Tuesday, November 29, 2022

PPIM GESA SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 - ISMAWEB - 26/11/2022

BANGI, 1 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID-19 yang didakwa didalangi tampuk kepemimpinan pentadbiran terdahulu.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan yang berlaku sejak musim kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula.

Katanya, banyak salah laku bekas pemimpin negara yang telah didedahkan pihak kawan dan lawan antaranya dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID-19 bernilai puluhan bilion ringgit.

Nadzim berkata, pihaknya menerima aduan yang dikatakan tidak masuk akal berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan untuk menangani isu COVID-19 baru-baru ini.

“Aduan yang diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat secara serius kerana ianya melibatkan jumlah yang sangat besar,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Nadzim menegaskan, jika Kerajaan Pusat yang baharu serius mengembalikan kestabilan dan membanteras salah laku pemimpin, mereka harus menyiasat dakwaan ini.

“Jika tidak, tiada bezanya pemimpin kini dan yang sebelumnya,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GESA SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEMBELIAN VAKSIN COVID-19

https://ismaweb.net/2022/11/26/ppim-gesa-siasat-dakwaan-salah-guna-kuasa-pembelian-vaksin-covid-19/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL