Yang hadir sama, timbalannya, Datuk Henry Sum Agong dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh.
Antara penerima sumbangan tersebut ialah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Persatuan kebajikan Baitulmakmur, Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan dan Persatuan Ibu Tunggal dan Warga Emas.
 Dalam pada itu, kementerian tersebut turut menyampaikan sumbangan kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Per­­­satuan Penasihat Pengguna-pengguna Malaysia, Gabungan Per­satuan-persatuan Pengguna Ma­­laysia (Fomca) dan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur.
Selain itu, turut menerima sumbangan tersebut ialah Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelin­dung Pengguna Sabah, Consumer Voice Assocation of Sarawak (Covas), Pertubuhan Pembim­bing Kewangan Pengguna dan Keluarga Malaysia (KPM), Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan (PPSWP) serta Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).