#KACATV
Sukacitanya menjayakan majlis Sumbangan Makanan Kepada Golongan Yang Memerlukan, di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.
#BERITA
4hb May 2020 (Isnin), bagi membantu usaha meringankan beban rakyat yang amat terkesan dengan serangan COVID 19 kerana tidak dapat mencarik rezeki, satu usaha murni telah termetri di antara GARDENIA BAKERIES (KL) Sdn Bhd dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membantu mengedar makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan. Bagi tujuan ini Gardenia akan membantu dengan 10,000 beg hadian yang mengandungi Fluffy Buns, NuMee, Quick Bites Muffin dan Kurma yang akan diedarkan.
Sehubungan dengan itu, bantuan pertama sebanyak 2000 beg akan diedarkan bagi golongan asnaf di kawasan Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai, Kuala Lumpur. Edaran juga akan dibuat melalui Program Zero Hunger PPIM bersama yayasan Brainy Bunch di beberapa kawasan iterpilih di Selangor, Perak dan PPRT Wilayah Persekutuan.
Artikel oleh: Kaca TV
KACA TV / BERITA, PENYERAHAN SUMBANGAN MAKANAN UNTUK DIEDARKAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN
No comments:
Post a Comment