Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sambut baik langkah penjimatan awal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta saranan beliau supaya anggota kabinet tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu dan keperluan peribadi.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, apabila penjimatan dalam bentuk kemudahan pejabat dilakukan, anggota Kabinet boleh fokus kepada pembangunan negara dan membantu menyelesaikan masalah rakyat.
"Satu perkara yang perlu difahami oleh mereka dan rakyat secara umumnya, semua pejabat jabatan kerajaan atau kementerian di Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah ada kemudahan yang mencukupi untuk mereka mula bekerja, ini termasuk segala kemudahan perabot. Masuk pejabat boleh terus mula kerja," katanya kepada Berita Harian, hari ini.
eliau berkata, Cuepacs yakin langkah pertama ini satu keputusan tepat dan perlu diutamakan ketika ini kerana rakyat dimomokkan dengan kos sara hidup yang bakal meningkat menjelang 2023.
Berkongsi pendapat yang sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut berpendapat Perdana Menteri membuat langkah masuk akal dan paling diperlukan oleh rakyat kini.
"Apa yang pentingnya kita perlu bangunkan semula negara. PPIM akan menghantar surat terbuka kepada PM untuk menyatakan sokongan PPIM terhadap apa yang dilakukan beliau kini," katanya.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, subsidi minyak yang menelan belanja puluhan bilion ringgit perlu ditangani segera dan langkah penjimatan di peringkat kepimpinan negara adalah langkah baik dan rakyat perlu mengikuti contoh kepimpinan yang bagus.
"Pemimpin harus tegas, menunjukkan contoh yang baik. Perubahan itu datang dari atas. Perkara kecil seperti menukar permaidani dan sebagainya, nampak kecil tetapi impaknya besar," katanya.
Dalam pada itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah penjimatan Ahli Parlimen tidak hanya terhenti di peringkat pengubahsuaian pejabat.
"Ketika saya masuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, saya kurangkan perbelanjaan makanan dalam pejabat ketika mesyuarat. Melalui Ketua Setiausaha kementerian, saya memberitahu saya tak mahu lihat lagi pembaziran makanan seperti itu.
"Mulakan langkah penjimatan di pejabat menteri dahulu, dan pengubahsuaian tidak ada keperluan. Saya sendiri tidak ada buat ubah suai, elakkan membazir," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
LANGKAH PENJIMATAN ANWAR DISAMBUT BAIK
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909126/langkah-penjimatan-anwar-disambut-baik
No comments:
Post a Comment