Thursday, January 9, 2020

5639) KON AISKRIM M** EXPIRED DIGUNA SEMULA?! - PPIM - 08/01/2020

Sudah senyap isu halal, bangkit pula isu kon aiskrim. PPIM menerima aduan memaparkan gambar kon aiskrim milik salah sebuah syarikat makanan segera di Malaysia yang dipercayai digunakan kembali setelah tamat tempoh penggunaannya.

Pengarah Operasi Indah Water Konsortium Johor (IWK Johor), Ishak Dali ketika dihubungi wartawan PPIM berkata operasi tersebut bukanlah serbuan, namun ianya merupakan pemeriksaan berkala yang dilakukan setiap tahun bersama penguatkuasa.

“Dakwaan viral itu adalah tidak benar sama sekali. Saya ingin perjelaskan bahawa kon aiskrim tersebut adalah kon ‘reject’ yang dikisar menjadi serbuk dan dijual sebagai makanan ternakan,” kata Pengurus Operasi IWK Johor, Ishak Dali.

Tambahnya lagi, kon yang telah direject atau tidak boleh dijual akan diasingkan dan diambil oleh syarikat kitar semula untuk dijadikan bahan makanan haiwan. Manakala air coklat di saliran tersebut adalah air cucian serbuk yang telah jatuh ke lantai. Syarikat tersebut juga tidak melanggar sebarang SOP yang telah ditetapkan.

“Sebarang kenyataan yang hendak dikeluarkan perlulah disemak terlebih dahulu dan disahkan sumbernya. Ini juga merupakan SOP pengguna sebagai warganegara yang bertanggung jawab.”- Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

PPIM menggalakkan pengguna untuk mengambil langkah initiatif bagi mengesahkan sumber dan memastikan kesahihan berita tersebut sebelum percaya dan menyebarkannya kepada yang lain.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL