Thursday, January 23, 2020

5695) BERNIAGA DEPAN KAABAH, NIAT LETAK KAT MANA? - PPIM - 22/01/2020

Kecoh di sosial media memaparkan gambar sebotol produk kecantikan diambil di hadapan kaabah. Hal ini menimbulkan persoalan dikalangan netizen, adakah trend pemilik produk masa kini gemar mempromosikan produk mereka di Mekah?

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’. 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga. 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis. 4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”

“Perkara ini kalau pada dasarnya memang salah dari segi niat dan usahanya. Mereka seharusnya menjaga etika ketika menunaikan ibadah haji disana. Janganlah kita buat perkara itu tanpa memikirkan keperluan dan keadaan. Kita perlu ada keseimbangan dan pertimbangan. Hal ini dilihat kurang sesuai jika niat ingin promosikan produk disana,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

“Isu ini kita husnuzon sajalah sebab niat si pelaku kita tidak tahu. Mungkin dia telah buat ibadat (tawaf terakhir) kemudian baru dia ambil gambar produk dia,” tambahnya.

PPIM menggesa mereka yang mengerjakan ibadah perlulah melakukannya dengan sebaik mungkin tanpa melibatkan sensitiviti supaya tidak menimbulkan sebarang prasangka buruk dan perlu mengikut etika yang telah ditetapkan.


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL