Showing posts with label SALAH GUNA KUASA. Show all posts
Showing posts with label SALAH GUNA KUASA. Show all posts

Tuesday, November 29, 2022

PPIM GESA KERAJAAN TUBUH RCI SIASAT PEMBELIAN VAKSIN - ASTRO AWANI - 26/11/2022

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam pembelian vaksin COVID-19.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan untuk menangani pandemik itu yang secara keseluruhan mencecah RM600 bilion dan disifatkan sebagai sangat besar.

“Kita lihat ini adalah satu angka yang cukup besar dan kita harap menarik perhatian kerajaan. Saya minta Datuk Seri Anwar Ibrahim tolong tengok kes ini kerana ia melibatkan duit yang terlalu banyak dan ada salah laku yang kita nampak.

“Jadi kita harap RCI dapat ditubuhkan untuk menyiasat kesalahan-kesalahan atau kelemahan-kelemahan ini supaya ia tidak berlaku lagi kerana RM600 bilion, ia adalah angka yang sangat besar.

“Kita serahkan kepada kerajaan baharu ini (untuk tubuhkan RCI) supaya beri keyakinan semula kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 2021 dilapor berkata, kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat COVID-19.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Nadzim berulang kali mengingatkan kerajaan agar tidak ‘tutup mata’, sebaliknya perlu memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar.

“Kerajaan Pusat yang baharu haruslah serius mengembalikan kestabilan dan membanteras salah laku pemimpin.

“Jika tidak, tiada bezanya pemimpin kini dan yang sebelumnya,” ujarnya.


Artikel oleh: Astro Awani

PPIM GESA KERAJAAN TUBUH RCI SIASAT PEMBELIAN VAKSIN

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-gesa-kerajaan-tubuh-rci-siasat-pembelian-vaksin-393815

PPIM GESA TUBUH RCI SALAH GUNA PEMBELIAN VAKSIN - MEDIA VARIASI - 26/11/2022

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terus memperjuangkan nasib mangsa vaksin COVID-19, dan terbaharu menggesa kerajaan baharu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan dakwaan salah guna pembelian dos berkenaan.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan mendakwa, pihaknya menerima beberapa aduan tidak munasabah berhubung angka perbelanjaan dalam menangani wabak COVID-19, baru-baru ini.

Dakwanya, aduan terbabit disertakan dengan fakta yang perlu dikaji malah disiasat kerana jumlah perbelanjaan yang dikenal pasti sangat besar.

“Negara bukanlah kaya sangat dan rakyat menderita, apa pemimpin buat sehingga ada dakwaan salah laku seperti ini. Kami harap rakyat Malaysia dapat bersama dalam usaha ini,” katanya pada sidang media, di sini.

Nadzim, kerajaan tidak seharusnya ‘tutup mata’ dan perlu memandang perkara itu lebih serius.

“Kerajaan pusat yang baharu haruslah serius mengembalikan kestabilan dan membanteras salah laku pemimpin. Jika tidak, tiada bezanya pemimpin kini dan yang sebelumnya,” katanya.

Pakar Perunding Histopatologi dan Ahli Statistik, Dr Manimalar Selvi Naicker pula berkata, kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu melantik Menteri Kesihatan daripada kalangan pengamal perubatan.

Katanya, ubat merupakan sains kompleks yang tidak mudah difahami oleh mereka yang tiada latar belakang dan ijazah perubatan.

Katanya, Menteri Kesihatan yang baharu perlu mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun dan sekiranya tiada Ahli Parlimen yang layak, kerajaan dicadangkan melantik seorang Senator dalam kalangan pakar perubatan.


Artikel oleh: Media Variasi

PPIM GESA TUBUH RCI SALAH GUNA PEMBELIAN VAKSIN

https://mediavariasi.com/2022/11/ppim-gesa-tubuh-rci-salah-guna-pembelian-vaksin/

PPIM GESA SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 - ISMAWEB - 26/11/2022

BANGI, 1 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID-19 yang didakwa didalangi tampuk kepemimpinan pentadbiran terdahulu.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan yang berlaku sejak musim kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula.

Katanya, banyak salah laku bekas pemimpin negara yang telah didedahkan pihak kawan dan lawan antaranya dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID-19 bernilai puluhan bilion ringgit.

Nadzim berkata, pihaknya menerima aduan yang dikatakan tidak masuk akal berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan untuk menangani isu COVID-19 baru-baru ini.

“Aduan yang diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat secara serius kerana ianya melibatkan jumlah yang sangat besar,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Nadzim menegaskan, jika Kerajaan Pusat yang baharu serius mengembalikan kestabilan dan membanteras salah laku pemimpin, mereka harus menyiasat dakwaan ini.

“Jika tidak, tiada bezanya pemimpin kini dan yang sebelumnya,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GESA SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEMBELIAN VAKSIN COVID-19

https://ismaweb.net/2022/11/26/ppim-gesa-siasat-dakwaan-salah-guna-kuasa-pembelian-vaksin-covid-19/

Saturday, November 26, 2022

TUBUH RCI SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 - BERITA HARIAN - 26/11/2022

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID-19 yang dikatakan didalangi tampuk kepemimpinan pentadbiran terdahulu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai berhubung isu perbelanjaan pengurusan COVID-19 yang dikatakan membabitkan puluhan bilion ringgit.

Beliau menegaskan, isu terbabit akan diketengahkan supaya mendapat perhatian pihak berwajib terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi kerana ia suatu perkara yang tidak masuk akal. Kami nak bawa perkara ini secara rasmi.

"Aduan diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat secara serius kerana ia membabitkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

"Negara bukanlah kaya sangat dan rakyat menderita...apa pemimpin buat sehingga ada dakwaan salah laku seperti ini. Kami harap rakyat Malaysia juga dapat bersama dalam usaha ini," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu Penasihat PPIM, Datuk Seri Asri Yusoff dan Pakar Perunding Histopatologi dan Ahli Statistik, Dr Manimalar Selvi Naicker, selain Peguam C R Selva dan Pengerusi Valued Partners, Michael Chow.

Sementara itu, Dr Manimalar menggesa kerajaan baharu memandang serius pelantikan Menteri Kesihatan selepas ini.

Beliau berkata, jawatan itu seharusnya digalas individu yang mempunyai latar belakang khusus dalam bidang perubatan, selain mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun.

"Kami mahu Menteri Kesihatan selepas ini dilantik dalam kalangan pengamal perubatan. Ini kerana, bidang perubatan adalah perkara kompleks dan tidak mudah difahami dan sangat sukar kepada mereka yang bukan dalam kalangan doktor untuk faham perkara teknikal dalam bidang ini," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata sekiranya tiada ahli Parlimen berkelayakan, kerajaan perlu melantik seorang senator dalam kalangan pakar perubatan.


Artikel oleh: Berita Harian

TUBUH RCI SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEMBELIAN VAKSIN COVID-19

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1031842/tubuh-rci-siasat-dakwaan-salah-guna-kuasa-pembelian-vaksin-covid-19

Monday, October 18, 2021

5988) KJ JANGAN SALAH GUNA KUASA - PPIM - SUMBERKINI - 17/10/2021

 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menegaskan bahawa kerajaan khususnya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar seharusnya mencari inisiatif yang bersesuaian dan tidak salah guna kuasa dalam menangani isu anti vaksin di negara ini.


Sumber: Sumberkini

KJ JANGAN SALAH GUNA KUASA - PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=mRQ8TtMeMdk

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL