PENGUMUMAN hasil siasatan rasmi berkenaan insiden letupan paip gas di Putra Heights mengecewakan ramai pihak. Lebih menjengkelkan ialah bagaimana pengumuman tersebut meletakkan punca kejadian terhadap pergerakan tanah, seolah-olah masalah ini berlaku secara semula jadi tanpa sebarang kaitan dengan pembangunan manusia.
Tuesday, August 5, 2025
TRAGEDI PUTRA HEIGHTS: HENTI SALAHKAN 'TANAH' SEMATA-MATA - UTUSAN MALAYSIA - 05/08/2025
PENGUMUMAN hasil siasatan rasmi berkenaan insiden letupan paip gas di Putra Heights mengecewakan ramai pihak. Lebih menjengkelkan ialah bagaimana pengumuman tersebut meletakkan punca kejadian terhadap pergerakan tanah, seolah-olah masalah ini berlaku secara semula jadi tanpa sebarang kaitan dengan pembangunan manusia.
'JANGAN SALAHKAN TANAH SEMATA-MATA' - ISU SEBENAR ADALAH PERANCANGAN, TRANSPARENSI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA - ASTRO AWANI - 01/08/2025
PENGUMUMAN hasil siasatan rasmi berkenaan insiden letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini amat mengecewakan bagi ramai pihak. Lebih menjengkelkan ialah bagaimana pengumuman tersebut meletakkan punca kejadian kepada pergerakan tanah, seolah-olah masalah ini berlaku secara semula jadi tanpa sebarang kaitan dengan pembangunan manusia. Tiada penerangan lanjut tentang apa yang menyebabkan tanah itu bergerak. Tiada analisis yang dikongsikan secara mendalam tentang faktor-faktor sekeliling. Dan tiada kebertanggungjawaban konkrit daripada pihak-pihak yang terlibat.
Bagi penduduk yang terkesan, yang telah melalui saat-saat ngeri dan kehilangan tempat tinggal, adalah wajar mereka menuntut penjelasan – bukan sahaja mengenai apa yang berlaku, tetapi juga siapa yang akan bertanggungjawab untuk memulihkan semula kehidupan mereka. Namun, di sebalik pelbagai reaksi terhadap cara siasatan itu diumumkan dan soalan-soalan yang tidak dijawab berkenaan kerja-kerja di sekitar kawasan paip gas, beberapa isu penting nampaknya terus disisihkan dari perbincangan umum.
Antara yang paling membimbangkan ialah bagaimana pembangunan boleh diluluskan dengan begitu hampir kepada kawasan infrastruktur kritikal seperti paip gas, pencawang atau menara elektrik, lebuhraya bertingkat atau landasan LRT . Apakah pertimbangan keselamatan telah diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan? Apakah pemaju telah membuat analisis impak jangka panjang? Atau adakah semua proses ini hanya bersandarkan kelulusan teknikal tanpa melihat kepada risiko sebenar terhadap komuniti sekeliling?
Lebih mengecewakan, ramai pembeli rumah mendakwa mereka tidak dimaklumkan langsung tentang kewujudan paip gas ini semasa proses jual beli. Ini bukan perkara remeh. Ini adalah soal hak. Pembeli berhak tahu jika hartanah yang mereka beli terletak bersebelahan dengan infrastruktur berisiko tinggi. Jika perkara asas seperti ini pun tidak didedahkan, bagaimana mereka boleh membuat keputusan yang bijak sebagai pengguna?
Selain itu, timbul pula isu pelaksanaan kerja-kerja pemulihan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan rancangan untuk membina semula rumah-rumah yang musnah dengan dana kerajaan dan sumbangan daripada pemilik infrastruktur berkenaan. Namun, sudah berbulan-bulan berlalu dan kerja-kerja masih belum berjalan lancar, khususnya di Taman Putra Harmoni. Beberapa kenalan saya yang tinggal di kawasan tersebut meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan yang masih tidak menentu. Mereka masih tidak tahu apakah langkah seterusnya, dan komunikasi efektif dengan pihak bertanggungjawab hampir tidak wujud.
Apa yang lebih menghairankan, kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pemulihan ini merupakan kontraktor yang dilantik oleh pemaju asal – iaitu pihak yang sama yang didakwa gagal memaklumkan tentang kehadiran paip gas sejak awal lagi. Dan kini, pihak pemaju berkenaan telah diberi mandat oleh KPKT, untuk membina semula rumah-rumah mangsa dengan dana yang disebutkan tadi. Malah, ada penduduk yang mengalami kerosakan sepenuhnya kepada rumah mereka, juga mendakwa ada di antara mereka yang dimaklumkan bahawa cuma kerja-kerja pembaikan akan dijalankan ke atas rumah mereka berbanding ‘pembinaan semula’ seperti yang diyatakan sebelum ini – walaupun struktur rumah mereka sudah jelas musnah.
Ada juga mangsa yang dimaklumkan oleh kontraktor bahawa pendawaian elektrik dalam rumah mereka tidak termasuk dalam skop kerja, dan ada yang dimaklumkan bahawa paip air di dalam rumah akan dipasang secara luaran, di atas lantai – bukan di bawah seperti biasa.
Jubin lantai tidak akan dipasang, dan lantai hanya akan disimen dan dicat. Bumbung rumah yang rosak hampir separuh pula hanya akan dibaiki secara separa. Semua ini bukan sahaja menjengkelkan, malah menjatuhkan maruah dan hak mangsa. Lebih menyedihkan, mereka diminta menandatangani ‘surat setuju terima’ yang menggugurkan hak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang – walhal butiran kerja pun masih belum jelas.
Dan di tengah-tengah semua kekeliruan ini, ‘tanah’ terus dipersalahkan. Tapi tiada siapa menjawab soalan sebenar – mengapa tanah itu bergerak atau mendap sehinggakan paip gas boleh pecah? Bukankah kawasan itu dulunya mempunyai aliran sungai? Ke mana air itu dialihkan semasa pembangunan projek perumahan? Bagaimana pula dengan sistem saliran dan pembetungan pembangunan perumahan? Semua ini memerlukan siasatan terperinci – bukan diketepikan dengan mempersalahkan gerakan tanah.
Di seberang kawasan perumahan pula, kerja-kerja pembangunan oleh pemaju lot kedai juga seharusnya menimbulkan tanda tanya. Ada laporan tentang ketidaktelusan dalam proses kelulusan dan kebenaran merancang. Namun sehingga kini, tiada penjelasan yang diberikan.
Yang pasti, apabila semuanya gagal dijawab, ‘tanah’ dipersalahkan. Begitu mudahnya melarikan diri daripada tanggungjawab sebenar.
Kita tidak boleh terus membiarkan perkara ini berlaku. Di sebalik semua laporan teknikal dan permainan salah-menyalah ini, penduduk di kawasan berkenaan telah kehilangan segalanya – rumah, keselamatan, dan keyakinan terhadap sistem. Apakah kita mahu berdiam diri dan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa harapan?
Saya menyeru semua pihak yang terlibat – baik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemaju, mahupun syarikat pemilik infrastruktur – hentikan permainan persepsi dan mula bertindak. Ini bukan semata-mata soal membaiki rumah, tetapi membina semula kepercayaan rakyat.
Tanggungjawab ini bukan boleh dipindah atau dipersalahkan antara satu sama lain. Ini adalah tanggungjawab bersama yang mesti ditunaikan, sekarang – bukan esok.
* Artikel ini adalah tulisan Nadzim Johan (Toqqi), Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). ** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Artikel oleh: Astro Awani
'JANGAN SALAHKAN TANAH SEMATA-MATA' - ISU SEBENAR ADALAH PERANCANGAN, TRANSPARENSI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Thursday, July 24, 2025
LETUPAN GAS PUTRA HEIGHTS | "BERHENTI MENYALAHKAN 'TANAH' " PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MEMINTA PENJELASAN YANG TELUS, PEMBINAAN SEMULA YANG CEPAT DAN PAMPASAN - SIN CHEW DAILY - 22/07/2025
Artikel oleh: Sin Chew Daily
LETUPAN GAS PUTRA HEIGHTS | "BERHENTI MENYALAHKAN 'TANAH' " PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MEMINTA PENJELASAN YANG TELUS, PEMBINAAN SEMULA YANG CEPAT DAN PAMPASAN
Tuesday, July 22, 2025
JANGAN SALAHKAN TANAH SEMATA-MATA – ISU SEBENAR ADALAH PERANCANGAN, TRANSPARENSI DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 22/07/2025
Pengumuman hasil siasatan rasmi berkenaan insiden letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini amat mengecewakan bagi ramai pihak. Lebih menjengkelkan ialah bagaimana pengumuman tersebut meletakkan punca kejadian kepada pergerakan tanah, seolah-olah masalah ini berlaku secara semula jadi tanpa sebarang kaitan dengan pembangunan manusia. Tiada penerangan lanjut tentang apa yang menyebabkan tanah itu bergerak. Tiada analisis teknikal yang dikongsikan secara mendalam tentang faktor-faktor sekeliling. Kebertanggungjawaban konkrit daripada pihak-pihak yang kompeten juga tiada diberikan.
