Friday, January 3, 2020

5624) "DAH 2020, PENGGUNA MALAYSIA MASIH HAPRAK" - PPIM - 02/01/2020

Kerajaan telah melaksanakan inisiatif bagi memupuk kesedaran kebersihan dikalangan pengguna seperti Dasar Kebersihan Negara yang berkuatkuasa pada tahun ini. Sedihnya, ambang tahun baru 2020 masih disambut dengan sikap masyarakat mentaliti kelas ketiga. Mengejutkan apabila sembilan tan sampah sarap dikutip selama lapan jam oleh 100 orang pekerja Alam Flora Sdn Bhd bagi membersihkan lokasi sambutan tahun baru di ibu kota.

(SUMBER: My Metro)

“Saya berasa terhina dengan rakyat Malaysia yang memegang status yang sama, namun masih mempunyai mentaliti negara ketiga. Sampah itu bukan milik kerajaan atau Alam Flora untuk dibersihkan. Itu merupakan tanggung jawab pengguna itu sendiri,” kata Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor.

Menurutnya lagi, pengguna perlu memikirkan kesan daripada perlakuan mereka yang akan mempengaruhi mentaliti generasi akan datang. Kanak-kanak didedahkan dengan budaya membuang sampah merata-rata dan ia akan diulangi oleh mereka kerana sikap anak-anak adalah cerminan ibu bapa.

“Isu ini sangat mendukacitakan kerana kerajaan gagal mendidik dan melaksanakan perlaksanaan undang-undang untuk tindakan mereka. Bila masyarakat melakukan kesalahan tapi tiada hukuman, maka dasar atau undang-undang itu menjadi bahan jenaka. Dasar negara ini sangat bagus, namun adakah undang-undang itu dilaksanakan bersungguh-sungguh atau ia hanya merupakan satu sistem ‘syok sendiri’?” tambahnya.


PPIM menggesa agar PBT melaksanakan hukuman sedia ada bagi mereka yang melakukan kesalahan atau memberi ganjaran kepada golongan pemantau yang berusaha untuk memastikan perlaksanaan ini dijalankan.



No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL