Tuesday, March 12, 2019

4840) HARGA SILING UNTUK TIKET WAYANG? – BERITA HARIAN – 12/3/19

Isu caj tontonan filem di pawagam yang dilihat tidak seragam membuka kepada cadangan 2011 diperkenalkan harga siling bagi tiket Wayang. Namun, cadangan itu memerlukan pihak berkepentingan termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan kementerian berkaitan campur tangan.
Tanpa mengabaikan hak pempamer pemilik pawagam penyeragaman harga tiket wayang dianggap perlu bagi menjaga kepentingan penonton dan pengusaha pawagam
Langkah memperkenaikan harga siling bagi tiket, wayang juga dilihat mampu memberi hak sama rata kepada semua pihak berkepentingan. Ini berikutan harga tiket yang ditetapkan pempamer hendak bersifat bulan menguntungkan sebelah pihak sebaliknya membabitkan kepentingan kumpulan pembikin filem dan pengedar.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyarankan isu harga tiket wayang dibincangkan FINAS dan kementerian berkaitan bagi meringankan beban penonton terutama yang berkeluarga.
“Kita kena faham, pempamer perlu memikirkan kos yang perlu ditanggung seperti penyelenggaraan panggung, sewa dan sebagainya.
“Cuma kita harap kerajaan dan FINAS dapat melihat perkara ini daripada segi pemantauan harga serta mekanisme yang boleh digunakan dalam mengurangkan harga tiket terutama bagi penonton berkeluarga,” katanya kepada HIP.
Menganggap aktiviti menonton wayang sudah menjadi riadah keluarga,  Nadzim menyarankan agar penetapan harga yang berpatutan dibuat terutama bagi filem bertemakan kekeluargaan dan animasi.
Tambahnya, tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, sebaliknya, harga munasabah perlu bagi menjaga hak penonton dan pempamer tanpa menjelaskan kepentingan pembikin filem.
“Penonton terutama yang menetap di kawasan bandar semestinya menjadikan aktiviti menonton wayang sebagai masa untuk bersama keluarga.
“Bagi keluarga besar, mungkin agak membebankan. Ini kerana harga tiket untuk kanak-kanak saja hampir RM10 sorang, belum lagi tiket untuk ibu bapa dan kos makanan ringan.
“Saya berharap pihak industri terutama FINAS dapat memainkan peranan untuk berbincang dengan pempamer.
Dalam hal ini, harga berpatutan diharap dapat ditawarkan kepada penonton berkeluarga sebagai contoh, jika filem itu membabitkan kekeluargaan seperti animasi, mungkin boleh diberi harga yang murah berbanding filem lain, katanya.
Melihat penetapan harga yang tidak menentu di pawagam, Nadzim berkata, PPIM pemah menerima rungutan dan aduan daripada pengguna mengenai harga tiket wayang
Namun, jelasnya, PPIM tidak ada kuasa khusus bagi membawa isu terbabit, sebaliknya mengharapkan kementerian dan FINAS dapat memikirkan pendekatan terbaik lagi menjaga kepentingan pengguna.
“Apabila tiada harga siling, pempamer meletakkan harga mengikut ketetapan sendiri. Jika dulu, harganya antara RM6 hingga RM8, sekarang tiket wayang boleh mencecah RM20 bagi seorang dewasa. Lebih ketara, harga setiap pawagam pula berbeza-beza.
“Kita faham mengenai situasi yang perlu dihadapi pihak pempamer, tetapi perlu ada mekanisme bagi membantu golongan berkeluarga.” katanya.
Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PfM), Datuk Norman Abdul Halim berkata, pihaknya tiada hak dalam menetapkan harga tiket wayang, sebaliknya Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) boleh memikirkannya.
Bagi tiket tayangan filem tempatan atau antarabangsa, kita tidak ada kadar harga tetap.
Harga tiket ditentukan pihak pempamer mengikut lokasi. Ini kerana ada lokasi menyediakan pawagam yang lebih besar. Jadi, mungkin harganya lebih tinggi berbanding pinggir bandar.
“Malah, harga tiket adalah mengikut waktu. Jika waktu puncak, mungkin harganya lebih mahal.” katanya.
Berikutan itu, Norman mengesyorkan peminat menonton wayang pada hari tiket dijual lebih rendah katanya, ini dapat membantu keluarga yang terasa beban apabila perlu membayar harga tiket mahal.
“Penonton ada pilihan hari untuk menonton wayang dengan tiket murah. Sebagai contoh, ada sesetengah pawagam menetapkan Rabu sebagai hari jalan tiket murah.
Tapi saya faham pada hari bekerja agak sukar untuk ibu bapa membawa anak-anak menonton wayang.
Disebabkan ini, lebih ramai yang menonton wayang pada hujung minggu.
“Saya percaya pihak pempamer peka dengan situasi ini. Ada sesetengah pempamer mengambil inisiatif memberi diskaun dan tindakan ini memberi kelebihan kepada orang ramai,” katanya
Norman berkata, jika duti hiburan sebanyak 20 peratus diturunkan Kementerian Perumahan dan Kera jaan Tempatan mungkin harga tiket wayang turun boleh dikurangkan Duti hiburan adalah cukai yang dikenakan kerajaan
“Sekiranya duti hiburan tinggi maka pihak pempamer perlu menaikkan harga tiket supaya selaras dengan duti yang dikenakan. Discbabkan itulah, kita tidak boleh menyalahkan pihak pempamer 100 peratus.
“Mungkin jika kerajaan menilai semula duti hiburan yang dikenakan, harga tiket dapat diturunkan mengikut kemampuan orang ramai. Duti hiburan yang dikenakan sekarang iaitu sebanyak 20 peratus sebenarnya agak tinggi.
“Seperti tahun lalu, duti hiburan yang dikutip mencecah RM200 juta di mana 15 peratus adalah daripada tayangan filem tempatan manakala 85 peratus lagi judul antarabangsa Jacli, mungkin pihak berkuasa perlu menilai kembali perkara ini,” katanya.
Bagi Norman duti hiburan yang tinggi menjadi antara punca harga tiket wayang mahal. Pihak pempamer dikatakan menaikkan harga tiket sekurang-kurangnya 20 peratus untuk membayar cuti hiburan.

Artikel oleh : Berita Harian
HARGA SILING UNTUK TIKET WAYANG?

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL