Showing posts with label GARDENIA. Show all posts
Showing posts with label GARDENIA. Show all posts

Thursday, January 23, 2025

AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE GARDENIA BAKERIES BAKERS MAISON - PPIM - 23/01/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan lawatan ke Gardenia Bakeries Bakers Maison, Shah Alam, Selangor. 

Wednesday, November 13, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA WAKIL GARDENIA KL - PPIM - 13/11/2024

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama wakil Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Puan Hazlinah Harun dan En Yazli Saleh.

Saturday, November 4, 2023

AKTIVITI | INFAQ REZEKI PPIM BERSAMA TEAM BONDA DAN RICHIAMO COFFEE - PPIM -03/11/2023

Program Infaq Rezeki PPIM bersama Team Bonda dan Richiamo Coffee di Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz, Gombak.

Barang sumbangan berupa roti Gardenia dan Kopi Richiamo telah diagihkan kepada seramai 350 penerima manfaat.


Thursday, May 7, 2020

5936) PPIM ANJUR PROJEK "ZERO HUNGER", SUMBANGAN DIPERLUAS KE SELURUH NEGARA - BERITA RTM - 05/06/2020


KUALA LUMPUR, 5 Mei - 10,000 penduduk sekitar Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju dan Rawang menerima Pek Sumbangan Ramadan Gardenia menerusi projek "ZERO HUNGER" anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

Program yang berlangsung di Masjid Abu Ubaidiah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai itu mensasarkan golongan B40, bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan keperluan makanan semasa bulan Ramadan.

Menurut Pengerusi PPIM, projek ini bukan hanya terhad di sekitar Lembah Klang, malah sumbangan akan diperluas keseluruh negara bagi membantu mereka yang memerlukan.

Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat Dan Perhubungan Awam), Gardenia Bakeries Kuala Lumpur, Puan Hazlinah Harun dalam pada itu berkata, kerjasama strategik ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Turut serta menerima pek sumbangan tersebut adalah wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat, Setapak dan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dari markas Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).


Artikel oleh: Berita RTM

PPIM ANJUR PROJEK "ZERO HUNGER", SUMBANGAN DIPERLUAS KE SELURUH NEGARA

https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/18073-ppim-anjur-projek-zero-hunger-sumbangan-diperluas-ke-seluruh-negara

5934) TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA MISKIN - HARIAN METRO - 06/05/2020


SEBANYAK 100,000 permohonan diterima melalui program 'Zero Hunger' tajaan Yayasan Brainy Bunch melalui kerjasama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 9,000 permohonan sudah pun disampaikan kepada ketua isi rumah di seluruh negara.

Menurut beliau, sumbangan makanan itu diberikan kepada golongan B40 dan yang menerima gaji harian tidak mengira pelbagai bangsa dan agama ketika berhadapan dengan wabak Covid-19.

"Setakat ini pihak kami sudah mengumpul sumbangan berjumlah hampir RM 1juta dan akan diagihkan kepada penerima secara berperingkat," katanya pada majlis penyerahan bantuan 'Zero Hunger' dengan kerjasama Gardenia Bakeries Sdn Bhd di Malakat Mall di Cyberjaya, tadi.

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Bantuan bekalan makanan itu adalah hasil derma individu, korporat dan syarikat swasta yang menghulurkan bantuan ke dalam tabung berkenaan.

Sumbangan itu kemudian disalurkan 200 sukarelawan dari seluruh negara termasuk ahli Kelab Pacuan Empat Roda yang membantu menjayakan program itu.

Fadzil berkata, pihaknya turut mengadakan inisiatif tabung susu untuk kanak-kanak dari keluarga yang tidak mampu dan putus sumber pendapatan sepanjang PKP.

Menurut beliau, bantuan susu itu penting bagi perkembangan dan pembesaran kanak-kanak kerana sebelum ini pihaknya ada menerima aduan dari keluarga yang terputus sumber kewangan dan tidak mampu membeli bekalan susu untuk anak.

Sementara itu Nadzim berkata, pihaknya menyeru lebih banyak syarikat swasta dan perbankan membantu menghulurkan bantuan supaya tiada pihak yang kelaparan di negara ini.

Artikel oleh: Harian Metro

TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA MISKIN


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/575396/tabung-susu-untuk-keluarga-miskin

Tuesday, May 5, 2020

5932) GARDENIA HULUR BANTUAN RAMADAN - SINAR HARIAN - 05/05/2020


GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus menghulurkan bantuan kepada isi rumah di bawah kategori B40 sepanjang bulan Ramadan.
Bagi meneruskan kelangsungan Program RM1 Juta Bantuan Covid-19 Gardenia, bantuan Ramadan bernilai RM167,000 akan diberikan kepada petugas barisan hadapan seperti penghantar makanan Grab dan pemandu teksi yang berusaha menawarkan perkhidmatan kritikal kepada komuniti.
Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia, Hazlinah Harun berkata, menerusi rangkaian kerjasama PPIM, PPZ-MAIWP dan Jawi, pihaknya mampu memperluas jangkauan Program Bantuan Covid-19 Gardenia kepada lebih banyak isi rumah yang memerlukan dan membantu meringankan beban petugas barisan hadapan.
“Kami berharap pek sumbangan Ramadan Gardenia ini akan membolehkan golongan kurang berkemampuan di bandar dan petugas perkhidmatan kritikal menikmati juadah secara mudah dan pantas ketika bersahur untuk permulaan hari atau semasa berbuka puasa di penghujung hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, Gardenia bersama PPIM menerusi Projek Zero Hunger akan mengedarkan sebanyak 10,000 pek sumbangan Ramadan Gardenia kepada isi rumah golongan B40 yang dikenal pasti di lima lokasi termasuk Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor.
“Bagi membantu Gardenia meluaskan jangkauan bantuan, PPZ-MAIWP akan mengedarkan sebanyak 300 pek sumbangan Ramadan Gardenia sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan termasuk penghantar makanan Grab dan pemandu teksi.
“Setiap pek sumbangan Ramadan Gardenia mengandungi Ban Berinti Gardenia (Gardenia Fluffy Buns), Muffin Quick Bites, mi kuning Numee Gardenia dan sekotak kurma,” katanya.
Katanya, Gardenia juga menyediakan tambahan sumbangan sebanyak 5,000 Roti Krim Delicia dan Ban Sambal Bilis yang diedarkan bersama pihak Jawi di bawah inisiatif Jawi Food Bank kepada penduduk yang tinggal di Selangor Mansion, Malayan Mansion dan May Tower di sekitar kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.
“Gardenia memperuntukkan lebih RM1 juta dalam bentuk bantuan khas buat masyarakat di seluruh Semenanjung Malaysia semasa dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac hingga 3 Mei, sebanyak 77,500 produk keluaran Gardenia yang bernilai kira-kira RM148,000 disumbangkan bagi tujuan membantu keluarga di bawah kategori B40, petugas barisan hadapan dan pelajar yang bergantung kepada Program Food Bank,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian
GARDENIA HULUR BANTUAN RAMADAN


5931) 5 MEI 2020 BERITA PAGI-KURANGKAN BEBAN-SUMBANGAN DIPERLUAS KE SELURUH NEGARA - BERITA RTM - 05/05/2020

5930) SANTUNI GOLONGAN B40, BARISAN HADAPAN - HARIAN METRO - 04/05/2020


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL), Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil dengan Projek Zero Hunger untuk menyantuni seramai mungkin golongan kurang berkemampuan dan petugas barisan depan.
Dengan 10,000 penerima sudah dikenal pasti, ia sebahagian daripada usaha terus menerus melaksanakan kewajipan dengan menghulurkan bantuan kepada isi rumah B40 dan miskin bandar.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, selain pasukan keselamatan, program itu juga memberi sumbangan keperluan asas kepada penghantar makanan e-hailing, pemandu teksi dan bas yang turut memberikan perkhidmatan perlu kepada masyarakat.
"Sejak tular isu Covid-19 dan penguatkuasaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, kami di PPIM memang menjangkakan sosioekonomi kita akan terjejas terutama golongan B40, prihatin dan peka terhadap masyarakat adalah keutamaan bagi PPIM.
"Sejurus mengenal pasti lebih daripada 10,000 isi rumah yang memerlukan, PPIM bertindak dengan menubuh dan menggerakkan sebuah pasukan ad hoc menerusi untuk mengedarkan Pek Sumbangan Ramadhan Gardenia bagi membantu mengurangkan bebanan mereka ini," katanya pada program penyampaian sumbangan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Seri Rampai hari ini.
Hadir sama, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam) GBKL, Hazlinah Harun.
Nadzim berkata, pihaknya turut meminta supaya masyarakat dan golongan peniaga mengamalkan kebersihan diri dan premis, mematuhi prosedur ditetapkan KKM bagi memastikan kita berjaya mengekang Covid-19.
"Kita juga jalankan kempen Kebersihan dan Bebas Kuman dan sanitasi di premis yang ingin bersama-sama membantu.
"Mereka yang mengambil bahagian akan diberikan penarafan daripada PPIM sebagai persatuan pengguna.
"Kita mahu memupuk budaya baru ini bersama-sama. Kita semua pengguna dan terkesan dengan apa yang berlaku. Menerusi disiplin yang tinggi, kita akan berjaya dengan normal baharu," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

SANTUNI GOLONGAN B40, BARISAN HADAPAN

Monday, May 4, 2020

5927) GARDENIA BAKERIES (KL) SDN BHD [OFFICIAL] SUMBANG RM200,000 NILAI ROTI UNTUK PROGRAM ZERO HUNGER - PPIM - 04/05/2020

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Gardenia kerana terus menyokong perjuangan PPIM. Sesi penyerahan produk hari ini di Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai.


5924) TVPPIM | DATO NADZIM BERI SUMBANGAN - TVPPIM - 04/05/2020

5922) PPIM DAN GBKL AGIH 10,000 BEKALAN MAKANAN - MALAKAT TRIBUNE - 04/05/2020


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gardenia Bakeries Sdn Bhd. (GBKL) akan mengagihkan 10,000 pek bekalan makanan ke seluruh negara.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, proses agihan sumbangan berkenaan akan dijayakan melalui program Zero Hunger antara PPIM bersama Yayasan Brainy Bunch.

Nadzim berkata, agihan pertama membabitkan 2,000 beg yang diedarkan kepada golongan asnaf di kawasan Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai selain kawasan terpilih lain di Lembah Klang.

"Terima kasih kepada GBKL yang berganding bahu bersama PPIM dalam menjayakan program Zero Hunger. Melalui program ini kita menerima 90,000 permohonan daripada golongan memerlukan.

"Daripada jumlah itu, kita setakat ini dapat membantu 8,000 pemohon. Insya Allah selepas ini kita akan membantu mereka yang memerlukan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Menurut Nadzim, syarikat korporat dan mana-mana individu juga diseru supaya bersama-sama dengan PPIM dalam menjayakan program Zero Hunger bagi membela nasib golongan memerlukan.

"Hari ini GBKL yang tolong bantu, saya berharap selepas ini akan ada lagi syarikat lain. Dana yang kita terima masih tidak cukup untuk bantu semua permohonan melalui program Zero Hunger.

"Selepas ini kita akan ke Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Selain barangan GBKL, kita juga akan bawa barangan lain seperti beras dan sebagainya untuk diagihkan," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam) GBKL, Hazlinah Harun berharap sumbangan pihaknya itu dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM DAN GBKL AGIH 10,000 BEKALAN MAKANAN

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12558/

5921) INFO@SWATV- GARDENIA BERSAMA PPIM DALAM PROGRAM CSR UNTUK GOLONGAN B40 - SWA TV - 04/05/2020

5920) PPIM BERSAMA GARDENIA BAKERIES SDN. BHD. MENGAGIHKAN 10,000 PEK BEKALAN MAKANAN KE SELURUH NEGARA - MALAKAT TRIBUNE - 04/05/2020


KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. (GBKL) akan mengagihkan 10,000 pek bekalan makanan ke seluruh negara.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM BERSAMA GARDENIA BAKERIES SDN. BHD. MENGAGIHKAN 10,000 PEK BEKALAN MAKANAN KE SELURUH NEGARA


5919) PENYERAHAN BANTUAN MAKANAN UNTUK DIEDARKAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN ANJURAN PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA - SIDANG MEDIA PPIM - 04/05/2020


Bagi terus membantu usaha meringankan beban rakyat yang amat terkesan dengan serangan COVID19 kerana tidak dapat mencari rezeki, satu usaha murni telah termetri di antara Gardenia Bakeries(KL) Sdn Bhd dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membantu mengedar makanan kepada keluarga- keluarga yang memerlukan. Bagi tujuan ini Gardenia akan membantu dengan 10,000 beg hadiah yang mengandungi Fluffy Buns, NuMee, Quick Bites Muffin dan Kurma yang akan diedarkan oleh PPIM kepada masyarakat yang memerlukan.

Sehubungan dengan itu, bantuan pertama sebanyak 2000 beg akan diedarkan bagi golongan asnaf di kawasan Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai, Kuala Lumpur. Edaran juga akan dibuat melalui Program ZERO HUNGER bersama Yayasan Brainy Bunch di beberapa kawasan terpilih di Selangor, Perak dan PPRT Wilayah Persekutuan.

Bagi tujuan itu, satu liputan media telah diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Sri Rampai.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL