Courts (Malaysia) menyemarakkan lagi semangat Ramadan dengan acara gotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk untuk orang ramai, dengan kerjasama Astro dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Sumber: Astro Awani
PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI DENGAN ASTRO
KUALA LUMPUR: COURTS (Malaysia) menyemarakkan lagi semangat Ramadan dengan acara gotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk untuk orang ramai, dengan kerjasama Astro dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, COURTS turut mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Astro yang menawarkan langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Mengangkat prinsip “Contribute to Society,” kerjasama itu turut meneruskan amalan menyantuni warga Akademi Tahfiz Al-Hidayah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Selain bubur lambuk dan beberapa sumbangan lain istimewa buat anak-anak Akademi Tahfiz Al-Hidayah, COURTS turut menyumbangkan produk bernilai lebih RM3,000 untuk menggantikan peralatan yang rosak di akademi tersebut.
Kata Pengarah Operasi COURTS (Malaysia), Anurag Srivastava, aktiviti seperti ini dapat membina hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan untuk COURTS lebih memahami keperluan dan kehendak mereka.
“Saya fikir dengan PPIM dan ASTRO, kami berkongsi banyak sinergi terutamanya komitmen untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Itu menjadi tanggungjawab kami di samping menjalankan perniagaan.
“Jadi, kami hadir bersama untuk menuju matlamat itu dengan sentimen yang sama dan saya berharap kerjasama dan komitmen ini dapat dilanjutkan untuk impak yang lebih besar.”
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong pula berbesar hati dengan penerimaan COURTS untuk memudahcarakan capaian produk ASTRO kepada khalayak dengan tawaran pakej istimewa yang diumumkan.
“Sudah pasti kami amat berbangga dengan kerjasama pihak COURTS untuk menyediakan servis kami di 47 cawangannya di seluruh negara, sesuai dengan perayaan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, di mana orang ramai dapat menikmati pelbagai saluran dan kandungan yang ada di Astro.
“Ini juga melambangkan aktiviti-aktiviti yang kami perkenalkan kepada pelanggan bukan sahaja servis kami di Astro tetapi juga servis bersama-sama dengan COURTS.”
Aktiviti agihan bubur lambuk dan sumbangan kepada sekolah tahfiz ini merupakan kerjasama COURTS dengan PPIM yang bermula sejak beberapa tahun lepas.
Melihat kepada usaha yang boleh dikembangkan untuk tahun-tahun mendatang, Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan mahu sesuatu yang lebih berimpak dapat diusahakan untuk tidak hanya membantu dalam bentuk material, tetapi juga menyumbang kepada pembinaan kualiti sosial masyarakat.
“Kita harap usaha ini dapat diteruskan tetapi ke tahap yang lebih mendalam. Contohnya, mungkin mewujudkan seperti latihan dalam pekerjaan, memberi pendedahan kepada anak-anak tahfiz misalnya, tentang dunia pekerjaan.
“Jadi, dengan COURTS, kita harap kita dapat bina jiwa.”
Enam belas cawangan COURTS di seluruh negara terlibat dalam usaha ini melibatkan 1,500 pek bubur lambuk yang diagihkan kepada orang ramai termasuk petugas barisan hadapan di balai polis, balai bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ATM).
Dapatkan langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Artikel oleh: Astro Awani
COURTS TERUSKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI EKSKLUSIF DENGAN ASTRO
KUALA LUMPUR - Courts Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Astro mengambil kesempatan memasak bubur lambuk sempena Ramadan secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai pada Sabtu.
Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk diedarkan serentak di 16 cawangan Courts seluruh negara sempena program tersebut. Ketua Pegawai Operasi Courts Malaysia, Anuraj Srivastava berkata, program diadakan itu merupakan komitmen bersama rakan kolaborasi untuk menyumbang kepada komuniti.
Anuraj (belakang, enam dari kanan) bersama tetamu kehormat bergambar bersama anak-anak Akademi Tahfiz Al-Hidayah yang diraikan pada Sabtu.
"Program tahunan ini akan diteruskan pada masa akan datang selari hasrat kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan mengukuhkan peranan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Bentuk sinergi ini merupakan pelan jangka masa panjang ke arah masa depan lebih baik untuk negara," katanya pada Program Bubur Lambuk di Courts Setapak pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.
Tepat jam 4 petang, proses pengedaran bubur lambuk telah diagihkan kepada anak-anak tahfiz Akademi Tahfiz Al-Hidayah selain petugas barisan hadapan di balai polis, balai bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta masyarakat sekitar.
Berpegang kepada prinsip menyumbang kepada masyarakat, Courts turut menyantuni anak-anak tahfiz dari Akademi Tahfiz Al-Hidayah dengan memberi sumbangan produk bernilai lebih RM3, 000 bagi menggantikan peralatan yang rosak.
Program turut diceriakan dengan penampilan khas Upin Ipin bagi meraikan anak-anak tahfiz Akademi Tahfiz Al-Hidayah.
Dalam pada itu, Anuraj berkata, pelbagai program menarik diatur bagi menambah kegembiraan menyambut Aidilfitri.
"Court sentiasa ingin membina hubungan lebih rapat dengan para pelanggan melalui pelbagai aktiviti agar dapat lebih memahami keperluan pembeli bersesuaian dengan kehendak mereka.
"Bagi menambah kegembiraan sempena Aidilfitri, Courts mengumumkan kolaborasi eksklusif dengan Astro yang menawarkan tiga bulan langganan pakej secara percuma untuk pelanggan baharu Astro di Courts," katanya.
30 Mac 2024 - Program bubur lambuk oleh Courts Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Astro untuk diedarkan kepada orang ramai sempena bulan Ramadan di Courts Setapak.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Courts, En Anuraj Srivastava, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.
Program turut menyantuni anak-anak tahfiz dari Akademi Tahfiz Al-Hidayah.
Kuala Lumpur – Sempena Ramadan yang mulia, Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan jenama rangkaian peralatan rumah terkenal,
COURTS Malaysia bekerjasama mengadakan Program Infaq Rezeki Ramadhan.
Program ini bagi menyantuni beberapa penerima manfaat
antaranya anak yatim, pelajar tahfiz, petugas barisan hadapan (frontliners),
dan pelanggan COURTS Malaysia. PPIM dan COURTS Malaysia memilih untuk membuat
sedikit kelainan pada tahun ini dengan memberi sumbangan berbentuk makanan
sedia dimakan kepada penerima.
Makanan “Ready to eat (RTE)” adalah makanan yang sedia
dimakan, mudah dan menjimatkan masa, juga mempunyai beberapa kelebihan
antaranya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama iaitu sehingga dua (2)
tahun.
Ia dapat digunakan sebagai persediaan jika berlaku
bencana/musibah seperti banjir, kebakaran, juga sesuai untuk perjalanan jauh.
Ianya juga bagi memberi kesedaran keperluan makanan (RTE) bagi mengelakkan
pembaziran makanan jika berlaku lebihan.
PPIM dan Courts Malaysia telah menjayakan Program Infaq
Rezeki Ramadhan pada 22 April 2022 bertempat di COURTS Malaysia cawangan
Setapak. Sebanyak 850 bungkus pek makanan (RTE) telah diagihkan kepada golongan
sasar yang memerlukan pada program kali ini.
PPIM dan COURTS Malaysia telah memilih makanan (RTE)
daripada jenama Ezeefood kerana terdapat banyak pilihan untuk juadah nasi, lauk
pauk dan juga pencuci mulut. Antara menu yang diagihkan semasa Program Infaq
Rezeki Ramadhan ini adalah ; Nasi Goreng Tomyam, Rendang Daging, Bubur Pulut
Hitam dan Bubur Durian Kacang Hijau. Manakala Purata harga bermula daripada RM
7.00 hingga RM 19.00.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata kerjasama
antara PPIM dan COURTS Malaysia dalam memberikan makanan (RTE) kepada para penerima
manfaat merupakan satu inisiatif baru dalam mengurangkan pembaziran selain
boleh dijadikan sebagai persediaan awal bekalan makanan (Food Security) jika
berlaku bencana/musibah.
"Pengguna yang bijak hendaklah sentiasa berjimat cermat
dalam berbelanja bagi mengelakkan pembaziran terutama dalam bulan Ramadhan
ini," katanya.
Nadzim turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
COURTS Malaysia kerana berjaya mengadakan program yang sangat baik bagi memberi
kesedaran kepada para pengguna.
Desiree Tan selaku Ketua Jabatan Pemasana berkata “Kami
sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan PPIM dalam melaksanakan
Program Infaq Rezeki Ramadhan pada tahun ini yang memberi sedikit kelainan dari
segi makanan sumbangan. Kami melihat pemberian makanan (RTE) ini sebagai satu
idea yang baru dalam mendidik pengguna lebih bijak dan memupuk kesedaran
pengguna tentang pembaziran.
Pihak Courts mengutamakan kepuasan pelanggan dan ingin
memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga
yang tersayang. Oleh itu, Courts mengutamakan kepuasan pelanggan dan ingin
memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga
yang tersayang. Oleh itu, Courts ada menawarkan caj terma serendah iaitu 0.77%
sebulan agar semua pelanggan dapat memiliki barangan idaman dengan ansuran yang
rendah.
Untuk memberi lebih nilai pembelian, tiada caj dokumen dan
bayaran pendahuluan akan dikenakan. Sekaligus, pelanggan boleh membeli tanpa
memikirkan bayaran tambahan yang perlu dibuat. Seterusnya, untuk memberi
ketenangan fikiran, Courts ada menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan.
Antaranya seperti, jaminan Lanjutan Barang dan Pakej Perlindungan akibat kecurian, kemalangan, banjir, kehilangan pekerjaan dan juga kemasukan hospital yang tertakluk kepada terma dan syarat. Khusus bagi Program Infaq Rezeki, sempena Ramadhan ini, COURTS Malaysia telah menyediakan promosi eksklusif yang bertujuan untuk menghargai semua barisan hadapan dan rakan – rakan media dengan menawarkan harga RM1 bagi pembelian tambahan di cawangan Setapak dari 22 – 24 April 2022.