5767) PPIM PANAS! PERGOLAKAN POLITIK SEMASA MEMBIMBANGKAN. LIVE! SIDANG MEDIA PEMIMPIN- PEMIMPIN NGO MELAYU - PPIM - 28/02/2020
Dewan Professional Bumiputera Malaysia (DPBM) berkesempatan mendapat maklumat secara terus daripada pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tentang kehilangan majoriti parlimen yang dihadapi oleh Kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini yang membawa kepada kemelut pembubaran kabinet oleh SPB Yang Dipertuan Agong serta pembentukan kerajaan baharu.
Situasi semasa ini adalah amat kritikal untuk difahami oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera. DPBM berhasrat untuk mengambil tiga tindakan berikut :-
1. Membentuk Majlis Bertindak Konsensus Nasional (KONSENSUS)
2. Membincangkan agenda khusus kunjungan hormat bertemu YAB Perdana Menteri untuk mendapat pedoman halatuju pergerakan badan-badan akar umbi Melayu.
3. Mengadakan sidang media berkaitan pendirian KONSENSUS yang menyentuh isu-isu semasa.
(Sumber)
DEWAN PROFESIONAL BUMIPUTERA MALAYSIA (DPBM)
No comments:
Post a Comment