Penduduk yang terkesan yang telah melalui saat-saat ngeri dan kehilangan tempat berteduh berhak menuntut penjelasan – bukan sahaja mengenai apa yang berlaku, tetapi juga siapa yang akan bertanggungjawab untuk memulihkan semula kehidupan mereka. Namun, di sebalik pelbagai reaksi terhadap cara siasatan itu diumumkan dan soalan-soalan yang tidak dijawab berkenaan kerja-kerja di sekitar kawasan paip gas, beberapa isu penting nampaknya terus disisihkan dari perbincangan umum.
Antara yang paling membimbangkan ialah bagaimana pembangunan boleh diluluskan dengan begitu hampir kepada kawasan infrastruktur kritikal seperti paip gas, pencawang atau menara elektrik, lebuhraya bertingkat atau landasan LRT. Apakah pertimbangan keselamatan telah diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan? Apakah pemaju telah membuat analisis impak jangka panjang? Atau adakah semua proses ini hanya bersandarkan kelulusan teknikal tanpa melihat kepada risiko sebenar terhadap komuniti sekeliling?
Lebih mengecewakan, ramai pembeli rumah mendakwa mereka tidak dimaklumkan langsung tentang kewujudan paip gas ini semasa proses jual beli. Ini bukan perkara remeh. Ini adalah soal hak. Pembeli berhak tahu jika hartanah yang mereka beli terletak bersebelahan dengan infrastruktur berisiko tinggi. Jika perkara asas seperti ini pun tidak didedahkan, bagaimana mereka boleh membuat keputusan yang bijak sebagai pengguna?
Selain itu, timbul pula isu pelaksanaan kerja-kerja pemulihan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan rancangan untuk membina semula rumah-rumah yang musnah dengan dana kerajaan dan sumbangan daripada pemilik infrastruktur berkenaan. Namun, sudah berbulan-bulan berlalu dan kerja-kerja masih belum berjalan lancar, khususnya di Taman Putra Harmoni. Beberapa kenalan saya yang tinggal di kawasan tersebut meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan yang masih tidak menentu. Mereka masih tidak tahu apakah langkah seterusnya, dan komunikasi efektif dengan pihak bertanggungjawab hampir tidak wujud.
Apa yang lebih menghairankan, kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pemulihan ini merupakan kontraktor yang dilantik oleh pemaju asal – iaitu pihak yang sama yang didakwa gagal memaklumkan tentang kehadiran paip gas sejak awal lagi. Kini, pihak pemaju berkenaan telah diberi mandat oleh KPKT, untuk membina semula rumah-rumah mangsa dengan dana yang disebutkan tadi. Malah, ada penduduk yang mengalami kerosakan sepenuhnya kepada rumah mereka, juga mendakwa ada di antara mereka yang dimaklumkan bahawa cuma kerja-kerja pembaikan akan dijalankan ke atas rumah mereka berbanding ‘pembinaan semula’ seperti yang dinyatakan sebelum ini – walaupun struktur rumah mereka sudah jelas musnah.
Ada juga mangsa yang dimaklumkan oleh kontraktor bahawa pendawaian elektrik dalam rumah mereka tidak termasuk dalam skop kerja, dan ada yang dimaklumkan bahawa paip air di dalam rumah akan dipasang secara luaran, di atas lantai – bukan di bawah seperti biasa. Jubin lantai tidak akan dipasang, dan lantai hanya akan disimen dan dicat. Bumbung rumah yang rosak hampir separuh pula hanya akan dibaiki secara separa. Semua ini bukan sahaja menjengkelkan, malah menjatuhkan maruah dan hak mangsa. Lebih menyedihkan, mereka diminta menandatangani ‘surat setuju terima’ yang menggugurkan hak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang – walhal butiran kerja pun masih belum jelas.
Dan di tengah-tengah semua kekeliruan ini, ‘tanah’ terus dipersalahkan. Tapi tiada siapa menjawab soalan sebenar – mengapa tanah itu bergerak atau mendap sehinggakan paip gas boleh pecah? Bukankah kawasan itu dulunya mempunyai aliran sungai? Ke mana air itu dialihkan semasa pembangunan projek perumahan? Bagaimana pula dengan sistem saliran dan pembetungan pembangunan perumahan? Semua ini memerlukan siasatan terperinci – bukan diketepikan dengan mempersalahkan gerakan tanah.
Di seberang kawasan perumahan pula, kerja-kerja pembangunan oleh pemaju lot kedai juga seharusnya menimbulkan tanda tanya. Ada laporan tentang ketidaktelusan dalam proses kelulusan dan kebenaran merancang. Namun sehingga kini, tiada penjelasan yang diberikan. Yang pasti, apabila semuanya gagal dijawab, ‘tanah’ dipersalahkan. Begitu mudahnya melarikan diri daripada tanggungjawab sebenar.
Adakah kajian impak alam sekitar, EIA, ada dilakukan di kawasan tersebut?
Kita tidak boleh terus membiarkan perkara ini berlaku. Di sebalik semua laporan teknikal dan permainan salah-menyalah ini, penduduk di kawasan berkenaan telah kehilangan segalanya – rumah, keselamatan, dan keyakinan terhadap sistem. Apakah kita mahu berdiam diri dan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa harapan?
Saya menyeru semua pihak yang terlibat – baik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemaju, mahupun syarikat pemilik infrastruktur – hentikan permainan persepsi dan mula bertindak. Ini bukan semata-mata soal membaiki rumah, tetapi membina semula kepercayaan rakyat. Tanggungjawab ini bukan boleh dipindah atau dipersalahkan antara satu sama lain. Ini adalah tanggungjawab bersama yang mesti ditunaikan, sekarang – bukan esok.
Saturday, April 5, 2025
PPIM GESA SIASATAN, TINDAKAN TEGAS ELAK KEBAKARAN BERULANG - MALAYSIA TRIBUNE - 03/04/2025
SUBANG JAYA – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti pengorekan tanah yang dipercayai menjadi punca kebakaran di Putra Heights baru-baru ini.
Menurut Toqqi, insiden tersebut harus dijadikan iktibar bagi memastikan perkara serupa tidak berulang di lokasi lain.
Beliau menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil langkah pencegahan yang lebih ketat terhadap sebarang aktiviti yang berisiko mencetuskan kebakaran.
“Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda, tetapi juga menjejaskan kehidupan ramai mangsa.
“Sebuah keluarga dengan sembilan orang ahli turut terkesan akibat kebakaran ini. Ini menunjukkan betapa besarnya impak yang boleh berlaku jika aspek keselamatan tidak dititikberatkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau turut menekankan kepentingan pengawasan yang lebih ketat terhadap aktiviti pembangunan, terutama yang melibatkan infrastruktur bawah tanah.
“Kita perlu sentiasa berwaspada kerana sekali insiden seperti ini berlaku, kesannya sangat besar kepada masyarakat. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera agar kejadian seperti ini tidak berulang,” tambahnya.
Katanya, PPIM berharap langkah pencegahan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin dan kejadian serupa dapat dielakkan di masa hadapan.
Artikel oleh: Malaysia Tribune
PPIM GESA SIASATAN, TINDAKAN TEGAS ELAK KEBAKARAN BERULANG
Friday, April 4, 2025
AKTIVITI | TOQQI LAWAT MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS DI DEWAN MASJID PUTRA HEIGHTS - PPIM - 03/04/2025
3 April 2025 - Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi mengadakan lawatan ke Dewan Masjid Putra Heights untuk meninjau keadaan mangsa kebakaran paip gas serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang terjejas akibat insiden ini.
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(460)
-
▼
November
(18)
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(18)








.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
