Kos simbah cat RM5,000. Itu harga dikenakan ceti haram atau along yang mengenakan caj simbah cat kepada peminjam dan ia dimasukkan sekali di dalam jumlah tuntutan pinjaman.
Bukan itu saja, mereka juga dikesan menggunakan talian telekomunikasi yang berpusat di Singapura untuk berhubung dengan peminjam dan mengelak daripada diburu pihak berwajib kerana nombor berkenaan tidak berdaftar di negara ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berhubung perkara itu baru-baru ini dan mendapati, tindakan along kini lebih agresif dan ganas termasuk melemparkan molotov cocktail ke rumah mangsa.
Nadzim berkata, tindakan 'kurang ajar' dari along itu tidak terhenti di situ apabila mereka turut merakam tindakan mereka menyimbah cat dan kemudian menularkannya di media sosial.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa 21 Januari.
#HMETRO #METROTV
Artikel oleh: Metro TV (Harian Metro)
SIMBAH CAT PUN KENA CAJ
No comments:
Post a Comment