Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin telah berlangsung di MYDIN Subang Jaya. Pertemuan ini membincangkan usaha memberi peluang kepada usahawan memasarkan produk mereka di Pasar Raya MYDIN serta membuka ruang kerjasama strategik ke arah pemerkasaan hak pengguna dan ekonomi ummah.
Wednesday, January 21, 2026
Thursday, April 28, 2022
PPIM NASIHAT ORANG RAMAI WASPADA DENGAN JERAT SCAMMER KETIKA MEMBELI DI HARI RAYA - MALAKAT TRIBUNE - 27/04/2022
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati daripada terkena jerat scammer ketika membeli belah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, orang ramai dinasihatkan memilih peniaga yang bertanggungjawab serta jujur.
“Banyak scam penjualan berleluasa masa kini, pengguna harus lebih bijak dan jangan terpedaya dengan penipuan mereka,” katanya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Toqqi terdahulu, membawa 50 orang anak yatim dan pelajar tahfiz ke Pusat Membeli Belah Mydin Mall di Subang Jaya hari ini.
Menurut Toqqi, program itu berjaya diadakan hasil kerjasama di antara PPIM dan rakan sinergi iaitu MYDIN, Zain’s International, ICON Production, sumbangan.com, Yayasan Malindo Worldwide, Royal Burger, Uniti Asia Group, Halgel dan orang ramai.
Dalam pada itu Toqqi turut mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang memberikan sumbangaan melalui platform atas talian iaitu sumbangan.com.
Artikel oleh: Malakat Tribune
PPIM NASIHAT ORANG RAMAI WASPADA DENGAN JERAT SCAMMER KETIKA MEMBELI DI HARI RAYA
PROGRAM INFAQ REZEKI RAMADAN BERSAMA MYDIN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 27/04/2022
Kuala Lumpur – Setelah dua tahun tidak dapat menyambut bersama keluarga dan sanak saudara, sambutan Aidilfitri tahun ini nyata lebih meriah.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak ketinggalan memeriahkan persiapan Aidilfitri tahun ini bersama anak yatim dan pelajar tahfiz.
Memilih gudang membeli belah yang menawarkan harga paling baik dan barangan berkualiti, PPIM telah membawa 50 orang anak yatim dan pelajar tahfiz ke Pusat Membeli Belah Mydin Mall di Subang Jaya. Dana sumbangaan ini dikumpulkan melalui platform atas talian iaitu sumbangan.com.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata program ini berjaya diadakan hasil kerjasama di antara PPIM dan rakan sinergi iaitu MYDIN, Zain’s International, ICON Production, sumbangan.com, Yayasan Malindo Worldwide, Royal Burger, Uniti Asia Group, Halgel dan para penginfaq yang sangat dermawan.
"InsyaAllah kerjasama ini membawa impak yang sangat positif dan tentunya akan dapat membantu juga meyantuni lebih ramai golongan sasar yang memerlukan," katanya.
Nadzim turut menasihati pengguna agar berhati-hati ketika berbelanja dan memilih peniaga yang bertanggungjawab serta jujur.
"Banyak scam penjualan berleluasa masa kini, pengguna harus lebih bijak dan jangan terpedaya dengan penipuan mereka," katanya.
Nadzim dan seluruh warga PPIM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MYDIN Holdings Berhad kerana sudi bersama-sama dan memberikan harga yang sangat berpatutan dan murah disamping penyediaan ruang program secara percuma. Turut hadir ke program hari ini ialah Pengarah Operasi Mydin Holdings, Vishnu Varthana.


Wednesday, April 21, 2021
5588) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PENGARAH URUSAN MYDIN - PPIM - 19/04/2021
Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Ameer Ali Mydin bagi membincangkan tentang penubuhan beberapa tapak perniagaan untuk golongan asnaf.
Friday, August 17, 2018
4594) 61 IKRAR TERBAIK DAPAT HADIAH, TERIMA NOMBOR PLAT PATRIOT – SINAR HARIAN – 17/8/18
Friday, February 20, 2015
2492) THE RAKYAT POST - 17/02/2015 - KPDNKK Perlu Pantau Kenaikan Gas Masak
Wednesday, February 18, 2015
2487) SINAR HARIAN - 18/02/2015 - KPDNKK Sedia Gempur Pembekal
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, bagaimanapun KPDNKK akan menyiasat terlebih dahulu laporan yang dibuat dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.
"Kita tak boleh suka-suka gempur (pengilang) kita perlu siasat dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas desakan persatuan pengguna, pemborong dan peruncit supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pembekal yang bukan sahaja enggan bekerjasama menurunkan harga barang keluaran mereka malah makin menghimpit pengguna dengan menaikkan harga.
Desakan itu dibuat secara bersama oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pasar raya terkenal Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dan My Hero Hypermarket, Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia dan beberapa pertubuhan lain dalam satu sidang media di sini, semalam.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, daripada 2,500 pembekal barangan kepada pasar raya Mydin, hanya tiga pembekal memaklumkan akan menurunkan harga barangan mereka, selari dengan pengurangan kos susulan penurunan harga minyak.
Katanya, pembekal yang bersedia menurunkan harga barang ialah Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (penurunan enam peratus), L'Oreal Malaysia Sdn Bhd (penurunan enam hingga 10 peratus) dan Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd (penurunan antara tiga hingga lima peratus).
Menurutnya, keengganan majoriti pembekal menurunkan harga barang dipercayai akibat kewujudan banyak kartel di peringkat pengeluar dan pengilang yang berpakat untuk tidak menurunkan harga barang.
“(Ekonomi Malaysia) bukanlah ekonomi terbuka seperti yang anda fikir, kalau terbuka dan kompetitif, semua orang akan berebut turunkan harga.
“Di peringkat peruncit memang kompetitif, setiap hari kami berlawan harga, tetapi di peringkat pengeluar tidak tahu macam mana,” katanya.
Mydin sejak 13 Februari lalu telah menurunkan harga sehingga 30 peratus bagi 50 barangan terpilih sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat itu kepada pengguna.
Katanya, peruncit seperti Mydin menggunakan mekanisme pass-through, iaitu pengurangan atau kenaikan harga barang yang dijual dibuat berdasarkan harga yang diterima daripada pembekal.
“Jadi untuk kita nak turunkan harga, ada dua cara, iaitu turunkan kos operasi dan yang paling mustahak, (pembekal) yang jual barang pada kita kena turunkan harga,” katanya.
Ameer Ali berkata, beliau turut menerima surat daripada 70 pembekal yang menaikkan harga barang walaupun selepas penurunan harga minyak.
Katanya, surat itu dikemukakannya semasa menghadiri mesyuarat antara pembekal dan peruncit bersama Hasan pada 10 Februari lalu.
Katanya, dalam mesyuarat itu, Hasan telah meminta pembekal mengurangkan harga barang namun sehingga hari ini, belum ada jawapan diterima daripada pembekal.
Pembekal enggan turun harga sebelum GST
Beliau berkata, dalam mesyuarat sama, pembekal memberi alasan harga barang tidak boleh dikurangkan walaupun selepas penurunan harga minyak kerana kos bahan api hanya meliputi 0.8 peratus daripada kos keseluruhan operasi.
“Tetapi dalam mesyuarat sama, ada (wakil peruncit) yang mempersoalkan mengapa semasa harga minyak naik sebelum ini, (peruncit) menerima surat daripada pembekal menyebut harga barang akan naik 10 hingga 15 peratus kerana alasan kos bahan api adalah 10 hingga 20 peratus daripada kos operasi?,” soalnya.
Selain itu, Ameer Ali berkata, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April ini juga antara punca pembekal enggan menurunkan harga.
“Kami hanya menerima surat daripada dua pembekal yang menyatakan selepas GST, harga mereka akan turun.
“Ini kerana jika mereka (pembekal lain) beritahu kami (peruncit) sekarang (yang harga akan turun), kami akan berhenti membeli stok barangan daripada mereka sekarang (dan tunggu selepas GST untuk membelinya),” katanya.
Beliau turut mengingatkan pembekal supaya memainkan peranan dan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan ekonomi negara dengan menurunkan harga barang pada masa sesuai.
“Apa pun yang kita buat, niat kena betul, jadi kita akan buat benda baik yang bagus untuk negara.
“Jika anda (pembekal) berada di negara ini, dan kebanyakan mereka adalah syarikat multinasional, hanya untuk ‘perah’ (keuntungan) daripada negara ini, sila berhenti. Cari negara lain," tegasnya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun harga minyak telah turun, trend sama tidak dapat dilihat dalam harga barang.
“Malangnya dalam tinjauan yang kita buat, ada lagi produk yang tidak turun malah ada pengumuman kenaikan harga pula. Ada yang tidak kena.
“Jadi pengguna perlu beli barang di kedai-kedai yang jual harga murah dan perkhidmatan pada harga yang munasabah,” katanya.
2486) UTUSAN - 18/02/2015 - Bertegas Terhadap Pembekal
Monday, February 16, 2015
Tuesday, September 10, 2013
896) UTUSAN MALAYSIA 8 SEPTEMBER 2013-Kegagalan usahawan Melayu didedah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130908/dn_11/Kegagalan-usahawan-Melayu-didedah#ixzz2eT2Gf44C © Utusan Melayu (M) Bhd
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(421)
-
▼
October
(13)
- SCAM DIGITAL SEMAKIN LICIK, JANGAN TUNGGU DUIT LES...
- MANGSA PENIPUAN MENDERITA FIZIKAL DAN MENTAL, PPIM...
- SYOR SEBAT, LUCUT HARTA PENJENAYAH PENIPUAN DALAM ...
- PPIM CADANG HUKUMAN LEBIH BERAT TERHADAP PENJENAYA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YB DATUK SERI F...
- BENGKEL ANTI-SCAM INTERNET SELAMAT (BASIS) SIRI 1 ...
- ANCAMAN SCAM DIGITAL SEMAKIN LICIK: BENGKEL ANTI-S...
- SEDAR, SEMAK DAN BERTINDAK SEBELUM KENA! BENGKEL A...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGASAS KUMPUL...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA PENGARAH ...
- PPIM WARNS PUBLIC AGAINST WIDESPREAD TELEGRAM SEX ...
- PPIM DEDAH TAKTIK SINDIKET PELACURAN DI TELEGRAM -...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA NRES - PPIM - 0...
-
▼
October
(13)


.jpeg)

.jpeg)















