pengguna selama ini mempercayai produk Alagappa’s sebagai produk halal kini terpaksa mempertimbangkan semula pilihan mereka. Sijil pengesahan halal produk adalah penting dalam kehidupan sehari-hari umat Islam, dan pembatalan status halal oleh syarikat pengeluar rempah ini adalah satu pukulan besar terhadap kepercayaan pengguna,” katanya.

Nadzim berkata, restoran-restoran yang menggunakan produk-produk tiada sijil halal daripada Alagappa’s turut terkesan.

“Mereka (Jakim) kini perlu memastikan semula status halal mereka melalui pemeriksaan yang teliti oleh Jakim bagi memastikan kepatuhan terhadap piawaian halal yang ditetapkan.

“Apakah langkah yang akan diambil oleh Jakim selepas ini adalah penting bagi mengembalikan keyakinan pengguna Muslim terhadap status halal produk di pasaran.

“Kami berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan telus demi menjamin keselamatan serta kepercayaan umat Islam terhadap produk-produk halal di Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PPIM MAHU JAKIM PERJELAS PENARIKAN SEMULA STATUS HALAL REMPAH ALAGAPPA'S

https://malaysiagazette.com/2024/03/26/ppim-mahu-jakim-perjelas-penarikan-semula-status-halal-rempah-alagappas/

Tuesday, March 26, 2024

STATUS HALAL ALAGAPPAS: KESAN KEPADA PENGGUNA ISLAM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 26/03/2025

Kuala Lumpur: Keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan pihaknya telah menarik balik status halal syarikat pengeluar rempah Alagappas minggu lalu telah mencetuskan keresahan kepada pengguna khususnya pengguna Islam di Malaysia.

Status halal itu dilaporkan ditarik balik berikutan syarikat itu didapati melanggar piawaian yang ditetapkan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat bimbang tentang kesan status halal kepada restoran dan pengusaha industri makanan di Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata pembatalan status halal ini telah menimbulkan kebimbangan dan tekanan kepada pengguna Muslim di seluruh negara.

"Pengguna yang selama ini mempercayai produk Alagappas sebagai produk halal kini terpaksa mempertimbangkan semula pilihan mereka.

"Sijil pengesahan halal produk adalah penting dalam kehidupan sehari-hari umat Islam, dan pembatalan status halal oleh syarikat pengeluar rempah ini adalah satu pukulan besar terhadap kepercayaan pengguna," katanya.

Nadzim berkata, restoran-restoran yang menggunakan produk-produk tiada sijil halal daripada Alagappas turut terkesan.

Mereka kini perlu memastikan semula status halal mereka melalui pemeriksaan yang teliti oleh JAKIM bagi memastikan kepatuhan terhadap piawaian halal yang ditetapkan.

Dalam menghadapi situasi ini, Nadzim menegaskan JAKIM perlu memberi penjelasan lanjut mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh pihak mereka.

"Apakah langkah yang akan diambil oleh JAKIM selepas ini adalah penting bagi mengembalikan keyakinan pengguna Muslim terhadap status halal produk di pasaran.

"Kami berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan transparan demi menjamin keselamatan serta kepercayaan umat Islam terhadap produk-produk halal di Malaysia," katanya.

Monday, January 9, 2023

UPM SEDIA BEKERJASAMA DENGAN JAKIM - UTUSAN MALAYSIA - 09/01/2023

 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

UPM SEDIA BEKERJASAMA DENGAN JAKIM

HALAL: JAKIM PERLU DAPATKAN BANTUAN PAKAT TEKNOLOGI - UTUSAN MALAYSIA - 07/01/2023

 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

HALAL: JAKIM PERLU DAPATKAN BANTUAN PAKAT TEKNOLOGI 

JAKIM PERLU DAPATKAN BANTUAN PAKAR TEMPATAN BERKENAAN STATUS HALAL - UTUSAN MALAYSIA - 07/01/2023

 

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), digesa mendapatkan pakar berkaitan teknologi pengesahan halal daripada universiti tempatan dan tidak ambil mudah dakwaan dan status halal produk makanan terutamanya melibatkan makanan untuk kanak-kanak.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, agensi terbabit sebaiknya perlu mengkaji dengan lebih teliti dan mendalam tentang isu status halal bagi setiap produk makanan bagi mengelakkan kekeliruan di antara pengguna berlaku.

Katanya, jabatan itu harus sentiasa melakukan penambaihkan dari sudut keperluan pengguna kerana jika gagal dilaksanakan, ia boleh membawa kesan yang lebih buruk pada masa hadapan.

“Ini bukan kali pertama isu status halal dibangkitkan, sudah banyak kali berlaku, contohnya kita boleh lihat kes status halal Cadbury terdahulu, Jakim cakap lain, pihak lain kata sebaliknya pula, tetapi pada akhir¬nya yang jadi mangsa adalah pengguna.

“Cadangan saya, kita melantik mana-mana pakar dari universiti untuk membantu dalam melakukan ujian status halal secara terperinci, dan mereka sekaligus boleh beri input tambahan dalam mendapatkan status sah halal bagi setiap produk makanan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya terdapat empat produk makanan import dengan logo halal dari luar negara yang diiktiraf Jakim didakwa mempunyai gela¬tin babi.

Beliau juga berpendapat Jakim perlu mengubah prosedur pengesahan halal supaya mereka tidak hanya bergantung kepada satu jabatan sahaja jika keputusan halal yang dikeluarkan bertentangan.

“Bagi saya, Jakim perlu ubah prosedur mereka, kita perlu lindungi pengguna, dan nak dapatkan status halal ini bukan sesuatu yang mudah, jadi kita memerlukan kerjasama dengan badan tertentu untuk analisis jika setiap kandungan makanan terdapat Asid deoksiribonukleik (DNA) babi atau tidak.


“Sudah tiba masanya kita lantik pakar-pakar seperti saintis dan ahli kimia dari makmal swasta untuk membantu jika ada kes aduan melibatkan halal, kerana kes seperti ini sudah lama berlarutan dan kerap berulang, sampai apabila mahu berada dalam takuk yang lama,” katanya.

Ditanya jika Jakim perlu dirombak atau tidak, Nadzim menjelaskan ia lebih baik jika dilihat terlebih dahulu jika ada sebarang perubahan daripada Jakim berhubung isu ini.

“Saya sarankan sediakan satu pusat atau aplikasi bagi membolehkan pengguna mempunyai akses untuk menyemak atau membuat analisis kandungan makanan tertentu yang mereka ingin makan. Ini kadang kala, orang ramai pergi semak dan hantar pun, tidak terbuat analisis itu.

“Dengan adanya aplikasi itu, ia lebih mudah untuk mereka tahu apa yang boleh dimakan atau tidak selain boleh mengelakkan mereka daripada terambil makanan yang tidak boleh dimakan sebagai umat Islam,” katanya.

Sementara itu sebuah lagi NGO berharap supaya Jakim mengubah prosedur pengesahan halal iaitu tidak hanya bergantung kepada keputusan jabatan berautoriti semata-mata jika terdapat percanggahan berkaitan status halal sesuatu produk.

Presiden Pertubuhan Kema­syarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor berkata, perubahan prosedur perlu le­bih-lebih lagi terdapat aduan daripada makmal yang mempunyai kredibiliti dalam membuat semakan halal sekali gus mampu menyokong pengesahan setiap produk agar benar-benar bebas daripada unsur babi.

Beliau berkata, jika polisi sedemikian iaitu setiap semakan aduan kes hanya menerima keputusan analisis dari makmal jabatan kerajaan yang mengatasi semua hasil analisis makmal lain, maka polisi itu perlu diubah termasuk sekiranya terdapat dalam undang-undang atau akta berkaitan.

“Kita tahu jabatan berkenaan bukan hanya menyemak status halal produk tetapi menganalisis bermacam-macam kes se­perti forensik dan jenayah yang memerlukan ujian makmal. Jadi sudah tentu mereka mempu­nyai bebanan tugas.-UTUSAN

 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

Friday, February 14, 2020

5742) HALAL DIRAGUI - HARIAN METRO - 14/02/2020


Biskut, gula-gula dan ramen yang diragui status halal antara barangan dijadikan hidangan dan pemberian kepada tetamu di majlis perkahwinan, kenduri doa selamat dan akikah di negara ini.

Ia menjadi trend dengan sebahagian besarnya adalah produk buatan luar negara yang tiada perakuan halal seperti mana sepatutnya malah ada yang menggunakan perkataan asing sepenuhnya pada bungkusan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada masyarakat yang bimbang dengan lambakan produk tanpa diketahui sumber asal serta status halal.

Katanya, ia antara makanan ringan yang diberikan kepada tetamu sama ada dalam bentuk hidangan atau hadiah sempena sesuatu majlis yang semakin menjadi ikutan masyarakat Malaysia kebelakangan ini.

“Ini ancaman yang kita tidak sedar kerana pada kita, kalau setakat gula-gula dan makanan ringan mungkin tidak ada isu. Tetapi berapa ramai yang mengambil berat mengenai perkara ini.

“Kita dapati ada produk yang mempunyai logo Khidmat Kelayakan Halal, tetapi semakan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ia bukan badan perakuan halal yang sah,” katanya.

Nadzim berkata, lebih malang produk diragui status ini diedarkan pada majlis yang diadakan di masjid dan surau, sekali gus mencemarkan kesucian Islam tanpa disedari.

Menurutnya, sebahagian besarnya produk gula-gula yang menarik minat kanak-kanak terutama bungkusan mainan yang menjadi rebutan.


Artikel oleh: Harian Metro

HALAL DIRAGUI

Thursday, February 13, 2020

5741) INGATKAN HALAL, RUPANYA... - HARIAN METRO - 13/02/2020


BISKUT, gula-gula dan ramen yang diragui status halal antara barangan dijadikan hidangan dan pemberian kepada tetamu di majlis perkahwinan, kenduri doa selamat dan akikah di negara ini.
Ia menjadi trend dengan sebahagian besarnya adalah produk buatan luar negara yang tiada perakuan halal seperti mana sepatutnya, malah ada yang menggunakan perkataan asing sepenuhnya pada bungkusan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada masyarakat yang bimbang dengan lambakan produk tanpa diketahui sumber asal serta status halal.
Katanya, ia adalah antara makanan ringan yang diberikan kepada tetamu sama ada dalam bentuk hidangan atau hadiah sempena sesuatu majlis yang semakin menjadi ikutan masyarakat Malaysia kebelakangan ini.
“Ini adalah ancaman yang kita tidak sedar kerana pada kita, kalau setakat gula-gula dan makanan ringan mungkin tidak ada isu. Tetapi berapa ramai yang mengambil berat mengenai perkara ini.
“Kita dapati ada produk yang mempunyai logo Khidmat Kelayakan Halal, tetapi semakan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ia bukan badan perakuan halal yang sah,” katanya.
Nadzim berkata, lebih malang produk diragui status ini diedarkan pada majlis yang diadakan di masjid dan surau sekali gus mencemarkan kesucian Islam tanpa disedari.
Menurutnya, sebahagian besarnya adalah produk gula-gula yang menarik minat kanak-kanak terutama bungkusan mainan yang menjadi rebutan.
“Kebanyakannya adalah dari luar negara, kita bimbang umat Islam di negara ini makan makanan yang berkemungkinan tidak halal, ia akan memberi kesan kepada keseluruhan kehidupan.
“Bayangkan kalau dalam tempoh puluhan tahun kita terus menggunakan produk seperti ini, bagaimana dengan generasi akan datang?. Kita kena ingat, makanan akan jadi darah daging kita,” katanya.
Justeru, katanya, PPIM meminta JAKIM serta pihak berkuasa terbabit untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang kemasukan tanpa kawalan produk yang diragui status halal.

Artikel oleh: Harian Metro

INGATKAN HALAL, RUPANYA...


Monday, January 6, 2020

5629) 120 PENAPIS TAK HALAL [METROTV] - MY METRO - 05/01/2020



SEKURANG-KURANGNYA 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada di pasaran dan dijual pada harga murah berbanding penapis berjenama, menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran.
Ia dijual di pasaran tempatan sejak lebih sepuluh tahun lalu ketika teknologi penapisan air mula diperkenalkan bagi menapis pelbagai jenis bahan tercemar dan sisa toksik yang berbahaya dalam air seperti klorin, logam berat dan seumpamanya.
Mendedahkan perkara itu, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mahyeddin Mohd Salleh berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada penapis air menggunakan tulang haiwan yang dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air.
Katanya, kebanyakannya diimport dari negara luar yang tidak mempunyai pengesahan halal, dijual dengan harga lebih murah berbanding jenama terkenal menggunakan bahan semula jadi.

DR Mahyeddin. FOTO Zulfadhli Zulkifli.

“Kajian mendapati kebanyakan tulang haiwan dalam industri diperoleh dari sumber haram atau diragui status halalnya.
“Memang tulang haiwan menjadi pilihan utama kerana harganya lebih murah dan mudah didapati.
“Jenis tulang dan cara tulang diperoleh, termasuk disembelih secara betul atau tidak itu diragui dan kebanyakan karbon aktif daripada tulang haiwan dihasilkan dari China.
“Jadi kita minta pengguna berhati-hati atau merujuk terlebih dulu dengan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya kepada Metro Ahad.
Dr Mahyeddin berkata, memandangkan sistem penapis air digunakan secara berskala besar untuk tujuan industri dan rumah adalah penting untuk pengguna khususnya umat Islam memastikan produk digunakan patuh syariah.
Katanya, antara bahan dari sumber semula jadi seperti cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan tilapia boleh menggantikan tulang haiwan yang digunakan dalam industri penapis air dan ia disahkan halal.

ELEMEN tipikal dalam penapis air komersial.

“Bagaimanapun, ia lebih mahal daripada tulang haiwan kerana lebih sukar didapati sekali gus mendorong perbezaan harga ketara bagi produk penapis air ini.
“Sejak beberapa tahun lalu, pasaran produk penapis air meningkat dan negara kita juga tidak terkecuali.
“Kami bimbang penggunaan tulang haiwan menimbulkan persoalan dari sudut hukum.
“Berdasarkan kajian, kebanyakan bahan penapis air di Malaysia diimport terutama dari China dan Taiwan, menyebabkan kebarangkalian tinggi untuk tulang diambil daripada sumber haram atau syubhah.
“Penentuan hukum juga membabitkan aplikasi ‘istihalah’, memandangkan tulang yang digunakan dalam produk penapis air bukan lagi dalam bentuk asal, sebaliknya telah berubah ke bentuk arang dan bio seramik melalui proses pembakaran pada suhu tinggi.
“Justeru saya nasihatkan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati membeli produk penapis air yang semakin mendapat tempat kebelakangan ini.
“Buat rujukan terlebih dulu bagi memastikan barangan yang dibeli itu daripada sumber yang halal,” katanya.

KARBON aktif digunakan secara meluas dalam pembuatan elemen penapisan.

GESA PENGELUAR MOHON SPHM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pengeluar penapis air di negara ini tampil memohon Sijil Pengesahan Halal (SPHM) Malaysia bagi memastikan pengguna dapat menggunakan produk tanpa sebarang keraguan.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, hal itu perlu memandangkan permintaan terhadap penapis air sama ada yang digunakan di luar atau di dalam rumah semakin meningkat dan ia tidak boleh lari daripada aspek pengesahan halal.
Katanya, perkara itu seakan terlepas pandang kerana masyarakat selama ini memandang remeh isu penggunaan air bertapis di rumah kerana lebih memberi fokus kepada penyediaan makanan halal di restoran.

KETUA Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Paduka Nadzim Johan. FOTO Supian Ahmad

“Ini isu yang penting. Jumlah 120 jenama ini juga sangat tinggi dan kita difahamkan ada lima syarikat pengeluar produk ini di Malaysia.
“Kita tidak tahu apakah produk mereka sudah mendapatkan pensijilan halal seperti ditetapkan.
“PPIM juga berharap agar pengeluar dapat memastikan karbon aktif ini bukan diperbuat daripada tulang haiwan, sebaliknya bahan-bahan lain yang boleh dijadikan alternatif. Apapun, pengguna perlu dimaklumkan.
“Setakat ini kita menerima aduan tidak rasmi daripada orang awam. Tidak banyak forum membincangkan perkara ini, kalau ada pun, hanya bahan ilmiah daripada penyelidik dan ahli akademik,” katanya.
Nadzim berkata, pihaknya juga akan menggerakkan kempen kepada ahli agar lebih berhati-hati membeli apa juga produk terutama yang diimport dari luar negara bagi memastikan ia menepati piawaian halal ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
RAMUAN HAIWAN WAJIB DIPERIKSA
Berdasarkan pemeriksaan lapangan yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain), ada penemuan penapis air yang mengandungi bahan dari sumber haiwan seperti tulang dan lemak.
Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim Bukhari Md Akhir berkata, bagaimanapun, masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kesimpulan secara menyeluruh komponen yang terkandung dalam penapis air adalah daripada sumber bahan tidak halal.
Katanya, ini kerana di dalam pensijilan halal, segala sumber bahan mentah atau ramuan yang berasaskan haiwan adalah kritikal serta status kehalalannya wajib diperiksa dan disahkan pihak berautoriti sebelum digunakan mana-mana pemegang atau pemohon SPHM.
Menurutnya, syarat berkenaan adalah antara keperluan umum yang perlu dipenuhi pemohon SPHM untuk pelbagai skim yang ditawarkan dalam pensijilan halal Malaysia.


PENGARAH Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Bukhari Md Akhir di Kompleks Islam Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

“Pemeriksaan halal oleh Jakim dan Jain bukan sekadar secara dokumentasi semata-mata bahkan membabitkan pemeriksaan secara lapangan iaitu keberkesanan Sistem Jaminan Halal yang diamalkan syarikat terutama kepada premis makanan berangkai yang banyak menggunakan fasiliti penapis air.
“Penemuan penapis air mengandungi komponen haiwan akan menyebabkan permohonan SPHM dikenakan ketidakakuran pihak Jakim dan Jain hinggalah unsur meragukan itu dihindarkan penggunaannya dari premis atau produk yang mahu dipersijilkan halal.
“Situasi ini menjadi lebih rumit apabila ia membabitkan jumlah rangkaian yang banyak, masa yang lama untuk menggantikan penapis air yang mematuhi hukum syarak, kos dan komitmen tinggi daripada pemohon SPHM,” katanya.
Bukhari berkata, kerumitan itu mampu diatasi lebih awal jika pasukan Jawatankuasa Halal Dalaman mempunyai tahap ketelitian yang tinggi sebelum menghantar permohonan ke Jakim dan Jain.
“Sewajarnya, penilaian yang lebih mendalam terhadap semua aspek pemprosesan produk dan perkhidmatan halal diperhalusi sebaik mungkin dan dibincangkan secara serius sebelum pemasangan fasiliti membabitkannya dilakukan.
“Demi merancakkan lagi pertumbuhan bilangan pemegang SPHM dan kelestariannya, jabatan bersikap terbuka terhadap pelbagai bentuk perbincangan dengan industri yang menghadapi banyak kekangan untuk memenuhi syarat pensijilan demi kebaikan ummah sejagat,” katanya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut barang gunaan yang sudah dipersijilkan halal, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. dan semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi Verify Halal.

Artikel oleh: My Metro


120 PENAPIS TAK HALAL [METROTV]

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/532140/120-penapis-tak-halal-metrotv

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL