Wednesday, January 22, 2020

5693) ‘KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH ORANG ISLAM’ – TOKKI - MELAYUBANGKITNEWS - 22/01/2020


CYBERJAYA – Usaha membangunkan ekonomi Muslim melalui kewujudan Malakat Mall diharap mampu mengembalikan hak dan maruah orang Islam di negara ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui umat Islam termasuklah penghinaan yang dianggap semakin luar biasa daripada pihak-pihak tertentu.
“Sudah tentu kita lihat kebelakangan ini penghinaan yang luar biasa terhadap kita berlaku. Mungkin disebabkan penghinaan luar biasa ini juga telah membawa sedikit kesedaran kepada kita membantu dan menyokong usaha yang tidak pernah terlihat sebelum ini (Malakat Mall).
“Hari ini kita berdoa supaya apa yang kita ingini dan harapkan itu dapat dicapai dan kita amat mengharapkan apa yang dibuat hari ini dapat membantu kita mengembalikan hak dan maruah kita yang telah dihina begitu lama,” katanya ketika berucap pada Munajat Perdana – Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall, malam tadi.
Jelasnya, penghinaan yang berlaku telah memberikan isyarat yang cukup jelas dan buat seluruh umat Islam di negara ini untuk bangkit.
“Mungkin nak buat mcm mana, kita lemah orang hina kita. Tapi kita tidak harus membenarkan penghinaan ini terus berlaku, jadi itulah yang kita buat (Malakat Mall).
“Sebagai orang Islam kita perlu mempertahankan maruah tapi bagaimana kita mahu melepasi kelemahan ini.
“Bila kita lemah, bukan orang Cina sahaja buli..orang Melayu sesama Melayu pun…yang berjaya tidak pandang yang tak berjaya..lebih teruk adik beradik sendiri pun ada,” katanya.
Bagaimanapun, Nadzim yakin dengan sokongan, kesungguhan serta doa-doa yang ada, nasib umat Islam dapat diubah ke arah yang lebih baik.
“Jadi kita perlu berjanji dengan diri kita contohnya seperti hari ini.
“Saya yakin dengan adanya sokongan seperti ini, insyaALLH doa senjata orang Muslim dan bila ada kesungguhan dan buat sebaik mungkin sudah tentu ia akan dapat mengubah nasib kita.
“Kita boleh buat dan saya cukup yakin dengan team yang ada. Kita harap dapat bersama dengan pihak-pihak yang ada kesungguhan mahu buat sesuatu perbezaan,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menyeru agar pengguna  Muslim bersatu dan sanggup berkorban demi memastikan usaha itu dapat direalisasikan.
“Pada masa sama kita harap semua pengguna yang ada ini di masa depan akan sanggup berkorban.
“Jadikan Malakat Mall sebagai tempat lawatan tetap, mesti datang kalau tak rasa tak cukup
“Boleh buat program sebab di sini ada perkampungan Islam (Raudhah City), ada Brainy Bunch, jadi sekolah-sekolah atau orang-orang di kampung boleh datang melawat ke sini supaya kita dapat bersama.
“Dengan ada kesungguhan dan doa InsyaALLAH kita boleh berjaya, tidak terlalu sukar,” katanya.

Artikel oleh: MelayuBangkitNews
‘KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH ORANG ISLAM’ – TOKKI

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL