Showing posts with label FINAS. Show all posts
Showing posts with label FINAS. Show all posts

Thursday, July 11, 2024

FINAS, ALTIMET, PPIM TANGANI CETAK ROMPAK DIGITAL - BERITA HARIAN - 11/07/2024

 

Artikel oleh: Berita Harian

FINAS, ALTIMET, PPIM TANGANI CETAK ROMPAK DIGITAL

CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX' - ASTRO AWANI - 10/07/2024

 

KUALA LUMPUR: Aktiviti cetak rompak digital yang menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah semakin membimbangkan dengan pelbagai kandungan negatif yang boleh merosakkan termasuk judi dalam talian dan lucah, disebarkan dengan meluas.

Selain itu, aktiviti itu turut tidak menghormati undang-undang hak cipta kerana sindiket yang terbabit menyiarkan karya kreatif dan sebagainya tanpa izin pemilik.

Itu adalah antara perkara yang dibincangkan dalam perbincangan rasmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet, dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabat Finas, semalam.

Mengulas mengenainya, Azmir menyatakan bahawa tindakan proaktif perlu diambil segera bagi mengatasi isu cetak rompak yang semakin meluas dengan kerugian dialami industri media dan hiburan di negara ini dianggar mencecah RM3 bilion.

Katanya, perbincangan itu membawa kepada keputusan untuk melaksanakan kempen kesedaran mengenai penjualan peranti televisyen atau android box.

"Langkah ini diambil untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai bahaya kandungan tidak ditapis yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak tanpa pengawasan.

"Finas akan bekerjasama dengan Altimet yang akan bertindak sebagai jurucakap untuk menyebarkan maklumat ini di semua platform media sosial, stesen televisyen, dan panggung wayang mengenai penggunaan peranti penstriman haram ini.

"Sementara itu, PPIM akan membantu Finas dalam menghasilkan kandungan dan mesej mengenai isu cetak rompak ini secara lebih meluas kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata, Finas juga akan berbincang dengan wakil platform e-dagang, Shopee dalam masa terdekat mengenai isu cetak rompak yang dijual secara meluas di platform tersebut.

"Saya berharap pertemuan ini akan menghasilkan penyelesaian baharu untuk menangani isu cetak rompak melalui data yang mereka miliki," katanya.

Artikel oleh: Astro Awani

CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX'

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cetak-rompak-digital-finas-altimet-ppim-kerjasama-laksana-kempen-kesedaran-android-box-478464

PENCETAKAN DIGITAL HARAM MENINGKAT: FINAS, ALTIMET DAN PPIM BERUSAHA ATASI ISU HAK CIPTA - LIPUTAN MALAYSIA - 10/07/2024

 

Aktiviti pencetakan digital haram menggunakan aplikasi atau perisian semakin membimbangkan disebabkan penyebaran luas kandungan negatif seperti perjudian dalam talian dan bahan lucah.

Selain itu, aktiviti ini juga melanggar undang-undang hak cipta kerana sindiket yang terlibat menyebarkan karya kreatif tanpa izin pemilik.

Perbincangan rasmi antara Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet; serta Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabat Finas semalam turut mempertimbangkan isu-isu ini.

Memberi ulasan tentang perkara tersebut, Azmir menyatakan perlunya mengambil tindakan proaktif dengan segera bagi menangani masalah cetak rompak yang semakin merebak yang menyebabkan kerugian besar kepada industri media dan hiburan negara, yang diperkirakan mencecah RM3 bilion.

Beliau menyatakan bahawa perbincangan tersebut telah menghasilkan keputusan untuk melancarkan kempen kesedaran mengenai penjualan peranti televisyen atau kotak Android.

“Langkah ini diambil untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai bahaya kandungan tidak ditapis yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak tanpa pengawasan.

“Finas akan bekerjasama dengan Altimet yang akan bertindak sebagai jurucakap untuk menyebarkan maklumat ini di semua platform media sosial, stesen televisyen dan panggung wayang mengenai penggunaan peranti penstriman haram ini.

“Sementara itu, PPIM akan membantu Finas dalam menghasilkan kandungan dan mesej mengenai isu cetak rompak ini secara lebih meluas kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, Finas juga akan berbincang dengan wakil platform e-dagang, Shopee dalam masa terdekat mengenai isu cetak rompak yang dijual secara meluas di platform tersebut.

“Saya berharap pertemuan ini akan menghasilkan penyelesaian baharu untuk menangani isu cetak rompak melalui data yang mereka miliki,” katanya.

Artikel oleh: Liputan Malaysia

PENCETAKAN DIGITAL HARAM MENINGKAT: FINAS, ALTIMET DAN PPIM BERUSAHA ATASI ISU HAK CIPTA

https://liputanmalaysia.my/pencetakan-digital-haram-meningkat-finas-altimet-dan-ppim-berusaha-atasi-isu-hak-cipta/

CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX' - ASTRO AWANI - 10/07/2024

 

Aktiviti cetak rompak digital yang menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah semakin membimbangkan dengan pelbagai kandungan negatif yang boleh merosakkan termasuk judi dalam talian dan lucah, disebarkan dengan meluas.

Selain itu, aktiviti itu turut tidak menghormati undang-undang hak cipta kerana sindiket yang terbabit menyiarkan karya kreatif dan sebagainya tanpa izin pemilik.

Artikel oleh: Astro Awani

CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX'

FINAS, ALTIMET, PPIM TANGANI CETAK ROMPAK DIGITAL - BERITA HARIAN - 11/07/2024

 

KUALA LUMPUR: Penggunaan kotak android TV yang dijual secara berleluasa di platform e-dagang dan media sosial bukan sahaja menyumbang kepada isu cetak rompak digital melalui penyiaran kandungan haram, malah memudaratkan pengguna melalui pilihan 'content' dipercayai pornografi serta permainan judi atas talian.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan mahu mengambil langkah segera melalui kempen kesedaran bagi memastikan setiap isi rumah tahu keburukan penggunaan peranti tidak sah.

"Antara perkara yang kita putuskan pada mesyuarat hari ini (kelmarin) adalah untuk mempromosikan kempen kesedaran mengenai bahaya penggunaan kotak android tidak sah ini.

"Sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita tonton bersama keluarga di rumah. Kita hendak pastikan seluruh isi rumah tahu peranti ada kandungan bahan tidak ditapis termasuk bahan lucah dan permainan judi dalam rumah mereka.

"Apabila kempen itu dilaksanakan, ia akan menimbulkan kesedaran kepada semua pihak mengenai keburukan dan bahaya peranti haram itu kepada keluarga dan masyarakat.

"Kalau tiada kawalan, sesiapa sahaja yang ada di rumah termasuk kanak-kanak boleh akses tanpa sekatan," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Azmir mempengerusikan mesyuarat membincangkan isu cetak rompak digital bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diwakili Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan di Kompleks FINAS, Hulu Klang, kelmarin.

Azmir berkata, FINAS bersama rakan strategik akan menggunakan pelbagai saluran bagi memastikan kempen kesedaran penggunaan kotak android TV secara haram, mencapai objektif.

"FINAS bersama Altimet dan PPIM akan mempromosikan kempen kesedaran dalam skala yang lebih besar.

"Antaranya adalah dengan mengadakan pengumuman khidmat masyarakat. Kita akan minta bantuan Altimet menjadi jurucakap. Kita akan sebar melalui televisyen (TV), media sosial dan pawagam.

"Peranan PPIM pula membantu FINAS. Sebelum ini, PPIM pernah hasilkan kandungan isu cetak rompak dan masalah dalaman industri kreatif melalui FINAS dan Kementerian Komunikasi.

"Selain bantu kita hebahkan mesej ini kepada orang ramai, PPIM ada pengalaman untuk menangani isu seumpama itu," katanya.

Azmir mempengerusikan mesyuarat membincangkan isu cetak rompak digital bersama Altimet Nadzim di Kompleks FINAS, Hulu Klang, kelmarin. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Azmir berkata, FINAS akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan sebuah syarikat pengendali e-dagang bagi membincangkan isu cetak rompak membabitkan platform terbabit.

"Sebagai permulaan, bahagian pelesenan FINAS akan bertemu pihak terbabit. Kebetulan, kami dapat aduan platform berkenaan didakwa menjual pemacu pena mengandungi filem dan muzik yang dimuat naik secara haram.

"Kami ingin bertanya apa peranan dan tindakan yang mereka lakukan untuk mengekang cetak rompak digital.

"Saya percaya dalam organisasi mereka, pasti ada perancangan untuk mengurangkan isu begini.

"Kalau boleh kami hendak kongsi dan dapatkan perkembangan terbaharu mengenainya. Dengan adanya perkembangan teknologi, saya fikir dari semasa ke semasa mereka sudah tahu corak pengguna.

"Melalui maklumat inilah yang kita akan tanya kepada pengendali e-dagang terbabit adakah mereka sedar mengenai isu cetak rompak.

"Apakah dengan data yang diperoleh itu, mereka akan tangani isu ini atau tutup sebelah mata sahaja," katanya.

Altimet berkata, kempen kesedaran penggunaan kotak android TV secara haram perlu menerap semangat jati diri, iaitu rasa bangga menyokong karya tempatan selain berdosa jika mencuri hasil titik peluh orang lain.

"Kita buat orang rasa bangga kalau tonton atau strim muzik secara sah. Ini suatu perbuatan yang boleh dibanggakan.

"Di negara jiran kita, mereka bangga dengan karya lokal. Malah, ada antara golongan T20 di sana bayar lebih untuk artis tempatan sebagai penghargaan.

"Kalau orang kita tidak 'layan' benda-benda haram seperti ini, sebenarnya, tidak perlu undang-undang pun. Apa yang penting, ubah cara kita berfikir.

"Satu cara lagi untuk membangkitkan kesedaran adalah majoriti kita orang Islam. Ada disebut dalam khutbah, cetak rompak ini sama seperti mencuri di mana perbuatan itu berdosa.

"Kita boleh berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menjelaskan perkara ini," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

FINAS, ALTIMET, PPIM TANGANI CETAK ROMPAK DIGITAL

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/07/1269736/finas-altimet-ppim-tangani-cetak-rompak-digital

BINCANG HAPUSKAN CETAK ROMPAK DIGITAL - HARIAN METRO - 10/07/2024

 

Kuala Lumpur: Isu cetak rompak digital menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah semakin membimbangkan membabitkan pelbagai kandungan pornografi, judi dalam talian dan karya siaran pemilik hak cipta tanpa kebenaran.

Perkara itu didedahkan dalam satu perbincangan rasmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali Altimet dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabat Finas, di sini, semalam.

Azmir berkata, langkah proaktif perlu diaktifkan dengan segera bagi menangani isu cetak rompak yang dijual secara berleluasa kepada orang ramai selepas industri media dan hiburan Malaysia dianggar mengalami kerugian sebanyak RM3 bilion akibat jenayah cetak rompak.

"Hasil perbincangan yang diadakan kami berjaya mencapai satu keputusan untuk melaksanakan kempen kesedaran mengenai penjualan peranti televisyen atau lebih dikenali sebagai Android Box yang mengandungi kandungan pornografi, judi dalam talian dan karya siaran pemilik hak cipta tanpa kebenaran.

"Langkah ini dibuat bagi memberi kesedaran kepada orang ramai yang sudah menggunakan peranti itu mengenai bahayanya kandungan-kandungan yang tidak ditapis dan boleh diakses oleh sesiapa saja termasuk kanak-kanak tanpa pengawasan mereka.

"Finas akan bekerjasama dengan Altimet yang akan bertindak sebagai jurucakap bagi menghebahkan di seluruh platform media sosial, stesen televisyen dan panggung wayang mengenai penggunaan peranti penstriman haram ini.

"Sementara itu, peranan PPIM pula akan membantu Finas dalam menghasilkan kandungan atau mesej mengenai isu cetak rompak ini secara lebih meluas kepada orang ramai," katanya.

Menurut Azmir, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan wakil platform e-dagang, Shopee dalam waktu terdekat bagi membincangkan isu cetak rompak yang dijual secara berleluasa di platform itu.

"Saya sudah meminta pihak pelesenan Finas untuk mengadakan pertemuan sekali lagi dengan pihak Shopee untuk bertanyakan isu serta masalah cetak rompak yang dijual di platform itu.

"Melalui perjumpaan itu nanti kami akan membincangkan apakah peranan dan tindakan yang boleh diambil oleh platform e-dagang itu dalam menangani isu cetak rompak ini.

"Saya percaya mereka juga sedar mengenai masalah yang berlaku ini, tapi adakah mereka boleh menangani masalah ini secara bersama atau hanya tutup mata saja.

"Kebetulan saya memang ada pertemuan dengan Shopee untuk satu kes lain yang kami terima iaitu penjualan pemacu kilat yang mengandungi karya filem dan lagu tempatan yang dijual secara haram di platform itu.

"Saya harap dengan pertemuan yang diadakan nanti kami mencapai satu solusi baharu yang boleh dibuat bagi menangani isu cetak rompak melalui data-data yang mereka miliki," katanya yang akan turut bertemu dengan platform e-dagang lain secara berkala.

Artikel oleh: Harian Metro

BINCANG HAPUSKAN CETAK ROMPAK DIGITAL

https://www.hmetro.com.my/rap/2024/07/1109777/bincang-hapuskan-cetak-rompak-digital

Monday, June 10, 2024

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE FINAS - PPIM - 10/06/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Kompleks Studio Merdeka Jalan Hulu Kelang, Ampang.

Kunjungan ini bertujuan membentuk kerjasama dan silaturahim antara PPIM dan FINAS.

Antara isu yang diberi perhatian adalah mengenai penerbitan konten-konten yang dapat memberikan kesedaran kepada para pengguna di Malaysia khususnya.

Thursday, March 18, 2021

5483) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI TETAMU RANCANGAN PENERBBITAN PROGRAM TELEVISYEN AKTA: DIMENSI & JUSTIFIKASI - PPIM - 17/03/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi sebagai tetamu jemputan dalam rancangan penerbitan program televisyen "Akta: Dimensi & Justifikasi di Finas, Kompleks Studio Merdeka, Ampang. 

Topik yang dibawakan bertajuk "Perlindungan Pengguna"

Turut serta, Tuan Nizam Amin (peguam) sebagai ahli panel dan En Hafizuddin Yusof sebagai moderator.


Wednesday, December 11, 2019

5576) PECAT HANS ISAAC, GOBIND TAK LAYAK PEGANG PORTFOLIO KKMM - MALAYSIA GAZETTE - 10/12/2019


KUALA LUMPUR – Beberapa persatuan pengkarya filem sebulat suara menggesa Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tugasnya.
Selain didakwa mengganggu tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham, Hans juga dikatakan banyak mempengaruhi mempengaruhi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo dalam membuat keputusan.
Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) Khir Mohd Noor yang turut mewakili Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT), Persatuan Sinematografi (MySC), Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM) dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) membuat gesaan itu dalam satu sidang media hari ini.
MG101219_SIDANG-MEDIA-ISU-FINAS09
Presiden Profima, Khir Mohd Noor bercakap pada sidang media isu Finas di Restoran Al Andalus, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 DISEMBER 2019.
Menurut mereka, Hans gagal meneraju dan membawa visi jelas dalam Finas malah cuba membawa kroninya masuk ke dalam badan tersebut seterusnya menjadi punca kontrak Ahmad Idham dipendekkan.

