Tuesday, January 21, 2020

5677) AHLONG MENGGANAS! - SIDANG MEDIA PPIM - 21/01/2020

Kebelakangan ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan berkenaan perilaku ganas Ahlong yang melakukan keganasan dan kezaliman yang melampaui batas dan amat mencabar undang-undang. Hal ini adalah satu kegiatan dan ancaman yang amat berbahaya kepada rakyat kerana mereka yang telah melangsaikan hutang pun akan diugut membayar lagi tuntutan tambahan yang tak masuk akal termasuk membayar kos-kos pembalingan cat dan Molotov cocktail yang dilakukan bukan sahaja di rumah peminjam tapi juga terhadap ibu bapa atau pekerja mangsa.  Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia.  

Antara contoh aduan yang diterima adalah pinjaman Ahlong yang ditawarkan melalui atas talian iaitu di Facebook dan kini menjadi trend semasa yang melibatkan keganasan menggunakan nombor Singapura. 

Dalam 1 kes yang dilaporkan kepada PPIM, peminjam ditawarkan sejumlah RM100,000. Namun, wang pinjaman yang dimasukkan  kepada akaun mangsa hanya RM690 tanpa pengetahuan dan persetujuan mangsa dan mangsa telah memulangkan kembali RM 690 kepada akaun Ah Long tetapi masih menuntut 1,500 lagi.  Apabila mangsa tidak bersetuju Ah long telah menyimbah cat di rumah keluarga mangsa, ibu dan juga rakan mangsa. 

Dalam kes seperti ini, kos upah penyimbah cat sebanyak RM900 hingga RM5000 turut dikenakan ke atas mangsa.  Banyak tekanan juga berlaku ke atas mangsa disebabkan oleh kes-kes sebegini. 

Justeru itu, satu sidang media telah diadakan pada pagi ini yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama mangsa yang terlibat.


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL