Kuala Lumpur – Sempena Ramadan yang mulia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan jenama rangkaian peralatan rumah terkenal, COURTS Malaysia bekerjasama mengadakan Program Infaq Rezeki Ramadhan.
Program ini bagi menyantuni beberapa penerima manfaat antaranya anak yatim, pelajar tahfiz, petugas barisan hadapan (frontliners), dan pelanggan COURTS Malaysia. PPIM dan COURTS Malaysia memilih untuk membuat sedikit kelainan pada tahun ini dengan memberi sumbangan berbentuk makanan sedia dimakan kepada penerima.
Makanan “Ready to eat (RTE)” adalah makanan yang sedia dimakan, mudah dan menjimatkan masa, juga mempunyai beberapa kelebihan antaranya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama iaitu sehingga dua (2) tahun.
Ia dapat digunakan sebagai persediaan jika berlaku bencana/musibah seperti banjir, kebakaran, juga sesuai untuk perjalanan jauh. Ianya juga bagi memberi kesedaran keperluan makanan (RTE) bagi mengelakkan pembaziran makanan jika berlaku lebihan.
PPIM dan Courts Malaysia telah menjayakan Program Infaq Rezeki Ramadhan pada 22 April 2022 bertempat di COURTS Malaysia cawangan Setapak. Sebanyak 850 bungkus pek makanan (RTE) telah diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan pada program kali ini.
PPIM dan COURTS Malaysia telah memilih makanan (RTE) daripada jenama Ezeefood kerana terdapat banyak pilihan untuk juadah nasi, lauk pauk dan juga pencuci mulut. Antara menu yang diagihkan semasa Program Infaq Rezeki Ramadhan ini adalah ; Nasi Goreng Tomyam, Rendang Daging, Bubur Pulut Hitam dan Bubur Durian Kacang Hijau. Manakala Purata harga bermula daripada RM 7.00 hingga RM 19.00.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata kerjasama antara PPIM dan COURTS Malaysia dalam memberikan makanan (RTE) kepada para penerima manfaat merupakan satu inisiatif baru dalam mengurangkan pembaziran selain boleh dijadikan sebagai persediaan awal bekalan makanan (Food Security) jika berlaku bencana/musibah.
"Pengguna yang bijak hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja bagi mengelakkan pembaziran terutama dalam bulan Ramadhan ini," katanya.
Nadzim turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak COURTS Malaysia kerana berjaya mengadakan program yang sangat baik bagi memberi kesedaran kepada para pengguna.
Desiree Tan selaku Ketua Jabatan Pemasana berkata “Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan PPIM dalam melaksanakan Program Infaq Rezeki Ramadhan pada tahun ini yang memberi sedikit kelainan dari segi makanan sumbangan. Kami melihat pemberian makanan (RTE) ini sebagai satu idea yang baru dalam mendidik pengguna lebih bijak dan memupuk kesedaran pengguna tentang pembaziran.
Pihak Courts mengutamakan kepuasan pelanggan dan ingin memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga yang tersayang. Oleh itu, Courts mengutamakan kepuasan pelanggan dan ingin memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga yang tersayang. Oleh itu, Courts ada menawarkan caj terma serendah iaitu 0.77% sebulan agar semua pelanggan dapat memiliki barangan idaman dengan ansuran yang rendah.
Untuk memberi lebih nilai pembelian, tiada caj dokumen dan bayaran pendahuluan akan dikenakan. Sekaligus, pelanggan boleh membeli tanpa memikirkan bayaran tambahan yang perlu dibuat. Seterusnya, untuk memberi ketenangan fikiran, Courts ada menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan.
Antaranya seperti, jaminan Lanjutan Barang dan Pakej Perlindungan akibat kecurian, kemalangan, banjir, kehilangan pekerjaan dan juga kemasukan hospital yang tertakluk kepada terma dan syarat. Khusus bagi Program Infaq Rezeki, sempena Ramadhan ini, COURTS Malaysia telah menyediakan promosi eksklusif yang bertujuan untuk menghargai semua barisan hadapan dan rakan – rakan media dengan menawarkan harga RM1 bagi pembelian tambahan di cawangan Setapak dari 22 – 24 April 2022.
No comments:
Post a Comment