“Sekarang banyak kelemahan, CEO Finas (Ahmad Idham) baru mahu bertugas sudah diberhentikan pengerusi (Hans). Macam kera dapat bunga saya tengok lagaknya.
“Pengerusi Finas Datuk Hans Isaac juga banyak mempengaruhi menteri (Gobind) untuk sesuatu perkara yang dibawa Ahmad Idham dan ahli lembaga pengarah yang banyak orang-orang pengerusi.
“Persatuan sebulat suara menggesa Hans Isaac letak jawatan sebagai Pengerusi Finas,” katanya lagi.
Semenjak menjadi Pengerusi Finas, menurut Khir, timbul kecurigaan dalam kalangan barisan pengkarya filem yang melihat seolah-olah badan itu terpecah dua.
Ada satu puak yang menyokong Hans dan kumpulan yang menyebelahi Ahmad Idham.
Bagaimanapun, Hans semalam menafikan beliau ada konflik dengan Ahmad Idham.
Sementara itu, wakil  Persatuan Sinematografi Malaysia (MySC) Mohd Filus Ghazali berpendapat, Ahmad Idham sepatutnya diberi tempoh masa yang lama sekurang-kurangnya lima tahun untuk melaksanakan perancangannya.
MG101219_SIDANG-MEDIA-ISU-FINAS15
Setiausaha Agung MySC, Mohd Filus Ghazali bercakap pada sidang media isu Finas di Restoran Al Andalus, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 DISEMBER 2019.
“Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam  (Finas) adakah benar kepimpinan tidak sebulu? Seolah-olah ada wujud puak. Setidak-tidaknya berilah CEO tempoh lima tahun,  11 bulan tidak cukup,” katanya lagi.
Gagal membawa perubahan dan dasar yang efektif ke dalam Finas semenjak menerajui KKMM  justeru tujuh persatuan itu juga menggesa  Gobind dipindahkan daripada portfolio tersebut, kata Mohd Filus.
“Finas gagal wujudkan dasar efektif, Finas juga langsung tidak bergerak hanya menekankan perkara yang remeh dan yang tidak sepatutnya.
“Kami desak juga jawatan dan Gobind digugurkan dari portfolio KKMM,” ujar wakil daripada Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT) Isazaly Mohd Isa pula dalam sidang media yang sama.
MG101219_SIDANG-MEDIA-ISU-FINAS16
Wakil Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT), Isazaly Mohd Isa pada sidang media isu Finas di Restoran Al Andalus, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 DISEMBER 2019.
Sekiranya kedua-dua tuntutan mereka gagal dipenuhi, persatuan-persatuan berkenaan tidak teragak-agak untuk mengadakan piket di hadapan pejabat KKMM kelak.
Semalam, Finas dalam kenyataan mengesahkan meluluskan permononan Agmad Idham untuk memendekkan kontraknya kepada 10 Mac 2020.
Dilaporkan beliau membuat keputusan tersebut akibat  tekanan daripada pihak tertentu.
Pengarah filem dan pelakon itu dilantik menjadi CEO Finas pada 14 Mac yang lalu yang sepatutnya berkuatkuasa selama dua tahun.
Kedudukannya kemudian menjadi tanda tanya selepas kenyataannya yang menggesa kerajaan menapis kandungan Netflix dipertikaikan pelbagai pihak.
Ada juga yang mempertikaikan kemampuannya untuk memajukan lagi industri seni tanah air.-MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
PECAT HANS ISAAC, GOBIND TAK LAYAK PEGANG PORTFOLIO KKMM

5575) MAHU MENTERI DAN PENGERUSI FINAS LETAK JAWATAN [METRO TV] - HARIAN METRO - 10/12/2019



PERSATUAN Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT), Malaysian Society of Cinematographers (MySC) dan Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDAM) meminta Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac serta Ahli Lembaga Pengarah Finas yang mempunyai kepentingan peribadi supaya meletak jawatan.

Mereka turut meminta Ahmad Idham Ahmad Nadzri dikekalkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Ahmad Idham.

Presiden Profima Kapten (K) Khir Mohd Noor berkata, mereka merasakan sikap acuh tidak acuh Menteri terhadap masalah industri perfileman serta tidak mesra dengan penggiat seni membuatkan mereka berasa jauh dan terpinggir.

“Sehingga hari ini kami belum berkesempatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai masalah industri perfileman dengannya. Beliau seolah-olah mengelak untuk bertemu kami dalam beberapa siri majlis yang diadakan," katanya dalam sidang media khas yang diadakan hari ini.

Dalam sidang media itu, Seniman diwakili Timbalan Presidennya Zuraini Kassim, FDAM oleh Presidennya, Datuk Dr Ahmad Ibrahim; KOMFIT diwakili Isozaly Mohd Isa; MySC oleh Setiausaha Agungnya Mohd Filus Ghazali dan PIKDAM oleh Presidennya, Mohd Dean Lau Abdullah.
Hadir sama, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan bekas Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

Dalam masa sama, Khir turut mendakwa Hans sering mencampuri urusan kerja Ahmad Idham sehingga beberapa perancangan yang memberi impak baik untuk industri perfileman tempatan terbantut," katanya.

Menurut Khir, banyak perkara tidak betul berlaku dalam Finas termasuk isu pemberian geran kepada penerbit filem.

“Kami nak tahu geran diberi kepada penerbit mana dan mana filem-filem yang dihasilkan? Sekiranya tak jadi tolong pulangkan semula kepada Finas. Kalau tak boleh selesaikan masalah industri filem, tutup saja Finas dan gantikan dengan suruhanjaya berkaitan," katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Gobind dan Hans bagi mendapatkan reaksi mereka tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Finas meluluskan permohonan Ahmad Idham untuk memendekkan kontraknya sehingga 10 Mac tahun depan. Kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas sepatutnya tamat pada 10 Mei 2021.

Ahmad Idham pula mengesahkan ada menghantar permohonan itu tetapi ia dilakukan kerana menerima tekanan daripada pihak tertentu.

#kw Finas
#loc Kuala Lumpur



Artikel oleh: Harian Metro

MAHU MENTERI DAN PENGERUSI FINAS LETAK JAWATAN [METRO TV]

https://www.hmetro.com.my/rap/2019/12/525388/mahu-menteri-dan-pengerusi-finas-letak-jawatan-metrotv

https://www.youtube.com/watch?v=V-sSGUwn0zI&feature=youtu.be

5574) ENAM PERSATUAN PENGGIAT SENI BUAT TUNTUTAN - BERITA HARIAN - 10/12/2019



KUALA LUMPUR: Enam persatuan mewakili penggiat seni tanah air mahu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac serta ahli lembaga pengarah yang lain meletakkan jawatan.
Enam persatuan itu adalah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA); Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM); Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN); Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT); Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM) dan Persatuan Sinematografi Malaysia (MYSC).
Mengetuai kumpulan itu, Presiden PROFIMA, Khir Mohd Noor mendakwa pihak terbabit gagal menjalankan tugas dengan baik.
“Kami sepakat mendesak Gobind, Hans dan ahli lembaga pengarah FINAS yang lain meletakkan jawatan.
“Sikap acuh tidak acuh menteri terhadap masalah industri selain tidak mesra dengan penggiat seni membuatkan kami rasa jauh dan terpinggir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Yang turut hadir, bekas Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman dan Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
Khir turut mendakwa Hans tidak menghormati penggiat seni apabila dikatakan ‘melenting’ tanpa sebab dalam pertemuan antara penggiat industri dan FINAS.
Khir juga meminta penjelasan mengenai status Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ahmad Idham Ahmad Nadzri di mana dakwanya, menyebabkan banyak urusan di FINAS tertangguh sejak ketiadaannya.
Semalam, Hans ketika mengesahkan Ahmad Idham memendekkan kontrak perkhidmatan sehingga 10 Mac depan, menafikan ada konflik antara dirinya dan CEO FINAS itu.
Hans menjelaskan hubungan dengan Ahmad Idham adalah baik-baik, tanpa sebarang konflik.
Tambah Hans, andaian konon wujud konflik antara dirinya dan Ahmad Idham mungkin timbul daripada isu yang diperkatakan warganet selepas membaca kenyataan dibuat pelakon dan pengarah filem itu, sejak akhir-akhir ini.
Menjawab dakwaan konon dirinya ‘mengawal’ FINAS, Hans dilaporkan berkata, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif dalam perbadanan itu.
“Saya cuma melaksanakan tugas mengikut ketetapan ahli lembaga pengarah. Saya hanya menduduki dua jawatankuasa iaitu Festival Filem Malaysia (FFM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)/Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diusulkan saya sejak mula menyertai FINAS,” katanya.
Semalam, Ahli Lembaga Pengarah FINAS dilaporkan meluluskan permohonan Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan sebagai CEO kepada 10 Mac depan atas alasan peribadi.
Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, berkuat kuasa 11 Mac lalu
Ketika itu, pelantikan Ahmad Idham yang memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kreatif, dilaporkan adalah bagi tempoh dua tahun.
Khir mengetuai enam persatuan mewakili penggiat seni membuat tuntutan pada sidang media di ibu negara, petang tadi. Foto NSTP Khairul Azhar Ahmad

Artikel oleh: Berita Harian
ENAM PERSATUAN PENGGIAT SENI BUAT TUNTUTAN

5573) DESAK KEKALKAN AHMAD IDHAM - HARIAN METRO - 11/12/2019


Artikel oleh: Harian Metro

DESAK KEKALKAN AHMAD IDHAM

Tuesday, December 10, 2019

5571) AKTIVITI | TOQQI MENGHADIRI JEMPUTAN UNTUK MEBUAT LIPUTAN MEDIA OLEH FINAS - PPIM - 10/12/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi menghadiri jemputan untuk membuat liputan media oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). 


Tuesday, March 12, 2019

4840) HARGA SILING UNTUK TIKET WAYANG? – BERITA HARIAN – 12/3/19

Isu caj tontonan filem di pawagam yang dilihat tidak seragam membuka kepada cadangan 2011 diperkenalkan harga siling bagi tiket Wayang. Namun, cadangan itu memerlukan pihak berkepentingan termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan kementerian berkaitan campur tangan.
Tanpa mengabaikan hak pempamer pemilik pawagam penyeragaman harga tiket wayang dianggap perlu bagi menjaga kepentingan penonton dan pengusaha pawagam
Langkah memperkenaikan harga siling bagi tiket, wayang juga dilihat mampu memberi hak sama rata kepada semua pihak berkepentingan. Ini berikutan harga tiket yang ditetapkan pempamer hendak bersifat bulan menguntungkan sebelah pihak sebaliknya membabitkan kepentingan kumpulan pembikin filem dan pengedar.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyarankan isu harga tiket wayang dibincangkan FINAS dan kementerian berkaitan bagi meringankan beban penonton terutama yang berkeluarga.
“Kita kena faham, pempamer perlu memikirkan kos yang perlu ditanggung seperti penyelenggaraan panggung, sewa dan sebagainya.
“Cuma kita harap kerajaan dan FINAS dapat melihat perkara ini daripada segi pemantauan harga serta mekanisme yang boleh digunakan dalam mengurangkan harga tiket terutama bagi penonton berkeluarga,” katanya kepada HIP.
Menganggap aktiviti menonton wayang sudah menjadi riadah keluarga,  Nadzim menyarankan agar penetapan harga yang berpatutan dibuat terutama bagi filem bertemakan kekeluargaan dan animasi.
Tambahnya, tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, sebaliknya, harga munasabah perlu bagi menjaga hak penonton dan pempamer tanpa menjelaskan kepentingan pembikin filem.
“Penonton terutama yang menetap di kawasan bandar semestinya menjadikan aktiviti menonton wayang sebagai masa untuk bersama keluarga.
“Bagi keluarga besar, mungkin agak membebankan. Ini kerana harga tiket untuk kanak-kanak saja hampir RM10 sorang, belum lagi tiket untuk ibu bapa dan kos makanan ringan.
“Saya berharap pihak industri terutama FINAS dapat memainkan peranan untuk berbincang dengan pempamer.
Dalam hal ini, harga berpatutan diharap dapat ditawarkan kepada penonton berkeluarga sebagai contoh, jika filem itu membabitkan kekeluargaan seperti animasi, mungkin boleh diberi harga yang murah berbanding filem lain, katanya.
Melihat penetapan harga yang tidak menentu di pawagam, Nadzim berkata, PPIM pemah menerima rungutan dan aduan daripada pengguna mengenai harga tiket wayang
Namun, jelasnya, PPIM tidak ada kuasa khusus bagi membawa isu terbabit, sebaliknya mengharapkan kementerian dan FINAS dapat memikirkan pendekatan terbaik lagi menjaga kepentingan pengguna.
“Apabila tiada harga siling, pempamer meletakkan harga mengikut ketetapan sendiri. Jika dulu, harganya antara RM6 hingga RM8, sekarang tiket wayang boleh mencecah RM20 bagi seorang dewasa. Lebih ketara, harga setiap pawagam pula berbeza-beza.
“Kita faham mengenai situasi yang perlu dihadapi pihak pempamer, tetapi perlu ada mekanisme bagi membantu golongan berkeluarga.” katanya.
Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PfM), Datuk Norman Abdul Halim berkata, pihaknya tiada hak dalam menetapkan harga tiket wayang, sebaliknya Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) boleh memikirkannya.
Bagi tiket tayangan filem tempatan atau antarabangsa, kita tidak ada kadar harga tetap.
Harga tiket ditentukan pihak pempamer mengikut lokasi. Ini kerana ada lokasi menyediakan pawagam yang lebih besar. Jadi, mungkin harganya lebih tinggi berbanding pinggir bandar.
“Malah, harga tiket adalah mengikut waktu. Jika waktu puncak, mungkin harganya lebih mahal.” katanya.
Berikutan itu, Norman mengesyorkan peminat menonton wayang pada hari tiket dijual lebih rendah katanya, ini dapat membantu keluarga yang terasa beban apabila perlu membayar harga tiket mahal.
“Penonton ada pilihan hari untuk menonton wayang dengan tiket murah. Sebagai contoh, ada sesetengah pawagam menetapkan Rabu sebagai hari jalan tiket murah.
Tapi saya faham pada hari bekerja agak sukar untuk ibu bapa membawa anak-anak menonton wayang.
Disebabkan ini, lebih ramai yang menonton wayang pada hujung minggu.
“Saya percaya pihak pempamer peka dengan situasi ini. Ada sesetengah pempamer mengambil inisiatif memberi diskaun dan tindakan ini memberi kelebihan kepada orang ramai,” katanya
Norman berkata, jika duti hiburan sebanyak 20 peratus diturunkan Kementerian Perumahan dan Kera jaan Tempatan mungkin harga tiket wayang turun boleh dikurangkan Duti hiburan adalah cukai yang dikenakan kerajaan
“Sekiranya duti hiburan tinggi maka pihak pempamer perlu menaikkan harga tiket supaya selaras dengan duti yang dikenakan. Discbabkan itulah, kita tidak boleh menyalahkan pihak pempamer 100 peratus.
“Mungkin jika kerajaan menilai semula duti hiburan yang dikenakan, harga tiket dapat diturunkan mengikut kemampuan orang ramai. Duti hiburan yang dikenakan sekarang iaitu sebanyak 20 peratus sebenarnya agak tinggi.
“Seperti tahun lalu, duti hiburan yang dikutip mencecah RM200 juta di mana 15 peratus adalah daripada tayangan filem tempatan manakala 85 peratus lagi judul antarabangsa Jacli, mungkin pihak berkuasa perlu menilai kembali perkara ini,” katanya.
Bagi Norman duti hiburan yang tinggi menjadi antara punca harga tiket wayang mahal. Pihak pempamer dikatakan menaikkan harga tiket sekurang-kurangnya 20 peratus untuk membayar cuti hiburan.

Artikel oleh : Berita Harian
HARGA SILING UNTUK TIKET WAYANG?

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL