Saturday, November 26, 2022

SIASAT DAKWAAN SALAHGUNA KUASA DALAM PEMBELIAN VAKSIN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 26/11/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius dakwaan yang berlaku sejak musim kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula banyak salahlaku bekas pemimpin negara yang telah didedahkan pihak kawan dan lawan.

Antara yang menarik perhatian kami di PPIM ialah dakwaan salahguna pembelian vaksin Covid-19 bernilai puluhan bilion ringgit.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, pihaknya telah menerima beberapa aduan yang tak masuk akal berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan untuk menangani isu Covid-19 baru-baru ini.

"Aduan yang diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat secara serius kerana ianya melibatkan jumlah yang sangat besar," katanya.

PPIM bersama beberapa NGO lain mendesak kerajaan pusat yang baharu untuk menyiasat perkara ini dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tujuan tersebut.

Sesungguhnya kestabilan dan kemakmuran dalam negara mampu dicapai jika pemimpin negara bersifat jujur dan amanah dalam urusan mereka.

Tambah Nadzim, bagaimana pihak kerajaan boleh "tutup mata" atau tidak menghiraukan mengenai perkara tersebut.

"Negara kita bukanlah kaya sangat, rakyat menderita, apa pemimpin buat sehingga ada dakwaan salahlaku melibatkan jumlah yang banyak!" katanya.

Nadzim berkata jika kerajaan pusat yang baharu serius mengembalikan kestabilan dan membanteras salahlaku pemimpin, mereka harus menyiasat dakwaan ini. Jika tidak, tiada bezanya pemimpin kini dan yang sebelumnya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL