Kesedaran melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e-hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat.
Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manusia Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Mohd Razmi Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan seramai 14 individu yang bekerja dalam sektor e-hailing meninggal dunia ketika bekerja direkodkan pada Januari hingga Mei lalu.
Katanya, Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai individu yang hilang pekerjaan memilih untuk bekerja sendiri bagi mendapatkan pendapatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...
-------------------------------------
#HMETRO#METROTV
KESEDARAN melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e-hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat.
Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manusia Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Mohd Razmi Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan seramai 14 individu yang bekerja dalam sektor e-hailing meninggal dunia ketika bekerja direkodkan pada Januari hingga Mei lalu.
"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai individu yang hilang pekerjaan memilih untuk bekerja sendiri bagi mendapatkan pendapatan.
"Namun, ramai antara mereka belum menyedari kepentingan melakukan caruman keselamatan yang memberikan jaminan masa depan terutama kepada waris sekiranya berlaku insiden tidak diingini terhadap mereka.
"Justeru, kami menyeru individu bekerja sendiri atau pihak majikan terbabit dalam sektor berkenaan seperti e-hailing supaya tampil membuat caruman bagi menjamin keselamatan pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah Zahlawati Dahlan, 47, balu kepada penghantar makanan, Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang meninggal dunia selepas motosikal dinaikinya dilanggar pemandu mabuk di Bukit Antarabangsa, di sini, hari ini.
Razmi bersama Ahli Lembaga Skim Pekerjaan Sendiri, Datuk Nadzim Johan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Zahlawati dan empat anaknya ketika menziarah mereka sekeluarga, hari ini.
Razmi berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan menghubungi waris Mohamer Zaili untuk mendapatkan maklumatnya.
MOHD Razmi (kanan) menyampaikan sumbangan Wakalah anggota PERKESO kepada Balu Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed, Zahlawatti Dahlan, 47 di kediaman beliau di Bukit Antarabangsa. FOTO Asyraf Hamzah
"Bagaimanapun, semakan mendapati arwah tidak mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau mana-mana skim Perkeso lain.
"Melihat keadaan itu, kami mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan wang tunai RM500 kepada balu arwah, RM100 kepada setiap anak arwah, duit raya serta hamper kepada mereka menerusi sumbangan wakalah anggota Perkeso," katanya.
Sementara itu, Nadzim berkata, selain individu yang berkerja sendiri, pemain industri terbabit dalam sektor berkenaan perlu mengambil langkah melakukan caruman keselamatan kepada mereka.
"Ramai pemain industri yang terbabit dalam sektor pekerjaan sendiri termasuk e-hailing seperti platform jualan dalam talian sepatutnya mengambil langkah awal dengan mencarum untuk individu yang bekerja untuk mereka seperti penghantar makanan.
"Ini kerana individu terbabit bekerja untuk mereka dan tanpa mereka tidak berlaku penghantaran kepada pelanggan. Namun, golongan ini tidak mendapat jaminan keselamatan daripada syarikat terbabit ketika bekerja," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
KESEDARAN MENCARUM INDIVIDU BEKERJA SENDIRI MASIH RENDAH [METROTV]
Kos simbah cat RM5,000. Itu harga dikenakan ceti haram atau along yang mengenakan caj simbah cat kepada peminjam dan ia dimasukkan sekali di dalam jumlah tuntutan pinjaman.
Bukan itu saja, mereka juga dikesan menggunakan talian telekomunikasi yang berpusat di Singapura untuk berhubung dengan peminjam dan mengelak daripada diburu pihak berwajib kerana nombor berkenaan tidak berdaftar di negara ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berhubung perkara itu baru-baru ini dan mendapati, tindakan along kini lebih agresif dan ganas termasuk melemparkan molotov cocktail ke rumah mangsa.
Nadzim berkata, tindakan 'kurang ajar' dari along itu tidak terhenti di situ apabila mereka turut merakam tindakan mereka menyimbah cat dan kemudian menularkannya di media sosial.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa 21 Januari.
#HMETRO#METROTV
PERNAH berada di puncak kegemilangan, pelakon cilik Puteri Balqis Azizi, 13, yang menderita sakit sejak dua tahun lalu, kini memilih menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupannya seharian. Pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Drama) pada Anugerah Televisyen Asia 2014 itu kini bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz berulang-alik dari rumah mereka di Setia Alam, Selangor ke beberapa lokasi di ibu negara untuk menjual buku ‘38 Poems Of Puteri Balqis’ hasil nukilan sendiri ketika menanggung penyakit misteri sebelum ini. Katanya, kehidupannya kini hanyalah bersama ibunya setiap hari menjual buku setebal 27 muka surat itu sama ada di Masjid Jamek, Masjid India, Pasar Seni atau Jalan Petaling di ibu negara sebagai mata pencarian walaupun sebelum ini bergelar bintang dalam industri hiburan tanah air. “Sekarang Puteri suka menulis, jual buku dan lebih penting setiap hari dapat berdua bersama ibu. Kali terakhir berlakon ialah pada awal 2018 dan selepas itu Puteri banyak menulis. Sebelum ini Puteri ada masalah dalaman tapi doktor masih belum dapat sahkan apa sebenarnya penyakit Puteri. Muntah darah waktu berjalan, tidur, tersedak dan muntah, kesannya Puteri akan jadi lemah. “Kami menaiki komuter selama sejam perjalanan, kami pergi Masjid India, Pudu merata kami pergi berdua. Kami jual kepada orang ramai, kalau kami ditolak itu perkara biasa, tak ramai yang perasan bahawa saya pelakon,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan. Ditanya sama ada dia akan membuat kemunculan semula, Puteri Balqis yang juga pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2014 berkata, jiwanya kini lebih kepada penulisan puisi dan tidak ramai rakan selebriti tampil memberi sokongan. Katanya, dia tidak mengimpikan kehidupan mewah namun cukup jika dapat bersama dengan ibu tersayang meneruskan hidup dan berharap agar sembuh seperti sedia kala untuk melakukan pelbagai aktiviti disukai. “Ketika di jalanan, Puteri juga bergaul dengan gelandangan kerana ada ketikanya Puteri tidur di kedai mamak, tepi jalan kerana sudah lewat untuk pulang ke Setia Alam. Dari situ Puteri rasa bersyukur kerana ada lagi yang lebih susah dari kami. “Namun, mereka sangat berbudi bahasa, cakap lembut dan Puteri juga belajar daripada mereka. Terima kasih kepada peminat dan keluarga yang sentiasa berada dalam suka duka. “Kebanyakannya tinggal kami bila kami semakin jatuh. Terima kasih banyak-banyak, pasti ada kemenangan untuk kami terutama golongan gelandangan di Kuala Lumpur,” katanya. Sementara itu, Norashikin berkata, dia menyedari bakat penulisan puisi anaknya itu ketika sedang bertarung dengan penyakit lebih setahun lalu dan sejak itu, mereka berdua mengumpulkan karya dihasilkan untuk dibukukan oleh seorang rakan baiknya. Katanya, sebagai ibu, dia melihat penulisan puisi paling sesuai buat Puteri dan bukannya bidang lakonan seperti sebelum ini dan mengharapkan sinar baru buat permata hatinya itu. “Jualan buku ini tak menentu, ada masanya tak laku langsung. Jadi kami akan tunggu sampai esok, barulah balik ke Setia Alam. Tengok pada kesihatan kami juga kerana saya juga tidak sihat. “Buat masa ini hati dia (Puteri Balqis) tidak lagi kepada lakonan tetapi menulis puisi. Puncanya ketika dia sakit dan keseorangan, dia berubah menjadi pendiam dan mula menulis puisi,” katanya. Dalam pada itu, Nadzim berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan untuk dua beranak itu kerana potensi yang ada pada Puteri Balqis tidak wajar disia-siakan selain memerlukan sokongan semua pihak. Menurutnya, badan berkaitan industri perlu memainkan peranan mereka membantu pelakon berbakat itu dan tidak meminggirkan dia walaupun menghadapi masalah kesihatan.
“Kita akan tengok juga, mungkin zakat boleh bantu. Puisi ini juga akan diterbitkan dalam edisi Bahasa Malaysia dan PPIM juga akan mencari kaedah bagaimana syarikat penerbitan lain juga boleh membantu,”
Artikel oleh: Harian Metro
'SAYA GEMBIRA JUAL BUKU DI JALANAN' - PUTERI BALQIS [METROTV]
BERSELINDUNG di sebalik bantuan kemanusiaan, sekumpulan lelaki memperdaya lebih 60 ibu tunggal, asnaf dan suri rumah di sekitar Lembah Klang dengan menawarkan mesin penapis air secara percuma membabitkan kerugian keseluruhan dianggarkan RM1.3 juta.
Kumpulan yang mendakwa mereka wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjanji memberikan mesin penapis air secara percuma kepada mangsa dengan dakwaan ia sebagai sebahagian aktiviti kemanusiaan anjuran mereka.
Mangsa yang bersetuju menerima mesin penapis air itu perlu menyerahkan butiran diri termasuk akaun bank selain menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penapis air.
Mangsa juga dijanjikan bantuan kewangan yang akan disalurkan ke akaun bank masing-masing setiap bulan bergantung kepada model mesin penapis yang diterima.
Mangsa, Ratipah Adam, 61, berkata, dia bersama penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia didatangi kumpulan berkenaan pada Ogos lalu yang menawarkan bantuan kepada suri rumah serta asnaf mendapatkan produk percuma.
“Kami diberi taklimat mengenai misi kemanusiaan dan program bantuan mesin penapis itu sebanyak tiga kali. Memandangkan ramai antara kami yang berminat, maka kami bersetuju menyertainya.
“Pada bulan pertama, kami menerima pembiayaan sebanyak RM110 hingga RM120 bergantung kepada model mesin penapis itu. Tetapi selepas itu kami tidak menerima apa-apa bayaran malah wang di dalam akaun pula dipotong secara automatik. Bila disemak, kami dimaklumkan pembiayaan itu hanya akan tamat dalam tempoh lima tahun,” katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Ratipah berkata, dia dan rakan tidak menyangka akan menjadi mangsa penipuan kerana rata-rata mereka adalah asnaf dan berpendapatan rendah serta terpaksa berjimat cermat untuk meneruskan hidup.
Katanya, pelbagai usaha dilakukan termasuk mendapatkan penjelasan daripada wakil kumpulan berkenaan serta syarikat penapis air terbabit namun gagal.
“Kami tidak tahu apa hendak dibuat sekarang ini. Sudahnya terpaksa menanggung potongan dari akaun selama lima tahun. Jumlah RM110 dan RM120 sebulan itu pula bukan sedikit, malah boleh menampung perbelanjaan harian.
“Kami juga pergi ke pejabat NGO itu untuk meminta penjelasan, tetapi sudah ditutup manakala usaha menghubungi wakil kumpulan itu juga gagal,” katanya yang membuat laporan di balai polis Setapak berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan ke Bukit Aman minggu depan untuk membantu mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.
Menurutnya, semakan awal PPIM mendapati, lelaki itu juga mempunyai kes di tempat lain sebelum ini dan menggunakan modus operandi sama untuk memerangkap mangsa.
“Jadi kita minta pihak berkuasa agar melakukan siasatan dan hadapkan penjenayah ke muka pengadilan kerana bukan saja menipu, malah mencemarkan imej NGO kemanusiaan secara umumnya.
“Orang susah sepatutnya dibantu, tetapi dia pula ambil kesempatan menipu. Saya minta agar masyarakat lebih berhati-hati dengan kewujudan sindiket seperti ini,” katanya.
PERSATUAN Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT), Malaysian Society of Cinematographers (MySC) dan Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDAM) meminta Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac serta Ahli Lembaga Pengarah Finas yang mempunyai kepentingan peribadi supaya meletak jawatan. Mereka turut meminta Ahmad Idham Ahmad Nadzri dikekalkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Ahmad Idham. Presiden Profima Kapten (K) Khir Mohd Noor berkata, mereka merasakan sikap acuh tidak acuh Menteri terhadap masalah industri perfileman serta tidak mesra dengan penggiat seni membuatkan mereka berasa jauh dan terpinggir. “Sehingga hari ini kami belum berkesempatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai masalah industri perfileman dengannya. Beliau seolah-olah mengelak untuk bertemu kami dalam beberapa siri majlis yang diadakan," katanya dalam sidang media khas yang diadakan hari ini. Dalam sidang media itu, Seniman diwakili Timbalan Presidennya Zuraini Kassim, FDAM oleh Presidennya, Datuk Dr Ahmad Ibrahim; KOMFIT diwakili Isozaly Mohd Isa; MySC oleh Setiausaha Agungnya Mohd Filus Ghazali dan PIKDAM oleh Presidennya, Mohd Dean Lau Abdullah. Hadir sama, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan bekas Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman. Dalam masa sama, Khir turut mendakwa Hans sering mencampuri urusan kerja Ahmad Idham sehingga beberapa perancangan yang memberi impak baik untuk industri perfileman tempatan terbantut," katanya. Menurut Khir, banyak perkara tidak betul berlaku dalam Finas termasuk isu pemberian geran kepada penerbit filem. “Kami nak tahu geran diberi kepada penerbit mana dan mana filem-filem yang dihasilkan? Sekiranya tak jadi tolong pulangkan semula kepada Finas. Kalau tak boleh selesaikan masalah industri filem, tutup saja Finas dan gantikan dengan suruhanjaya berkaitan," katanya. Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Gobind dan Hans bagi mendapatkan reaksi mereka tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab. Harian Metro sebelum ini melaporkan Finas meluluskan permohonan Ahmad Idham untuk memendekkan kontraknya sehingga 10 Mac tahun depan. Kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas sepatutnya tamat pada 10 Mei 2021. Ahmad Idham pula mengesahkan ada menghantar permohonan itu tetapi ia dilakukan kerana menerima tekanan daripada pihak tertentu. #kw Finas
Peluang kedua yang sebenar. Inisiatif itu diambil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang 'menjemput' banduan dari Penjara Kajang, diberi latihan dan kerja untuk membolehkan mereka mengubah nasib dan masa depan.
Menerusi program Insan Sedia Berjasa (ISB) yang dimulakan sejak dua bulan lalu, seramai 20 orang bekas banduan kini ditempatkan di beberapa premis perniagaan sekitar Lembah Klang termasuk restoran, pertubuhan bukan kerajaan dan pejabat untuk memulakan hidup baru.
------------------------------------
#HMETRO#METROTV