Showing posts with label HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN. Show all posts
Showing posts with label HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN. Show all posts

Wednesday, March 6, 2024

300 PESERTA HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN MULA BERARAK - UTUSAN MALAYSIA - 02/03/2024

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 orang mula berkumpul di pekarangan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin. 

Kesemua peserta Himpunan Mega Demi Palestin dianjurkan Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji pada pukul 1.30 petang. 

Turut kelihatan beberapa aktivis dan pemimpin politik antaranya Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Chua Tian Chang, Hishamuddin Rais serta Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Peserta Himpunan Mega Demi Palestin dijangka mula berarak pada pukul 2.20 petang ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ke beberapa lokasi antaranya KLCC seterusnya ke Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka seterusnya check point terakhir di Padang Merbok.

Pada 28 Februari lalu, media melaporkan polis Wangsa Maju menafikan kelulusan permit untuk mengadakan Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin seperti dimaklumkan SSP. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

300 PESERTA HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN MULA BERARAK

https://www.utusan.com.my/berita/2024/03/300-peserta-himpunan-mega-demi-palestin-mula-berarak/

Monday, March 4, 2024

HENTIKAN GENOSID DI PALAESTIN, SELAMATKAN NYAWA MEREKA YANG TIDAK BERDOSA - HARAPAN DAILY - 02/03/2024

 


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan Himpunan Mega Demi Palestin yang diadakan di ibu kota, hari ini berjalan lancar dengan penglibatan lebih 1,000 peserta.


Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang berhak untuk kembali ke tanah air mereka itu adalah dari pelbagai latar kaum dan agama.

“Ini selaras dengan pendirian kerajaan yang menyokong perjuangan pembebasan rakyat Palestin.

“Perang yang berlaku ini harus dihentikan serta-merta bagi menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa.



“Saya menyeru semua rakyat untuk terus berdoa kepada Allah supaya rakyat Palestin sentiasa dipelihara, diberikan kekuatan dan kekal bersemangat tinggi demi kemerdekaan Palestin.


‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’!” katanya menerusi Facebook rasmi beliau.

Himpunan Mega Demi Palestin menyaksikan lebih 1,000 peserta Himpunan berarak sejauh lebih lima kilometer dari Menara TH di Jalan Razak hingga ke Padang Merbok.

Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama berarak mulai jam 2.20 petang sambil membawa plakad serta bendera Palestin.

Mereka turut melaungkan kata-kata ‘Free Palestin’, Hancur Zionis dan Bangsat USA diiringi paluan dram bagi menyatakan solidariti terhadap Gaza.

Perarakan turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; wakil Freedom Flotilla Coalition, Dr Fauziah Mohd Hasan; penyelidik Palestine Centre of Excellence, Khalid Jimat serta Presiden Sejagat, Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan.

Solidariti terhadap Palestin juga ditunjukkan oleh pimpinan dah ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM); bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; aktivis sosial, Hishamuddin Rais dan Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Kehadiran anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menarik perhatian.

Artikel oleh: Harapan Daily

HENTIKAN GENOSID DI PALAESTIN, SELAMATKAN NYAWA MEREKA YANG TIDAK BERDOSA

https://harapandaily.com/2024/03/02/hentikan-genosid-di-palestin-selamatkan-nyawa-mereka-yang-tidak-berdosa/

HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN DESAK GENCATAN SENJATA SEGERA - SUMBERKINI - 02/03/2024

 

KUALA LUMPUR: Himpunan Mega Demi Palestin berlangsung dalam keadaan aman hari ini.

Kesemua peserta anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji pada jam 1.30 petang dengan bacaan doa dimulakan ketika peserta berkumpul sambil memegang plakad dan menunggu acara bermula.

Demonstrasi himpunan mega demi Palestin ini bermula di Menara Tabung Haji dan kemudian peserta berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi ‘Serahan Memorandum Bantahan’ dan ‘Teguran Tegas’.

Check point pertama di bangunan Kedutaan Amerika Syarikat sebelum ke KLCC seterusnya ke Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka seterusnya check point terakhir di Padang Merbok.

Himpunan dan perarakan ini turut disertai beberapa aktivis dan pemimpin politik antaranya Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tian Chua, Hishamuddin Rais serta Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Artikel oleh: Sumberkini

HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN DESAK GENCATAN SENJATA SEGERA

https://sumberkini.my/himpunan-mega-demi-palestin-desak-gencatan-senjata-segera/

HIMPUNAN MEGA RAKYAT PAMER SOLIDARITI DEMI PALESTIN - BULETIN TV3 - 02/03/2024

 

KUALA LUMPUR: Lebih 300 orang berkumpul di pekarangan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak di ibu negara bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Kesemua peserta Himpunan Mega Demi Palestin dianjurkan Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji pada pukul 1.30 petang.

Bacaan doa berkumandang menerusi pembesar suara ketika peserta berkumpul sambil memegang plakad dan menunggu acara bermula.

Demonstrasi himpunan mega demi Palestin ini bermula di Menara Tabung Haji dan kemudian peserta berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi ‘Serahan Memorandum Bantahan’ dan ‘Teguran Tegas’.

Check point pertama di bangunan Kedutaan Amerika Syarikat sebelum ke KLCC seterusnya ke Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka seterusnya check point terakhir di Padang Merbok.

Himpunan dan perarakan ini turut disertai beberapa aktivis dan pemimpin politik antaranya Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tian Chua, Hishamuddin Rais serta Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Artikel oleh: Buletin TV3

HIMPUNAN MEGA RAKYAT PAMER SOLIDARITI DEMI PALESTIN

https://www.buletintv3.my/nasional/himpunan-mega-rakyat-pamer-solidariti-demi-palestin/

[LANGSUNG] HIMPUNAN MEGA RAKYAT DEMI PALESTIN | 2 MAC 2024 - ASTRO AWANI - 02/03/2024

 

Himpunan Mega Rakyat Demi Palestin di Tabung Haji - Padang Merbok, Kuala Lumpur. 

#AWANInews #IsraelCuak 

Sumber: Astro Awani

[LANGSUNG] HIMPUNAN MEGA RAKYAT DEMI PALESTIN | 2 MAC 2024

https://www.youtube.com/watch?v=-bDEBcD_bjE

1,000 BERKUMPUL DI PADANG MERBUK, SOLIDARITI DEMI PALESTIN - HARIAN METRO - 02/03/2024

 

Kuala Lumpur: Kira-kira 1,000 individu berkumpul di Padang Merbuk, di sini, bagi menyatakan solidariti dalam Himpunan Mega Demi Palestin, hari ini.

Antara individu yang hadir ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Turut kelihatan beberapa aktivis dan pemimpin politik termasuk Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Terdahulu, kira-kira 300 peserta himpunan berkumpul di perkarangan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, di sini, bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin jam 1.30 tengah hari.

Peserta Himpunan Mega Demi Palestin mula berarak jam 2.20 petang ke Kedutaan Amerika Syarikat sebelum ke beberapa lokasi termasuk Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo dan Dataran Merdeka.

Perjalanan berarak sejauh kira-kira enam kilometer yang ditempuh peserta kemudian berakhir di Padang Merbuk sebagai lokasi terakhir himpunan berkenaan.

Dianggarkan kira-kira 20 individu memberi ucapan di Padang Merbuk membabitkan ahli politik, aktivis dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Peserta kemudian bersurai kira-kira jam 6 petang dan tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang himpunan berkenaan berlangsung.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, himpunan itu berjalan baik dan lancar tanpa ada sebarang insiden berlaku.

"Kita anggarkan hampir 1,000 orang hadir himpunan ini dan polis menempatkan keanggotaan secukupnya bagi memastikan himpunan itu berlangsung secara aman," katanya.

Pada 28 Februari lalu, media melaporkan Polis Wangsa Maju menafikan kelulusan permit dikeluarkan berhubung Himpunan Mega Rakyat Demi Palestin seperti dimaklumkan penganjur, Sekretariat Solidariti Palestin (SPP).

Artikel oleh: Harian Metro

1,000 BERKUMPUL DI PADANG MERBUK, SOLIDARITI DEMI PALESTIN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1066128/1000-berkumpul-di-padang-merbuk-solidariti-demi-palestin

PESERTA HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN BERARAK KE PADANG MERBOK - MALAYSIA GAZETTE - 02/03/2024

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 350 peserta Himpunan Mega Demi Palestin berarak dari Menara Tabung Haji ke Padang Merbok.

Himpunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mula berkumpul seawal 1.30 petang sebelum mula bergerak sejauh lebih kurang 5 kilometer (km).

Peserta himpunan itu akan melalui Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kemudian begerak ke Pusat Convention Kuala Lumpur (KLCC),  Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka dan berakhir di Padang Merbok.

Kelihatan jurucakap SSP dan aktivis sosial, Tian Chua , Hishamuddin Rais serta Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyertai perhimpunan tersebut.

Himpunan dan perarakan tersebut diadakan bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan ketegasan rakyat Malaysia mengecam kekejaman rejim zionis Israel. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PESERTA HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN BERARAK KE PADANG MERBOK

https://malaysiagazette.com/2024/03/02/peserta-himpunan-mega-demi-palestin-berarak-ke-padang-merbok/

AKTIVITI | HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN - PPIM - 02/03/2024

2 Mac 2024 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi menghadiri Himpunan Mega Demi Palestin anjuran bersama MAPIM di perkarangan bangunan Menara Tabung Haji (TH) bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin. 

Perarakan bermula pada jam 2.00 petang, melalui beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, termasuk Kedutaan Amerika Syarikat, KLCC, Dataran Merdeka dan berakhir di Padang Merbok. 

Turut bersama dalam himpunan/perarakan ini beberapa aktivis NGO dan pemimpin politik serta rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama bagi menyuarakan/menyatakan sokongan dan kebimbangan mereka terhadap nasib rakyat Palestin.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL