Thursday, May 7, 2020

5938) ZERO HUNGER TERUSKAN TANGGUNGJAWAB BANTU GOLONGAN B40 - MALAYSIA GAZETTE - 06/05/2020


CYBERJAYA – Golongan B40 yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan harian sememangnya terjejas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Selepas hampir 50 hari tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan ternyata golongan tersebut tanpa mengira bangsa dan agama semakin dihimpit kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya dalam bulan bulan Ramadan.

Prihatin terhadap nasib mereka Malakat Mall dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggunakan platform Zero Hunger yang sehingga kini telah berjaya mengumpulkan dana hampir RM1 juta untuk meringankan beban kumpulan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim, sehingga kini lebih 9,000 keluarga yang terputus bekalan sejak kerajaan menguatkuasakan PKP untuk membendung Covid-19 telah dibantu menggunakan data tersebut.

“Dalam tempoh PKP ada yang tidak ada pendapatan. Jadi kitalah yang kena bantu.

“Bila kita hantar bekalan makanan kita tidak kira bangsa dan agama, sebab orang lapar ini tanggungjawab semua bukan tanggungjawab untuk bantu orang Islam sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana PPIM dan  Gardenia Bakeries Sdn Bhd untuk  program Zero Hunger.


Ujar beliau sehingga kini, sebanyak 100,000 permohonan  diterima oleh pasukan Zero Hunger dalam kalangan golongan B40 yang berhadapan dengan kekangan bekalan makanan.

Menurut Fadzil lagi, insiatif Malakat Mall adalah bagi melengkapi usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyantuni segala keperluan golongan berpendapatan rendah supaya mereka tidak menanggung penderitaan yang keterlaluan.

“Zakat sudah turun, JKM sudah turun tapi masih tidak mencukupi sebab untuk memenuhi 40 peratus keluarga  yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,000 tapi itu yang ada pendapatan.

“Dalam tempoh PKP ada yang tidak ada pendapatan. Jadi kitalah yang kena bantu,” katanya lagi.

Kata Fadzil lagi, sungguhpun PKP kini dilonggarkan menerusi PKP Bersyarat (PKPB), namun Zero Hunger meneruskan penjelajahan ke seluruh Semenjung Malaysia bagi membantu mereka yang dihimpit masalah kewangan.

PPIM diwakili oleh Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan menyerahkan RM220,000  daripada Tabung Perjuangan NGO itu untuk Zero Hunger fasa ketiga sahaja.

NGO tersebut berjaya mengumpul RM500,000 sumbangan orang sejak PKP 1 untuk bersama-sama dengan Malakat Mall membantu golongan yang terputus bekalan makanan akibat kekangan kewangan. -MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette

ZERO HUNGER TERUSKAN TANGGUNGJAWAB BANTU GOLONGAN B40


https://malaysiagazette.com/2020/05/06/zero-hunger-teruskan-tanggungjawab-bantu-golongan-b40/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL