Friday, February 14, 2020

5742) HALAL DIRAGUI - HARIAN METRO - 14/02/2020


Biskut, gula-gula dan ramen yang diragui status halal antara barangan dijadikan hidangan dan pemberian kepada tetamu di majlis perkahwinan, kenduri doa selamat dan akikah di negara ini.

Ia menjadi trend dengan sebahagian besarnya adalah produk buatan luar negara yang tiada perakuan halal seperti mana sepatutnya malah ada yang menggunakan perkataan asing sepenuhnya pada bungkusan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada masyarakat yang bimbang dengan lambakan produk tanpa diketahui sumber asal serta status halal.

Katanya, ia antara makanan ringan yang diberikan kepada tetamu sama ada dalam bentuk hidangan atau hadiah sempena sesuatu majlis yang semakin menjadi ikutan masyarakat Malaysia kebelakangan ini.

“Ini ancaman yang kita tidak sedar kerana pada kita, kalau setakat gula-gula dan makanan ringan mungkin tidak ada isu. Tetapi berapa ramai yang mengambil berat mengenai perkara ini.

“Kita dapati ada produk yang mempunyai logo Khidmat Kelayakan Halal, tetapi semakan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ia bukan badan perakuan halal yang sah,” katanya.

Nadzim berkata, lebih malang produk diragui status ini diedarkan pada majlis yang diadakan di masjid dan surau, sekali gus mencemarkan kesucian Islam tanpa disedari.

Menurutnya, sebahagian besarnya produk gula-gula yang menarik minat kanak-kanak terutama bungkusan mainan yang menjadi rebutan.


Artikel oleh: Harian Metro

HALAL DIRAGUI

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL